𝟑𝟕 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

"Aqirah dah siap ke belum?" Soal Rayyan. Telefon pintar itu diletak ke atas sofa itu. Kini dia tertumpu sepenuhnya pada isteri kesayangan. Bahu Nadra diusap lembut, dagunya disandarkan di atas kepala Nadra.

"Tengah siap, faham - faham je lah perempuan kalau siap." Balas Nadra, membiarkan suaminya menyandarkan dagu di atas kepala. Rayyan tergelak kecil setelah mendengar balasan Nadra itu. Tahu sangat lah dia betapa lamanya kalau perempuan bersiap tapi dia tak kisah pun sebab dia suka tenung isteri sendiri tengah bersiap.

"Macam abang tunggu sayang setiap hari." Usik Rayyan lalu mencuit pipi Nadra yang gebu itu. Nadra hanya muncungkan bibir.

"Penat ke tunggu Nad setiap hari?" Gumam Nadra perlahan seakan - akan merajuk. Semakin lebar senyuman Rayyan, cubitan manja menghinggap pada pipi Nadra sebelum dia menarik gadis itu supaya menghampiri dia. Kalau boleh nak masukkan Nadra dalam baju dia sekali.

"Tak penat pun sayang. Abang suka tenung sayang setiap hari, nak siap berapa jam pun abang tak kisah asalkan abang dapat tenung bidadari abang yang cantik ni." Balas Rayyan. Terdengar cheesy ditelinga Nadra tapi apa yang dikatakan itu bukan lah setakat ayat untuk menyedapkan hati Nadra. Bukti? Rayyan selalu bangun awal semata nak tengok Nadra yang sedang nyenyak dibuai mimpi, memang creepy kalau kantoi tapi siapa suruh dia cantik sangat?

Nadra tersenyum malu lalu disorokkan muka ke dada Rayyan.

"Eh? Blushing ke?" Usik Rayyan sambil tergelak kecil. Dia membiarkan Nadra benamkan wajah di dadanya.

...

"Kau buat apa dekat sini?" Ezhar memandang Aqirah atas bawah dengan bibir yang dicebik dan kening terjungkin. Membulat mata Aqirah apabila melihat jejaka itu berada di hadapannya. Dia mendongak sedikit untuk wajah Ezhar yang sangat menjengkelkan itu. Kacak aje lebih tapi perangai macam nak kena tumbuk seribu kali! Ezhar merapatkan wajahnya dengan Aqirah, matanya dikecilkan menunjukkan bahawa dia memang tak suka ada gadis itu disini. Aqirah berkerut lalu menjarakkan diri mereka.

"Apahal? Ingat mall ni kau seorang punya je ke?" Balas Aqirah bersama jelingan. Nadra yang mendengar itu menepuk bahu Aqirah sebagai amaran.

"Qirah." Panggil Nadra tegas. Aqirah hanya mengetap gigi, geram manakala Ezhar pula tersenyum jahat. Rayyan mampu menggelengkan kepala sahaja melihat sahabatnya itu. Lain betul perangai dia dengan Ezhar. Dia pun pening!

"Kenapa kau tak cakap budak ni ikut?" Soal Ezhar pada Nadra dengan dahi yang berkerut.

"Suka hati kakak aku lah nak ajak siapa, sibuk lah kau ni!" Marah Aqirah.

"Aku tanya kakak kau bukan kau budak!" Marah Ezhar pula. Nadra dan Rayyan memandang anatara satu sama lain sebelum melepaskan keluhan berat. Susah macam ni kalau mereka berdua tak reti nak berbaik. Nadra yang sudah tahu mengapa mereka begini hanya memerhati sahaja manakala Rayyan yang tidak tahu pula juga memerhati.

"Eh dah lah. Tak perlu nak gaduh dekat sini macam budak kecil. Kau tu pun macam budak, Ez." Mendatar suara Rayyan sebelum menepuk bahu Ezhar, mengharapkan sahabatnya itu mampu mengalah dengan Aqirah. Takkan lah dengan budak pun nak gaduh kut?

"Kau patut back up aku, Ray. Apahal kau back up budak bawah umur ni?"

Rayyan hanya mengeluh dengan perangai Ezhar yang seperti kanak - kanak bawah umur.

"Kalau aku budak bawah umur kau apa pula? Gila?" Singkat dan padat Aqirah mendefinisikan perangai Ezhar membuatkan jejaka itu semakin geram. Kalau dia ni jantan dah lama kena rasanya tapi disebabkan dia perempuan lah dia bersabar daripada naik tangan. Mak ayah tak pernah mengajar dia naik tangan dengan perempuan.

