𝟒𝟎 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

"I'm married. I thought it was obvious?" Mendatar suara Rayyan. Pelayan itu masih tidak mahu berputus asa namun dia tersenyum manis lagi. Sikit pun Rayyan tak pandang.

"Memang lah obvious tapi apa salahnya? You ada lagi tiga kuota kan?" Suara menggoda itu membuatkan Nadra geli.

"Eh perempuan. Banyak lagi lelaki dekat luar sana yang kau boleh ambil, apahal laki orang juga nak? Kitaorang dah siap order, so boleh kut pergi buat kerja yang sepatutnya kau buat, tak payah nak jadi orang ketiga, keempat atau kelima sangat. Menyampah." Bebel Nadra. Cemburu dalam diri tak mampu nak dikawal lagi. Pelayan itu terus berlalu sambil menundukkan kepala. Biar malu!

Rayyan yang di situ menahan senyum. Betul lah bini dia memang garang. Dengan dia belum lagi. Tapi comel juga Nadra marah, tiba - tiba rasa nak buat gadis itu marah.

Nadra yang perasan akan reaksi Rayyan itu terus melarikan tangan dan memeluk tubuh, bibir dimuncungkan dengan dahi berkerut. Rayyan menjungkitkan kening apabila tangan Nadra lepas daripada pegangan. Alamak, merajuk!

"Sayang..." Rayyan cuba pujuk, tangan diletakkan pada bahu Nadra sebelum dia menarik dekat pada tubuhnya.

Diam.

"Sayang merajuk ke?" Soal Rayyan lembut.

Diam.

"Abang suka lah sayang marah dia tadi. Comel." Usik Rayyan. Niat nak membuat gadis itu tersenyum tapi tak berjaya namun pipi sahaja berona merah.

"Sayang marah abang ke?" Rayyan membawa tangannya untuk mencuit hidung Nadra yang mancung itu.

"Mana ada." Balas Nadra sambil muncung.

"Cemburu eh?" Usik Rayyan lagi bersama senyuman senget. Hidung Nadra dicuit buat kali kedua. Nadra menoleh ke arah Rayyan dengan kerutan di wajah.

"Apa salahnya cemburu? Abang kan suami Nad." Omel Nadra. Bukan tahu, Rayyan suka dia cakap begitu. Senyuman senget masih bermain di bibir Rayyan.

"Alahai, sayang abang ni. Cemburu ye? Sikit pun abang tak pandang dia tadi. Entah muka macam mana pun abang tak tahu." Balas Rayyan, jujur. Memang dia tak pandang pun tadi. Hanya pandang kurang 3 saat sahaja pada kertas yang pelayan tadi hulur, ambil pun tidak.

"Tau..."

Terkebil mata Rayyan. Tahu?

"Nad tak suka dengan pelayan tu. Menggatal je tau! Apa kena dengan dunia sekarang sampai laki orang juga nak goda? Macam lelaki single dah tak wujud dalam dunia ni." Omel Nadra panjang lebar. Rayyan setia mendengar omelan isterinya itu. Comel je!

"Kan? Takde kerja agaknya. Ingat trend ke apa nak songlap laki orang. Lelaki pun sama, mudah betul tergoda!" Giliran Rayyan pula membebel. Support bini! Hidung Nadra dicuit buat kali ketiga. Suka sangat dengan hidung Nadra yang comel tu.

"Nasib baik abang tergoda dengan isteri abang je." Sambung Rayyan. Mata Nadra berkelip apabila Rayyan membebel sebegitu. Dia pun terkejut. Bagus lah jadi laki bini, membawang bersama. Astaghfirullah!

"Pandai juga abang bebel." Puji Nadra.

"Sayang ajar." Balas Rayyan selamba. Telefon pintar dimain dengan sebelah tangan. Semakin muncung Nadra dibuatnya.

"Tak semestinya abang kena ikut." Omel Nadra, mula lah bertikam lidah. Manja - manja je.

"Setiap hari dengar, terikut lah." Balas Rayyan, tumpuan pada skrin telefon.

"Okay lah. Nad tak bebel dah lepas ni..." Sayu suara Nadra, terasa sedikit hati tisunya itu. Rayyan yang sedar itu segera meletakkan telefon pintar ke atas meja dan menoleh ke arah isteri.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now