𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 | 𝟏

Start from the beginning
                                    

        Okey. Masa untuk serius. Tiada usikan lagi.

        "Kenapa sayang marah abang ni, hm? Cuba cakap. Kalau sayang tak bagitahu, macam mana abang nak faham?" Lembut nada jejaka itu mahu memahami isteri yang dia cinta. Wajah Nadra ditatap penuh risau. Mahu sentuh tapi takut ditolak.

        Diam. Lagi.

"Sayang..." panggil jejaka itu dengan penuh lemah lembut. Telefon yang dipegang oleh Nadra itu diambil lalu diletakkan di belakang. Nadra semakin berkerut apabila telefon dirampas tanpa minta izin.

Rayyan mendekati isterinya lalu mencapai tangan yang lembut itu, dikucup setiap jemari runcing Nadra. Kalau gadis itu tak mahu bercakap, Rayyan pun tidak akan berkata apa tetapi hanya mencium dan mengelus untuk melembutkan hati yang sedang membara itu.

        Nadra perhati perlakuan Rayyan daripada hujung mata, hatinya berdebar kencang. Muka terasa bahang apabila dicium tanpa henti. Nak merajuk lama pun tak jadi. Dia hanya biarkan suami menunjukkan kasih sayang.

        "Are you still mad at me?" Bisik Rayyan, bibirnya masih menyentuh tangan gadis itu tetapi cukup kuat dia membisik untuk Nadra dengar. Nafas hangat menyentuh tangan.

        Rayyan mengangkat wajah bagi melihat wajah isteri. Nadra lantas melarikan anak matanya. Semakin bahang wajahnya apabila dipandang begitu. Mata seksi Rayyan menatap raut itu dengan penuh kelembutan.

        Nafas berat dilepaskan oleh jejaka itu.

        Macam mana nak pujuk lagi? Green tea dah bagi tadi. Cium pun sudah. Rayyan sudah kehilangan idea untuk memujuk isteri.

        "Sayang marah sebab abang balik lambat ye?" Soal Rayyan lembut. Tangan Nadra masih diusap penuh kasih. Tidak henti dia tatap muka masam gadis itu.

        Ha! Ingat pun!

        Nadra menjeling sekilas ke arah Rayyan. Betul lah tu! Ingatkan dah hilang ingatan.

        "Abang dah janji nak balik awal hari ni tapi abang tipu." Bersuara juga Nadra akhirnya walaupun kedengaran sayup oleh Rayyan. Wajah suami tidak dipandang pun. Hati sangat terasa walaupun perkara kecil. Semenjak dia mengandung, dia memang mudah terasa.

        Mengalir air mata Nadra setelah bertutur.

        Mata Rayyan membulat apabila melihat wajah isteri yang sudah basah kerana air mata. Tangan laju diangkat untuk menyeka air mata dengan lembut. Wajah Nadra kemudiannya ditekup oleh kedua tangan Rayyan, mahu gadis itu memandangnya.

        "Sayang..."

        Anak mata mereka bersabung. Dalam kelopak mata gadis itu berair. Rayyan mengusap pipi Nadra.

        "Abang minta maaf ye? Abang dah cuba untuk balik awal tapi sayang pun tahu betapa sibuknya jalan. Bukan abang sengaja nak tinggalkan sayang seorang lama dekat rumah. Kalau kereta abang boleh bertukar jadi kapal terbang, dah lama abang terbangkan." Jelas Rayyan. Dia tak mahu marahkan si Nadra, salah dia juga sebab berjanji dengan gadis itu untuk balik awal.

"Nad... minta maaf sebab marah abang... Nad tak tahu kenapa rasa nak marah..." Tiba - tiba gadis itu bersuara. Dah nampak kan betapa mudahnya mod seorang Nadra bertukar semasa mengandung? Kejap marah selepas itu rasa bersalah.

        Pinggang Nadra dirangkul lalu ditarik ke dalam pelukan Rayyan sebaik sahaja Nadra mengatakan itu. Satu tangan menggosok belakang gadis itu, mahu memujuknya dengan sentuhan yang hangat dan ingin gadis itu berhenti menangis. Tangan yang bebas dinaikkan lalu mengusap rambut panjang itu, kepala ditarik lembut dan disandar di dada bidang lelaki itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now