𝟓𝟐 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

"Muat ke?" Soal Nadra sambil tersenyum kekok.

"Kenapa tak muat pula? Nadra kecil je." Balas Rayyan selamba.

Terkebil Nadra dibuatnya.

"Okay." Nadra akhirnya akur sambil tersenyum kecil.

Kalau suami suruh tidur sebelah, ikutkan je lah. Kalau jatuh esok, jangan seorang lagi masuk hospital sudah lah.

"Nadra pergi mana tadi?" Soal Rayyan tiba - tiba. Nadra baru sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi, dia memandang ke arah suaminya.

"Balik rumah kejap tadi, basuh baju. Sorry Nad tak bagitahu abang." Balas Nadra dengan senyuman bersalah.

"Seorang?" Soal Rayyan lagi. Berkerut wajah jejaka itu.

"Eh tak lah, ada Aisya dengan abang Nad." Jawab Nadra. Rayyan risau kalau Nadra pergi seorang sebab dia tu perempuan, hari pula dah gelap.

Rayyan mengangguk, kerutan pada wajah tadi sudah pun hilang. Tenang sikit hati dia bila tahu ada orang yang teman Nadra di rumah tadi.

"Lain kali nak balik rumah jangan seorang tau. Pastikan ada someone yang teman Nadra." Pesan Rayyan.

"Baik abang." Balas Nadra sambil tersenyum nipis.

"Come here." Ajak Rayyan. Katil itu ditepuk beberapa kali, Rayyan beralih sedikit supaya Nadra boleh duduk bersamanya di atas katil itu.

Nadra memandang ke arah Rayyan dan dia terdiam seketika. Kekoknya tiba - tiba nak duduk dekat setelah sebulan lebih tak duduk sekatil.

"Sini, sayang." Panggilan itu lagi lah membuat jantung Nadra menggila. Merah wajahnya apabila dipanggil begitu. Teringat pula pertama kali Rayyan memanggilnya sayang selepas nikah. Nadra tersenyum malu sebelum dia menaiki katil itu lalu dia duduk di sebelah Rayyan.

Lain kali nak panggil sayang cuba bagi amaran dulu. Ini tidak, tak pasal - pasal dah jadi tomato muka Nadra tu. Malu!

"Abang panggil Nad apa tadi?" Soal Nadra selepas menyelesakan diri di sisi Rayyan. Lengan Rayyan merangkul pinggang Nadra membuatkan gadis itu semakin merah. Dah lama tak kena sentuh ni boleh blushing pula! Rayyan ni pun satu, selamba aje dia peluk, macam selepas waktu nikah dulu. Tak kekok langsung pegang Nadra.

"Sayang. Kenapa?" Selamba Rayyan menjawab. Straightforward betul! Susah sebenarnya nak buat Rayyan blushing. Kalau iye pun mesti dia sorok muka. Kena ambil video baru nampak telinga merah dia.

"Takde apa lah... Dah lama tak dengar abang panggil Nad macam tu..." Balas Nadra sambil bermain dengan hujung baju. Dia merasakan pinggangnya diusap lembut oleh Rayyan lalu tersenyum kecil.

"Nadra selesa ke?" Soal Rayyan sambil menundukkan kepala untuk memandang wajah Nadra dengan lebih jelas.

"Selesa." Jawab Nadra lembut.

"Dah solat isyak dekat rumah tadi?" Soal Rayyan lagi.

"Dah." Jawab Nadra dengan senyuman lebar. Sempat dia solat berjemaah dengan Nabeel dan Aisya di rumahnya tadi sebelum pergi ke hospital.

"Abang dah solat?" Soal Nadra pula.

"Dah, sebelum Aariz datang tadi saya dah solat." Jawab Rayyan sebelum menarik Nadra lebih dekat dengannya. Automatik. Macam dah biasa pula memeluk gadis itu tapi ingat pun tidak.

"Nadra tak ngantuk ke?" Soal Rayyan. Apa main soal - soal pula ni. Dia tanya dia tak pun dia tanya dia. Tak penat ke main soal jawab.

"Ngantuk lah juga..." Jawab Nadra. Matanya sudah layu mengantuk. Apatah lagi berada di dalam pelukan hangat Rayyan yang dah lama dia tak rasa itu. Rindu sungguh dia nak dipeluk oleh suami sendiri.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now