𝟔𝟐 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

Bukan nak menghalau adiknya tapi dia tak mahu Aqirah menyesal di kemudian hari, adiknya juga pernah cakap dia nak habiskan zaman belajar dengan cepat jadi boleh kerja. Dia tak nak tangguh lama - lama, nanti sendiri juga yang susah.

"Tapi Qirah tak nak tinggalkan akak seorang dekat sini..." Perlahan suara Aqirah membalas.

"Everything will be fine, adik... Allah ada dengan akak... Rayyan pun ada dengan akak... bukan akak nak menghalau adik tapi bukan adik ke yang cakap dengan akak yang adik tak nak membazir masa lagi? Qirah cakap nak habiskan cepat zaman belajar kan? Qirah tak boleh menyerah macam tu disebabkan hal ini je. Akak janji, akak akan jaga diri dekat sini, okey?" Pujuk Nadra. Dia tak mahu disebabkan dia, impian adiknya tidak tercapai.

"Qirah dah takde orang lain selain akak je... jadi akak kena janji dengan Qirah yang akak akan jaga diri bika Qirah takde dekat sini... janji dengan Qirah yang akak tak akan ada lagi dalam bahaya..." Akhirnya, Aqirah mengangkat kepalanya untuk melihat wajah kakaknya dengan air mata yang dipenuhi kelopak mata.

Jarang sekali Nadra mahu tengok air mata itu tapi entah kenapa hatinya sangat sakit bila lihat air mata Aqirah. Sebagai seorang kakak, dia tak mahu melihat adiknya sedih. Jika Nabeel bukan abang yang baik, dia janji dia akan jadi kakak yang bertanggungjawab dan menjaga Aqirah sehingga lah adiknya itu kahwin.

"Akak janji..." Nadra tersenyum kecil sebelum menarik Aqirah ke dalam pelukan. Kini air mata Nadra pula yang jatuh membasahi baju Aqirah.

"Akak jangan tinggalkan Qirah..." Rayu Aqirah, membuatkan Nadra semakin sebak mendengar suara Aqirah yang serak itu. Dia dapat mendengar bunyi esakan daripada Aqirah dan dia hanya memilih untuk diam tetapi tangan mengusap belakang adiknya.

"Akak janji akak takkan tinggalkan adik akak..." bisik Nadra lembut sebelum mengeratkan lagi pelukan mereka.

...

"Sayang—"

Rayyan terdiam seketika selepas dia masuk ke bilik hospital apabila melihat isterinya yang sedang tidur dengan lena. Selimut ditutup separuh badan gadis itu. Tadi, baru sahaja mama dan papa menjenguk Nadra waktu Rayyan dengan Ezhar sedang berbual dan selepas itu, Nadra terus merehatkan diri.

Senyuman manis terukir di bibir Rayyan, makanan yang dia baru sahaja beli tadi diletakkan di atas meja putih yang terletak di sebelah katil isterinya. Raut wajah yang cantik itu dipandang lama sebelum tangannya diangkat untuk mengusap pipi mulus itu dengan lembut, tak mahu mengejutkan susuk yang sedang lena itu.

"Tidur pun comel isteri abang ni..." Bisik Rayyan, senyuman tadi semakin lebar. Bibir didekatkan ke dahi  bersih Nadra sebelum dicium penuh lembut. Pipi yang diusap tadi berhenti, tangan dialihkan pula ke tangan isterinya lalu diusap. Tangan itu dibawa ke bibir dan dicium sekali.

"Kesian isteri abang penat ye? Rehat lah, sayang... abang ada dekat sini..." bisik Rayyan dengan lembut lalu dicium sekali lagi belakang tangan Nadra. Lama.

Rayyan melabuhkan punggung di atas kerusi plastik lalu merenung wajah cantik yang sedang lena. Tangan Nadra masih diusap penuh kelembutan. Dari dahi sehingga bibir Nadra dia perhati. Cantik. Sempurna. Dia hanya memerhati isterinya tidur. Kalau gadis itu mimpi buruk, dia bersedia untuk menenangkan.

Mata Nadra yang terpejam erat tadi terbuka dengan perlahan, dia dapat rasakan kehangatan sentuhan Rayyan itu. Wajah suaminya dipandang sebelum mengukirkan senyuman kecil. Rayyan membalas senyuman itu lalu dikucup belakang tangan Nadra buat kali yang ketiga.

"You're awake?" Bisik Rayyan lembut.

Nadra angguk perlahan, tangan yang bebas dari pegangan Rayyan itu menggosok perlahan matanya untuk membuang sisa kantuk.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now