Aku mengangguk setuju.

"Tapi dari sudut hati dia? tak ada siapa yang tahu. Cuma dia sahaja yang tahu"

Ibu mula memegang megang tanganku. Wah tanganku dah lah comel lote.

"Kita sepatutnya bersyukur Liya, sebab seorang lagi hamba Allah telah membuka hatinya untuk menuju ke jalan yang benar. Lagi lagi Aurelya sebab utama dia nak masuk Islam. Tak rasa seronok ke?" kata ibuku lembut. Ibu ni macam sengaja je nak buat aku sentap.

"Seronok tu memang lah seronok, bila kita jadi makmum first dia, dengar ayat hafazan dia first, tapi masalahnya nanti siapa bimbing siapa? Liya bimbing dia? aduh mana boleh. Baru nak imagine imam melayu terakhir"

"Aduh Liya ni kecoh lah, nanti kalau dia dah pandai, dia pun boleh bimbing Liya. Apa ingat orang tak boleh berubah ke?"

"Eleh ibu ni"

"Kalau Liya bimbing dia pasal solat macam tu, maybe dia bimbing pasal benda lain? ha mana tahu"

Alah kalau boleh aku nak je cakap dekat mak aku yang pasal cerai lah, selesaikan masalah lah semua benda tu aku nak mengadu. Tapi yeah takkan semua aku nak cakap. Malu lah aku nanti. Tak pun Jimin dapat buruk nanti, dah ibu dah fikir buruk pasal dia.

"Sekejap cakap pasal solat, Liya sendiri pun ibu tanya, cukup ke lima?"

Okay wa deep dengan kata kata mu wahai ibuku.

"Jadi marilah bersama bersama membuka hati ke jalan yang benar. Assa!" kata ibuku bersemangat, tangannya juga dinaikkan. "Ha iyalah bu, maybe esok dia datang" kataku.

"Esok? habis lah kau Liya, macam mana ni adik beradik mak ada lagi esok. Aduh hari lain tak boleh ke?" ibuku mula rasa tak senang. Bukan dia tak tahu adik beradiknya mulut macam mana.

"Tak ada sebab hari ni kan Khamis, esok Jumaat wedding nya Eika dengan Taehyung tu so lepas je habis, lelaki tu nak datang lah. Malam tu kitaorang nak pergi balik Korea. Jadi enggak ada masa sih" terangku. "Ala awat hangpa punya cuti awai sangat" Entah bu orang pun tak tahu.

Aku mengangkat bahu.

"Baidaweyh nama Islam Taehyung tu apa ?"

"Aidil Aiman" jawabku ringkas. "Sedap, pandai pilih memang sesuai dengan muka Taehyung tu? ha okay lah ibu turun dulu"

Aku hanya mengangguk sebelum ibu melangkah keluar dari bilikku. Aku pun baring. Baru je nak lelapkan mata, ada orang mengetuk pintu bilik ku.

"Lagi eih" kataku perlahan. "Ibu atau ayah kalau nak masuk tu masuk je lah. Tak kunci pun" kata ku malas sambil mataku masih memejam.

"Ni aku lah Amir"

Aik? Aku terus duduk lalu membetulkan rambut ku.

"Ha masuk lah"

Dia pun membuka pintu bilik ku. Aku membuat muka malas. Dia terketawa kecil. Belum sempat dia menutup pintu, aku terus menghalangnya.

"Baik bukak, kau nak dengar mak kau membebel?" tanyaku lalu menaikkan sebelah kanan keningku. Dia tersengih lagi lalu dia membiarkan pintu tersebut terbuka. Dia pun duduk dekat atas katil berhadapan dengan ku.

"Gi" katanya dan aku tersengih pelik. Dia ni dah  kenapa? masuk masuk bilik aku sapa macam tu. "Hi je pun" kata Amir itu dan aku terketawa kecil. "Hi" sapaku kembali.

"Nak apa?"

"Ala kau ni, dah lah tadi tak ada berbual dengan aku, pastu kau terus naik atas. Ala" kata Amir lagi lalu dimasamkan mukanya.

K aku perasan yang dia makin gedik.

"Aku tanya je" katanya dengan bibir dimuncungkan. Itu membuatkan aku terketawa.

"Bila kau nak balik duh?" tanyaku lagi dan Amir membuat pandangan menyampah kepadaku. "Tak suka aku lah tu, halau aku lah tu, tahu lah tak suka aku tapi tak payah lah sampai halau. Macam ni eih kau Liya"

Tu dia gais drama boy.

"Aku tanya pasal mak kau dengan makcik yang lain, semak kepala hotak aku je diaorang ada kat rumah ni apa yang aku buat semua tak betul apa entah yang tak kena"

Serious aku tak suka adik beradik mak aku. Nasib belah ayah aku tak macam ni. Kalau tak botak kepala aku fikir.

"Hurm aku pun perasan jugak asal diaorang tak suka kau. Siap menyesal Mak Rinaa (Syakirinaa (Aurelya's mother)) lahirkan kau. Kau ada buat salah ke apa?" tanya Amir.

"Maybe aku terlampau cantik kot" kataku dengan penuh keyakinan. Amir terus menolak bahuku perlahan sambil tersengih. "Ha kau ni apa tujuan sebenar kau datang sini?"

"Tu ada orang nak jumpa kau kat bawah" jawabnya.

"Siapa?"

"Eih mana aku tahu. Dia kata dia kawan kau" Aku mengerutkan dahi apabila mendengar kata kata Amir. Siapa pulak? Takkan Farrah semua tu.

"Siapa? Ellina? Eika? Farrah? Suha?" tekaku dan dia menggeleng. "Dia lelaki" jawab Amir dan makin lah aku pelik. Entah lelaki mana pulak nak jumpaaku kat Malaysia ni.

"Lelaki?" lagi lah aku tak tahu siapa ni. "Ya lelaki tu macam aku pernah nampak dia. Tapi muka dia tak pulak macam orang sini" aku memandang Amir.

"Lelaki mana pulak datang?" tanya Maksu yang tiba tiba sahaja ada kat depan pintu bilikku. "Eih mak" Amir dan aku terus menoleh pantas.

"Ha yang kau ni kenapa ada dengan perempuan ni dalam bilik dia?" tanya Maksu sambil memandang sinis kearahku. Aku pun tak hamak lah nak suruh dia masuk dalam bilik aku.

"Ni tadi nak panggil Liya, ada orang nak jumpa dia kat bawah" jawab Amir pada maknya itu. "Siapa? lelaki?" kata Maksu dan sempat dia menjeling ke arahku sebelum berlalu pergi. Amir tersenyum nipis kepadaku laluku membalas senyuman itu.

"Setayseterong" katanya membuatku tergelak kecil. "Iyolah. Ha okaylah aku nak turun ni"

Di bawah.

Aku menjenguk jenguk di luar. Macam pernah nampak kereta ni. Tak silap masa kat Airport kot. Tapi ni kereta siapa semak kat sini.

"Woi"

Aku punya lah terkejut sampai dah nak terjatuh. Aku pun menghadap orang yang mengejutkanku bertujuan untuk memarahinya.

Dan buat kali keduanya aku terkejut.










M U A L A F

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now