𝟒𝟖 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Začít od začátku
                                    

Nadra yang baru sahaja mahu menyentuh Rayyan itu terdiam apabila melihat Arifah memegang bahu suaminya.

"Biar lah Ifah cek abang... Nak Ifah panggil doktor tak?" Soal Arifah dengan nada cemas.

"Tak perlu, Ifah." Tegas suara Rayyan, tangannya masih memicit dahi.

"Abang nak air?" Soal Nadra pula dengan lembut. Dia hanya menyentuh sedikit sahaja tangan Rayyan yang sedang memicit dahi itu. Rayyan menggeleng dan membiarkan Nadra menyentuhnya.

"No, I'm fine." Perlahan Rayyan menjawab.

"Sejak kau kahwin dengan Rayyan, macam ni lah nasib dia. Lepas ni apa? Kau nak tengok dia mati depan kau?" Marah mak ngah, membuatkan Nadra menundukkan kepala. Sedihnya hati seorang isteri bila dituduh begitu.

"Mak ngah. I might not remember who she is but she's my wife. Don't talk to her like that." Marah Rayyan sambil memandang mak ngah dengan wajah yang berkerut. Tangan dilepaskan daripada dahi.

"Macam mana Ray tahu? Dia cakap ke yang dia kahwin dengan Ray?" Desak mak ngah.

"Mama bagitahu." Mendatar Rayyan membalas.

"Entah - entah perempuan ni yang ugut mama kamu tu supaya dia cakap yang dia ni isteri kamu." Tuduh mak ngah. Nadra mendongak untuk memandang mak ngah dengan kerutan di dahi. Dia tak sangka mak ngah akan berkata begitu.

"Awak ni jangan nak tuduh sembarangan boleh tak? Tak payah nak menambahkan tekanan Rayyan tu. Nadra ni baik orangnya, awak sendiri tahu Nadra ni isteri Rayyan. Kenapa nak menuduh Nadra mengugut pula ni? Nak reka cerita lain kali jangan ada saya dekat sini." Tegur pak ngah dengan tegas tapi mak ngah buat tak endah sahaja.

"Isteri kamu ni bukan isteri yang baik, Ray. Entah apa dia pernah buat dekat kamu dulu lepas korang kahwin. Entah - entah pemalas dekat rumah. Goyang kaki aje kerja dia." Tuduh mak ngah lagi.

"Dia isteri Ray dan mak ngah takde hak nak sebut benda yang tak elok. Kalau betul pun dia macam tu, dia tetap isteri Ray." Makin tegas suara Rayyan. Dia tak marah cuma perangai mak ngah dari dulu memang begini, dia pun kurang senang. Dia tak ingat satu apa pun tentang Nadra tapi dia percaya dengan kata - kata mama sebab mama tak pernah menipu dia.

"Kita jenguk dia sebab nak bagi dia senang, awak makin susahkan dia dah kenapa? Dah, jom balik. Ifah, balik." Tegas suara pak ngah.

"Tapi daddy..."

"Takde tapi tapi. Balik." Arah pak ngah. Arifah memuncungkan bibir sebelum beredar bersama mak ngah dan pak ngah. Nadra lagi tadi memerhati Arifah yang perlahan - lahan menunjukkan perangai sebenarnya.

Nadra hanya memerhati gerak - geri mereka sehinggalah pintu tertutup semula. Dia malu nak tengok Rayyan saat ini. Dia mahu beritahu semuanya tentang mereka berdua tapi Rayyan akan percaya ke?

"Dah masuk maghrib ni, kita solat ye abang?" Nadta bersuara, mahu tukar topik. Rayyan hanya mengangguk. Nadra menghulurkan tangan untuk membantu Rayyan turun daripada katil tetapi Rayyan hanya memaut pada katil. Nadra hanya mampu memerhati sahaja.

"Nad tolong abang ambil wudhu?" Ujar Nadra.

"Tak payah. Saya boleh buat sendiri." Balas Rayyan mendatar. Saat ini, dia rindu sangat nak dengar Rayyan memanggilnya sayang.

"Nad tahu abang boleh buat sendiri tapi abang masih lemah, bagi lah Nad tolong abang... Kalau apa - apa jadi nanti susah..." Perlahan suara Nadra memujuk.

"Degil kan awak ni? Saya kata saya boleh buat sendiri kan? Suka hati saya lah—" Marah Rayyan tetapi tiba - tiba kepalanya terasa berdenyut semula, mata dipejamkan erat, tangan memicit dahi untuk mengurangkan rasa sakit dan tangannya lagi satu memaut pada katil. Nadra yang perasan itu segera pergi ke sisi Rayyan, memegang lengan Rayyan.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Kde žijí příběhy. Začni objevovat