𝟓𝟑| 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

"Where are you going? Lupa ke awak tidur dekat sebelah saya?" Rayyan berkerut, tangan masih kuat menggenggam pergelangan Nadra tetapi tidak sampai menyakitkan gadis itu. Cukup untuk memberitahu Nadra yang dia tak benarkan gadis itu tidur di sofa.

Nadra berpaling semula pada Rayyan sambil muncung. Merajuk! Bukan dia lupa yang dia tidur sebelah Rayyan tapi dia sengaja nak larikan diri. Orang tengah mengandung sensitif dia lain macam. Rayyan pula pelupa, bila dia sedar akan hal itu, hilang terus kerutan di dahi.

"Merajuk ke? Saya gurau je lah tadi..." Lembut Rayyan berkata, mahu memujuk Nadra tapi tak mengubah apa - apa pun. Habis lah dia.

"Sayang..."

Nadra masih kuat menahan senyum apabila dipanggil begitu.

"Sayang..." Kali kedua Rayyan menyeru.

Nadra toleh ke sisi. Tak mahu melihat wajah Rayyan, nanti dia cair.

"Sayang abang..." Meleret suara Rayyan memanggilnya buat kali yang ketiga. Ini sengaja! Mana aci! Makin geram Nadra dibuatnya. Mudah betul dia cair dengan lelaki ini.

Sudah merah wajah Nadra, bibir ditekan untuk menahan diri daripada mengeluarkan segaris senyuman. Tak mudah Nadra terpedaya. Tengah hilang ingatan pun boleh macam ni ye perangai?

Terfikir juga, apa lah yang akan jadi kalau Rayyan sedar waktu itu dan sehingga hari ini dia tak rasa apa - apa pada Nadra. Bahagia ke mereka sekarang? Rayyan akan panggil dia 'sayang' ke? Ataupun lelaki itu masih beriak beku sekarang dan Nadra masih tidur di sofa. Tak boleh nak bayang sebab disebaliknya yang terjadi. Rayyan masih jatuh cinta dengan Nadra buat kali yang kedua.

"Nadra sayang..." Panggil Rayyan lagi apabila sedar gadis itu hanya diam. Dia pun tak tahu nak pujuk macam mana. Blur. Macam mana nak pujuk Nadra? Macam mana nak bagi gadis ini senyum semula walaupun muncungnya itu comel? Tiba - tiba idea muncul dalam kepala, itu sahaja yang dia boleh fikir.

"Nak abang belanja green tea tak nanti?" Soal Rayyan.

Harapannya kini tercapai apabila melihat Nadra tersenyum lebar. Dia berapling semula ke arah Rayyan dengan mata yang teruja. Green tea! Rayyan dah berjaya memujuk hati kesayangan. Mungkin itu cara dia setiap kali Nadra merajuk. Kena ingat!

"Nak!" Jawab Nadra teruja. Digoyangkan beberapa kali tangan Rayyan yang sedang menggenggamnya tadi. Macam ni rupanya susah menjaga orang mengandung. Lepas ni, bukan setakat Nadra kena jaga Rayyan, jejaka itu pun kena jaga Nadra.

"Sekarang ni, kita tidur dulu, okay? Tunggu abang keluar hospital nanti abang belikan tau." Cara Rayyan bercakap macam bercakap dengan budak kecil taoi mungkin itu sahaja cara untuk memujuk gadis yang sensitif itu.

"Okay!" Balas Nadra sebelum menaiki katil hospital bujang itu dan terus baring di atas bantal yang empuk itu. Penat sebenarnya tapi seronok pula merajuk.

Rayyan lagi tadi perhati Nadra sebelum dia merangkul pinggang gadis itu dan menarik untuk mendekati tubuhnya.

"Kejap!"

Baru sahaja Rayyan ingin mencium dahi gadis itu taoi terhenti apabila Nadra bersuara.

"Abang sebut apa tadi?" Soal Nadra.

"Abang sebut apa?" Rayyan mengulang soalan.

"Tu! Abang bahasakan diri abang 'abang'!" Nadra memberitahu. Jarang sudah dia dengar perkataan itu dari mulut Rayyan. Sedar aje 'saya' , 'awak' ataupun 'Nadra'. Gadis itu pun penat dengar tapi dia tak memaksa Rayyan untuk menukar panggilan dirinya.

"Kenapa?" Soal Rayyan sambil menjungkitkan kening.

"Rindu dengar perkataan tu." Jujur Nadra.

"Setiap hari awak sebut perkataan tu."

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now