"Qirah, dah lah tu. Tak baik lah cakap orang macam tu." Tegur Nadra sambil menarik lembut tangan Aqirah. Itu lah Nadra, lembut sangat dengan orang. Mudah nak kesiankan orang, nak maafkan orang pun mudah sahaja tapi bukan Aqirah. Perangai dia sangatlah berbeza dengan Nadra. 'Give and take'. Itu lah konsep yang digunakan oleh Aqirah. Cari pasal dengan dia, memang kena balas benda yang sama.

"Dia yang mula dulu, marah lah dia akak ni." Omel Aqirah.

"Jom lah, wayang dah nak mula tu." Potong Rayyan apabila melihat Nadra yang senyap tak tahu berkata apa. Rayyan menarik tangan Nadra dengan lembut untuk memasuki panggung wayang itu. Aqirah dan Ezhar yang dibelakang hanya mengikut langkah pasangan itu.

Tanpa sedar, ada seseorang yang mengikuti langkah mereka, lebih kepada mengikuti langkah Nadra dan Rayyan. Senyuman sinis terukir pada bibir disebalik hoodie yang menutup kepala dan juga topeng muka yang berwarna hitam. Langkah Nadra diperhati oleh lelaki misteri itu, gambar Nadra yang ditangkap itu dipandang lama sambil mengusapnya dengan penuh lembut. Psiko. Menggerunkan. Dia mengambil nafas berat, bibir bawah digigit kuat sehinggakan hampir berdarah bibir itu.

"Kau milik aku seorang, Nadra. Bukan dia" Bisik dia kepada diri sendiri sebelum beredar daripada situ. Skrin telefon pintar itu dipenuhi dengan gambar Nadra yang dia tangkap dalam diam.

...

"Nightmare again, sayang?" Soal Rayyan kepada Nadra yang baru sahaja bangun dengan mengejut itu. Nafasnya berat, peluh memenuhi dahi Nadra yang bersih itu, seluruh badannya menggigil tetapi nampak sahaja figura Rayyan yang sedang kerisauan itu, Nadra kembali tenang walaupun tidak sepenuhnya.

"Do you want to talk about it?" Soal Rayyan dengan berhati - hati. Kalau Nadra tak mahu, dia tak akan memaksa walaupun hati penuh dengan rasa ingin tahu. Kalau dia paksa pun tak akan jadi apa, lagi teruk Nadra nanti jadi baik dia tunggu.

"Nad bukan orang yang abang nak selama ni... You deserve better, abang... Not me... Nad tak sempurna... Nad berdosa..." Sayu suara Nadra sambil memandang bawah. Air mata yang memenuhi kelopak mata itu akhirnya jatuh membasahi pipi yang mulus. Rayyan segera menarik Nadra di dalam dakapan, bahu Nadra dipeluk kemas oleh Rayyan, kepala Nadra dikucup lama. Gadis itu dapat rasakan nafas hangat Rayyan di kepalanya.

"Sayang jangan cakap macam ni, please... Abang masih tak tahu sepenuhnya apa yang jadi dekat Nadra tapi walau apa pun, abang akan sentiasa dekat sini, sayang... Nadra kena ingat semua manusia dekat dunia ni tak sempurna, sayang... Semua orang ada kekurangan dia sendiri cuma kita sahaja yang tak nampak kecuali Allah. Dia je yang tahu apa yang sayang rasa sekarang... Mungkin abang tak tahu tapi Allah tahu... Abang tak akan paksa awak untuk bagitahu semuanya dekat abang tapi abang tak nak sayang salahkan diri sendiri je... Allah tau apa yang ada dekat dalam hati sayang... Semua manusia buat dosa dekat dunia ni termasuk abang... Besar atau kecil pun Allah akan ampunkan sayang... Abang bukan sesiapa nak menghukum sayang dekat dunia ni... Abang lahir dalam kehidupan sayang untuk berada di sisi Nadra sepenuh masa, jaga Nadra, sayang dan cinta Nadra dengan sepenuh hati abang... I'm here to heal you too, sayang." Lembut Rayyan bertutur sambil memeluk Nadra dengan kemas. Bahu Nadra diusap lembut. Nadra yang mendengar setiap perkataan yang keluar daripada mulut Rayyan itu hanya mampu menangis. Terharu dia dengar. Sedih pun ada.

"Sekarang ni... Sayang bangun, ambil wudhu dan solat sunat, okay? Kita solat sama - sama... Sayang minta lah apa yang sayang nak minta dekat Allah... Sayang minta lah ampun dekat Al-Ghafur kalau itu boleh membuatkan hati sayang tenang... Allah itu maha pengampun, Nadra... Besar mana pun dosa kita, Allah tetap akan ampunkan..." Rayyan mengangkat wajah Nadra lalu dicepung kedua belah pipi gadis itu. Air mata gadis itu dilap menggunakan ibu jari Rayyan sebelum jejaka itu mencium kedua belah mata Nadra. Senyuman manis diberikan pada gadis itu.

"Abang sayang Nadra..." Bisik Rayyan.

" Bisik Rayyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now