𝟔𝟓 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 | 𝐄𝐍𝐃

Magsimula sa umpisa
                                    

"You don't need it anymore?" Soal Nadra dengan penuh tanda tanya. Dia risau dengan Aqirah sebab adiknya akan sentiasa memerlukan rantai itu bila dia mengalami serangan panik.

"I'm better now." Aqirah senyum nipis.

Alhamdulillah. Bagus lah kalau begitu, takde lah Nadra nak risau lagi waktu Aqirah berjauhan dengan dia.

"Baguslah kalau macam tu..." Nadra membalas senyuman itu lalu sambung mengemas barang yang Aqirah akan bakal bawa di Universiti.

...

Wajah Nabeel dipandang tanpa perasaan, Nadra sendiri tak tahu mahu rasa apa waktu ini. Sedih? Marah? Kesian? Ataupun semua itu dalam satu. Hanya lut sinar yang memisahkan antara mereka berdua, mungkin jika tiada cermin itu, habis Nadra dikerjakan oleh abangnya. Aqirah duduk di sisi kakaknya, tajam matanya menikam abangnya, seolah jejaka yang dihadapannya itu bukan lah jejaka yang dia pernah kenal selama ini. Benci dan marah.

Nabeel memandang raut wajah Nadra itu dengan beku. Tiada sebarang perasaan pun yang dipamerkan. Ini lah Nabeel yang sebenar, bukan yang gadis itu kenal selama ini.

Nadra telan liur.

Apa agaknya yang Nabeel sedang fikirkan ye? Macam mana nak larikan diri? Macam mana nak buat gadis di hadapannya itu menderita? Banyak pula yang berada dalam fikiran Nadra sekarang ini.

"Nak apa?" Soal Nabeel. Lama menunggu Nadra bersuara tetapi tidak dikeluarkan juga jadi dia lah yang perlu memulakan. Kalau boleh tak nak tengok Nadra terlalu lama, makin benci nanti.

Sedikit tersentak bahu Nadra mendengar soalan itu. Beku sungguh suaranya.

"Abang sihat?" Nadra akhirnya bersuara dengan perlahan.

Nabeel berkerut.

"Apahal? Sihat ke tak bukan urusan kau." Kasar suaranya sambil memeluk tubuh, belakang disandarkan pada kerusi. Jelingan tajam diberikan pada Nadra.

Nadra pula terasa kekok di situ. Kalau lah dia ni seorang yang sukar untuk memaafkan orang, agaknya Nabeel dah kena jerkah dekat sini.

"Benci sangat ke abang dekat Nad? Kalau pun betul apa yang ibu dan ayah buat dekat abang dulu, perlu ke babitkan Nad dalam hal tu? Nad ni tak tahu satu apa pun, abang... Apa yang Nad nampak, ibu dan ayah sayang dekat abang... Iya, apa yang dia orang buat tu salah, Nad tak bangga pun dengan perbuatan dia orang tapi Nad tak suka apa yang abang buat juga... Biar lah Allah je yang balas apa dia orang buat dekat dunia ni..."

Nabeel mempamerkan riak bosan.

"Dah kenapa jadi ustazah pula dekat sini? Ingat aku nak dengar ke?" Bidas Nabeel dengan penuh sinis.

Sakit hati Nadra bila dengar tapi dia hanya senyum nipis.

"Abang... Nad maafkan semua salah silap abang dekat Nad... Abang maafkan Nad sekali ye? Nad tahu Nad ada banyak salah dengan abang, abang maafkan ye?" Sambung Nadra dengan penuh lembut. Dia tak kisah apa yang Nabeel akan jawab, asalkan dia dapat luah apa yang dia nak.

Diam.

"Selagi ada masa yang ada ni, abang pergi lah bertaubat dekat Allah... Minta ampun dekat dia, banyakkan berdoa... Solat fardhu jangan tinggal ye, abang? Allah sentiasa ada dengan hamba - hamba Dia. Mungkin abang tak nak dengar apa yang Nad cakap tapi Allah tu maha pengampun dan... Nad sayang sangat dekat abang..." Berair juga mata Nadra tetapi dia tetap senyum. Senyum pahit.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon