𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐀

Start from the beginning
                                    

Nadra berdoa dalam hati supaya Nuwair dalam keadaan yang baik sahaja. Tangan digenggam, kuku menekan tapak tangan untuk menghilangkan rasa takut. Hari dah gelap, jalan pun tidak berapa terang. Cermin mata pula tak dipakai, memang buta lah Nadra.

Keluhan berat keluar dari bibir. Nadra mencangkung di tepi jalan. Liur ditelan kelat. Ujian apakah di malam raya ini? Nadra kebingungan, tak tahu nak buat apa. Kepala pusing, merisaukan Nuwair yang mungkin sedang merangkak pergi entah ke mana. 

Nadra melabuhkan punggung di atas jalanraya. Belakang disandarkan di dinding sambil memeluk kedua kaki. 

"Mana Nuwair..." Gumam Nadra seraya dengan air mata menuruni pipinya yang mulus itu. Kepala disembamkan pada kedua lututnya.

"Sayang..." Suara garau yang lembut itu membuatkan nadra tersentak tetapi kepala tidak dinaikkan. Tak dihiraukan langsung suara itu. Dia sedang marah dengan jejaka itu dan dalam masa yang sama, dia juga marah dengan diri sendiri sebab tak menjenguk nuwair.

Rayyan melangkah mendekati tubuh Nadra yang sedang duduk di atas jalanraya. Lengan Nadra ditarik lembut lalu mengangkat kepala gadis itu supaya memandang dia.

"Abang tahu sayang tengah marah abang sekarang. Abang mengak salah abang. Abang cuai. Sayang pukul lah abang kalau sayang rasa sayang boleh maafkan abang," ujar Rayyan. Mata Nadra tidak langsung memandang Rayyan. 

Pipi gadis itu diusap lembut. Bila tiada jawapan yang Rayyan dapat, dia menarik tubuh Nadra ke dalam pelukannya. Kepala diusap penuh kasih sayang.

"Sayang jangan diam macam ni... Kita cari anak kita sama – sama sampai jumpa, okey? Lepastu, kalau sayang nak marah abang sampai esok pun abang izinkan, hm?" Pujuk Rayyan. Pelukan dieratkan oleh Rayyan, mengharapkan isterinya berlembut hati. Kepala sang isteri masih lagi diusap lembut.

Nadra membenamkan wajah ke dada Rayyan dengan tangisan tiada bunyi. Air mata membasahi baju jejaka itu. Hati sedang gelisah, merisaukan tentang keadaan Nuwair. Jika anak sulungnya itu benar hilang, Nadra takkan dapat menerima kenyataan itu. Malah, Rayyan juga begitu. Ibu ayah mana yang sanggup kehilangan anak? Cukup sekadar sekali dia gugur beberapa tahun yang lepas.

"Sayang... Abang minta maaf ye?" Ucap Rayyan lagi dengan nada yang perlahan. Pelukan yang erat tadi dilepaskan, kedua pipi Nadra digenggam lembut, membuatkan mulut gadis itu memuncung. Merah wajah bersih itu akibat menangis teresak – esak.

Rayyan mendekatkan wajahnya dengan Nadra lalu mencium kedua belah kelopak mata yang cantik itu. Lembut dan penuh kasih sayang. Ditatap wajah itu dengan cinta. 

Nadra membalas pandangan itu. Mata masih berair tetapi tangisan sudah berhenti. Bergerak iris Nadra memandang anak mata suaminya yang berkaca. Berdebar jantungnya. Sudah bertahun kahwin tapi perasaannya terhadap Rayyan semakin bertambah, sama juga seperti Rayyan. Tak pernah kurang.

"Kalau... kita tak jumpa Nuwair macam mana, abang?" Bergetar suara Nadra menyoal.

"I promise we will find him, sayang... Kita cari sampai dapat, okey?" Dahi mereka bersambung. Rayyan pejam mata erat, air mata yang ditahan tadi kini jatuh menyembah bumi. Nafas berat diambil sambil mengusap pipi gadis itu.

"Sekarang... kita pergi cari dia, hm? Kalau tak jumpa juga, kita pergi balai, okey sayang?"

Nadra mengangguk laju. 

Baru sahaja mereka mahu bangun, tiba – tiba telefon Rayyan berdering. Telefon dicapai di dalam poket. Skrin dipandang sekilas. Mama.

Berkerut wajah Rayyan. Mesti mama risau tengok pasangan itu tidak ada di rumah. Nadra hanya memerhati. Kehangatan Rayyan pada wajah yang digenggam tadi hilang.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now