𝟔𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

"Cuba kau cakap dengan aku... Puas ke hati kau lepas apa yang kau buat?" Tiba - tiba Rayyan menyampuk, tak dihiraukan air mata yang masih mengalir di hadapan lelaki yang kejam itu.

"Diam!"

"Kau takkan puas hati, Nabeel. Apa yang kau buat ni sia - sia je! Kau takkan hidup tenang, Nabeel. Percaya lah cakap aku." Sambung Rayyan, tak peduli dengan jeritan Nabeel tadi. Dia perlu tahu yang benar.

"Aku kata diam lah sial! Siapa kata aku tak puas hati? Nampak macam aku tengah sedih ke? Aku menang, Rayyan." Penuh janji kata - katanya sambil mengacu pistol pada Rayyan tetapi sedikit pun dia tak takut.

Rayyan menundukkan kepala untuk memandang Nadra. Mungkin buat kali yang terakhir, dia pun tidak tahu. Mata Nadra yang sudah layu itu dipandang lama.

"Sayang... Jangan tutup mata, please..." Rayu Rayyan.

Nadra memaksa diri untuk tidak memejam mata tapi dia terlalu lemah waktu ini. Dia mahu kata sesuatu tetapi tak terkeluar. Sungguh lemah dia waktu ini.

"Rot in hell, both of you." Kata Nabeel perlahan sebelum menarik picu tetapi yang peliknya, Rayyan tidak rasa sakit langsung. Dia dengar bunyi tembakan tetapi kenapa dia tak rasa sakit langsung.

Rayyan mengangkat kepalanya dan melihat Nabeel yang sudah terbaring di atas lantai tanpa menyedarkan diri. Pistol pun sudah terlepas dari tangannya. Rayyan mengubah perhatiannya pada Ezhar yang sedang memandang pintu masuk, kelihatan beberapa anggota polis yang baru sahaja sampai. Lambat! Seseorang daripada ramai anggota polis itu yang mengambil tindakan terlebih awal sebelum Nabeel dapat menembak Rayyan tadi.

Hadif yang sudah barung terlentang itu ditarik sedikit kasar oleh seorang polis sebelum menggari kedua tangannya.

Alhamdulillah.

Semasa mereka dalam perjalanan kesini lagi sudah menelefon polis tapi tak sangka pula lembab. Sampai Nadra dah nak pengsan baru nak muncul! Mereka memang takkan datang ke sini dengan tangan kosong.

Rayyan menundukkan kepalanya semula, tangan yang mengusap pipi Nadra itu mula mengusap kepala gadis itu. Mata Nadra masih separuh terbuka, bila - bila masa sahaja boleh terkatup tapi dia tahan.

"Sayang... you're safe now... we're safe..." bisik Rayyan lembut di telinga Nadra. Gadis itu hanya tersenyum lemah sebelum matanya tertutup dan tidak menyedarkan diri. Asalkan dia tahu semuanya baik sekarang, baru lah dia rasa tenang.

Beberapa anggota polis dan medik masih sibuk membuat siasatan di situ. Susuk Aisya dan Nabeel yang tidak sedarkan diri itu ditilik oleh mereka sebelum membawa mereka ke dalam ambulans yang sudah tersedia di luar.

Ezhar berlari ke arah Rayyan yang tidak berhenti menggoncang tubuh Nadra.

"Sayang, bangun lah..." Rayu Rayyan sambil merangkul tubuh Nadra.

"Ray, kita bawa dia ke hospital cepat." Kata Ezhar sambil memegang bahu Rayyan. Nak tunggu lama - lama takut terlambat nanti. Nadra dah lah tengah mengandung.

...

Keadaan Nadra yang terlentang di katil hospital itu membuatkan Rayyan risau. Wajah Nadra dipenuhi dengan bekas luka dan lebam, tubuhnya pun sama. Semuanya daripada kekejaman Nabeel dan Hadif. Gadis itu masih tak sedarkan diri selepas 5 hari di hospital. Sungguh lemah fizikal gadis itu di mata Rayyan tapi dia tahu mental Nadra kuat. Dia seorang gadis yang kuat.

Dia tahu apa yang jadi sebelum ini. Ezhar sendiri yang membuka cerita walaupun dia sudah berjanji dengan Nadra untuk tidak beritahu Rayyan tapi disebabkan jejaka itu yang merayu pada Ezhar. Rayyan juga asa hak untuk tahu sebagai suami Nadra, sebab itu lah Ezhar menceritakan semua tentang apa yang Hadif buat dan bagaimana Ezhar boleh menyelamatkan Nadra waktu itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now