𝟔𝟎 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

"Kau ingat aku nak sangat ke datang sini? Aku datang pun sebab nak jenguk mak ayah kau yang tengah risau pasal kakak kau, bukan kau! Jangan nak perasan lebih. Kalau boleh memang aku tak nak datang sini tengok muka kau." Apa entah dosa Aqirah sampaikan Ezhar berkata begitu. Nak kata sebab dia terjatuhkan aiskrim atas baju dia, tak kut. Mungkin ye? Sangat budak sekolah.

Buat kali pertama, Aqirah enggan membidas kata - kata Ezhar. Biarlah apa yang jejaka itu mahu kata, dia tak kesah. Apa yang dia risau sekarang adalah ibu dan ayah. Terasa memang terasa dengan Ezhar tapi dia tak seperti Nadra yang terlalu mudah untuk kecil hati. Dia terasa pun sebab dia tengah sedih sekarang.

"Dah lah, Ez... Jangan lah bagi dia sedih lagi, baik kau diam kalau kau rasa tak nak bagi dia semangat." Tegur Aariz dengan wajah yang berkerut. Entah apa yang tak suka sangat dengan Aqirah pun dia tak tahu.

Ezhar mengeluh berat.

"Aku teman Ray kejap dekat luar, kau duduk sini jaga Aqirah." Kata Aariz lagi sebelum bangun dan berlalu keluar daripada rumah, meninggalkan Aqirah dan Ezhar bersama ibu ayah gadis itu yang sudah terlentang di atas lantai.

Ezhar hanya memerhati susuk Aariz yang mula hilang dari pandangan sebelum dia alihkan pandangan pada Aqirah yang masih menangis.

"Aku minta maaf." Ujar Ezhar tiba - tiba.

Aqirah hanya diam, tak mahu menjawab.

Ezhar memejam mata untuk menahan sabar sebelum dibuka kembali. Sapu tangan bersih yang berada di dalam kocek Ezhar itu dihulur pada gadis itu.

"Lap air mata tu," Kata Ezhar sambil menyuakan sapu tangan itu pada Aqirah. Gadis itu hanya memerhati sapu tangan itu tanpa mengambil pun, air mata masih berjurai ke pipinya yang mulus itu.

"Ambil lah ni..." Meleret suara Ezhar, lembut pun terselit sekali tetapi Aqirah masih enggan mengambilnya.

Ezhar mengeluh berat sebelum menunduk supaya dia dapat melihat wajah Aqirah dengan jelas lalu dia lap air mata gadis itu menggunakan sapu tangan tadi. Wajahnya yang beku semasa dia mengelap air mata itu.

Aqirah terkaku. Anak matanya bersabung dengan milik Ezhar. Tiada lah dekat mana wajah mereka tetapi ia membuatkan Aqirah rasa tak selesa, sapu tangan itu dirampas dari tangan Ezhar sebelum dia mengalihkan pandangan.

Terkejut Ezhar apabila sapu tangan itu dirampas dari tangannya.

"Penat aku lapkan air mata kau, ni yang aku dapat?"

"Takde siapa pun yang suruh." Jeling Aqirah.

Ada saja yang nak digaduhkan.

Tangan ibu masih digenggam kemas sambil mengusapnya. Wajah ibu ditatap lama sebelum dialihkan pada ayah pula. Air mata kini mengalir semula di pipi Aqirah. Ezhar yang perasan akan itu hanya memerhati.

"Kau nak tau sesuatu tak?" Soal Ezhar.

"Tak—"

"Takde. Nak ke tak nak, aku cerita juga." Ezhar memotong kata - kata Aqirah. Gadis itu hanya mencebik.

"Aku pernah lalui apa yang kau lalui sekarang cuma beza dia adalah tempat, masa, and how they died."

Aqirah berpaling pada wajah Ezhar yang selamba tetapi pada Aqirah, jejaka itu ada sesuatu yang terpendam dalam hatinya. Mata jejaka itu jelas penuh dengan kesedihan dan sakit.

"Waktu itu aku 21 tahun, tengah belajar lagi dan jauh daripada mak ayah aku tapi satu hari tu, aku berkeras nak balik rumah sebab tak lama lagi hari jadi aku. Aku suruh mak ayah aku ambil aku daripada Universiti sebab waktu tu aku takde lesen lagi. Sebelum kau tanya, aku malas nak ambil kelas memandu." Ezhar sambung dan Aqirah hanya mendengar sahaja. Tangan masih mengusap tangan ibu dan ayah namun matanya tertumpu pada Ezhar.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now