LX 🌙

920 105 7
                                    

hari yang akan jaeni ke jepun telahpun tiba. dia tidak sabar untuk ke jepun. kali kedua dia menaiki kapal terbang. jaeni bermesej dengan rakan-rakannya sebelum berlepas ke lapangan terbang.

" jaeni, jom. dah nak pergi. " kata minhyun dan jaeni membawa beg bajunya keluar dari biliknya. dia tidak melupakan untuk mengunci pintu biliknya.

ahli-ahli yang lain mengucapkan selamat sampai ke jepun kepada yang pergi. jisung peluk erat jaeni sebelum mereka pergi.

" jangan lupa belikan cenderahati kat kami. " kata daniel, melambaikan tangannya kepada mereka yang berada dalam kereta.

" okay, bye! " balas jaeni dan kereta mula berlalu pergi ke lapangan terbang.

" tak sabarnya! jaeni dengar macam-macam benda menarik yang ada kat jepun. " kata jaeni dengan gembira, tidak dapat mengawal emosi gembira dengan baik. yang lain cuma senyum sahaja melihat gelagat jaeni.

selepas mereka sampai ke lapangan terbang, mereka lakukan perkara-perkara yang perlu mereka lakukan sebelum menaiki ke dalam kapal terbang. mereka berempat tangkap gambar sebelum mereka diarah untuk menaiki kapal terbang.

jaeni duduk di tempat yang bersebelahan dengan tingkap, tengah daehwi dan hujung minhyun. sungwoon duduk di tempat yang berada di depan mereka. jaeni asyik tersenyum sahaja, tidak henti.

" okay relaks, dude. nanti kita sampai. " kata daehwi dan jaeni menjadi lagi energetik lagi. daehwi abaikan jaeni dan keluarkan telefonnya. tidak tahu mengapa jaeni menjadi begitu ceria tentang jepun nie.

---

setelah dua jam dalam kapal terbang, akhirnya mereka telah mendarat di jepun. jaeni terjaga dari tidurnya setelah mereka mendarat. jaeni dengan muka baru bangun tidur terus memakai cermin matanya untuk tidak nampak hodoh.

minhyun yang sedar muka jaeni yang bengkak kerana tidur tadi tertawa lihat jaeni. jaeni terus memukul lengan minhyun dengan lembut kerana memerli dia.

" tadi bukan dia seronok nak mai jepun. " kata sungwoon dengan lagi dua tertawa.

" tenaga tu hilang lepas beberapa jam dalam kapal terbang. jaeni tidur lambat semalam. " kata jaeni dengan mamai. abang-abangnya mampu geleng kepala sahaja dengan mengiring jaeni.
mereka telah menempah satu bilik untuk empat orang. boleh saja mereka tempah dua bilik tapi mereka mahu berjimat cermat, kata minhyun. apabila sampai ke bilik mereka, cuma ada tiga katil sahaja. seorang perlu kongsi katil.

" daehwi kongsi katil dengan jaeni. " kata daehwi tetiba, membuat jaeni terkejut.

" daehwi okaykah nak kongsi? jaeni memang buas bila tidur. " kata jaeni, risau tentang daehwi tidak selesa nanti.

" kalau jaeni buas, daehwi lagi buas. " kata daehwi, membuat mereka tertawa.

" apa-apa lah. asalkan daehwi okay, jaeni okay. " kata jaeni dan mereka setuju. minhyun ambil katil satu dan juga sungwoon. menyebabkan hari sudah hampir malam, mereka akan melakukan aktiviti mereka esok.

" gais, jom pergi makan. hyung lapar. " kata sungwoon tetiba dan mereka setuju. mereka memakai pakaian yang selesa dan terus ke kedai makan yang berdekatan.

apabila mereka sampai, mereka dijemput dengan baik oleh pekerja-pekerja kedai makan tersebut. baik sungguh mereka semua. mereka mendapat tempat duduk mereka dan mula memesan makanan. jaeni pesan satu makan yang dia susah untuk sebut itu. apabila mereka selesai pesan, mereka mula FaceTime dengan member yang lain di rumah.

minhyun FaceTime dengan jinyoung. mereka semua dekatkan diri untuk masuk ke dalam skrin telefon tersebut. apabila FaceTime itu dijawab, terlihat jinyoung dalam keadaan yang tidak teratur. mereka semua tergelak melihatnya.

" oppa! apa dah jadi kat oppa? " soal jaeni, melihat jinyoung.

" kami semua adakan party lepas korang pergi. " jawab jinyoung.

" kami hilang baru empat jam and korang semua dah adakan party? heol. " kata sungwoon, tidak percaya dengan apa mereka telah lakukan.

" hyung, tengok nie. " kata jinyoung dan telefonnya terus menunjukkan yang dulu ruang tamu mereka tetapi kini sudah menjadi tempat buang sampah dah. mereka semua terkejut, terutamanya minhyun yang selalu bersihkan rumah.

" bwoya? apa dah jadi? pembantu rumah tak bersih kah? " soal minhyun dengan pantas.

" kami tadi buat scavanger hunt and this happen. kami suruh pembantu rumah balik awal. " jawab jinyoung dan minhyun sudah mahu hilang waras dia dah dengan tengok semua sampah tu.

" korang tak bersihkan kah? " soal minhyun dengan tenang, masih ada waras dia lagi. kemudian, terdengar sebuah suara dari jinyoung, seperti suara jisung. apabila jisung bertanya siapa dia FaceTime dengan dan jinyoung menjawab minhyun, suara jisung seperti menyuruh jinyoung tutup dengan cepat.

"siapa tu? " soal minhyun lagi dan kali ini jinyoung tidak memberi perhatian kepadanya.

"hy-hyung jap ehh. jap lagi cal-call balik. " dengan itu, jinyoung menutup panggilan mereka.

" bwoya? tetiba. " kata sungwoon dan melihat keadaan minhyun sekarang, dia mahu hilang waras dah tapi mereka tenangkan dia. nasib makanan mereka sampai pada masa yang tepat.

💫

menyebabkan aq x sabar nk post part nie, aq send awal. esok aku post lagi ehh. kalau korng ingat, part last tu dari zero base 😂

VOTE & COMMENT

22.4.2018 > 11.46AM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now