𝟑𝟒 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

"Tak lah... Setiap hari sayang wangi tapi harini macam makin wangi pula..." Balas Rayyan sambil mengangkat dagunya daripada bahu Nadra. Dia menudukkan kepala untuk memandang Nadra yang lebih rendah itu, lengannya masih erat memeluk pinggang Nadra. Terletus tawa kecil Nadra apabila Rayyan berkata begitu sebelum memusingkan badannya menghadap Rayyan. Tangan Rayyan berada di belakang Nadra manakala tangan Nadra pula berada pada dada Rayyan.

"Sehari kalau tak mengada memang tak sah kan?" Soal Nadra bersama senyuman senget sambil membetulkan kolar kemeja Rayyan yang sedikit tidak kemas itu.

"Mengada dengan isteri abang je..." Balas Rayyan seakan - akan merajuk namun masih memeluk pinggang Nadra. Merajuk ke tidak ni? Nadra menahan daripada tersenyum lebar sebelum memegang wajah Rayyan ke dalam tangannya. Pipi Rayyan diusap dengan penuh kasih sayang sambil memandang tepat ke anak mata Rayyan.

"Tak sangka pensyarah garang dan beku ni boleh manja eh?" Usik Nadra lagi. Rayyan membalas pandangan Nadra itu dengan kening yang berkerut dan mulut yang dimuncungkan.

"Wah... Ada orang ikut cara kita merajuk lah... copycat!" Gurau Nadra lagi sebelum menjinjit dan memberi hadiah kucupan pada hidung Rayyan yang bersih itu. Tak pernah lagi dia mencium Rayyan dan ini lah kali pertama di berani buat. Mata Rayyan bersinar - sinar apabila dapat kucupan hangat itu. Mulut yang dimuncungkan tadi hilang dan digantikan dengan senyuman lebar.

"Did you just kiss me?" Soal Rayyan terkejut. Alah, setakat dekat hidung berkali - kali dia boleh bagi tau! Bukannya susah pun. Pipi Nadra sudah berona merah. Kalau nak minta lagi nanti - nanti lah, dia tengah malu tu.

"Kenapa?"

"Nak lagi." Minta Rayyan sebekum menyuakan pipinya pada Nadra. Dia menunggu ciuman daripada Nadra tetapi tak dapat dirasai pun. Dia memandnag ke arah Nadra dengan dahi yang berkerut.

"Taknak bagi kiss dekat abang ke?" Soal Rayyan. Nadra hanya mampu tergelak melihat reaksi Rayyan yang seakan - akan kembali merajuk. Alahai, susah ye dapat suami macam ni. Depan orang punya lah macam bapak singa, garang gila! Menggerunkan je kalau orang tengok muka beku dia tu tapi sampai je dekat Nadra, automatik jadi kucing!

"Sekali cukup lah." Omel Nadra.

"Mana cukup." Balas Rayyan.

"Cukuplah." Balas Nadra pula.

"Tak." Lawan Rayyan.

"Cukup." Balas Nadra. Suka pula dia mengusik Rayyan. Asyik Rayyan je yang mengusik dia, ni giliran dia pula.

"Tak."

"Cukup."

"Sayang..." Rengek Rayyan.

"Jom lah makan..." Nadra cuba mengubah topik.

Rayyan melepaskan pelukan daripada pinggang Nadra lalu dia mendekatkan wajahnya dengan Nadra, kedua tangannya disandarkan pada meja makan manakala Nadra pula tidak dapat melarikan diri, punggungnya tersandar pada meja makan itu. Air liur ditelan kasar apabila melihat Rayyan yang sedang memandang tepat ke anak matanya. Dia ada buat salah ke? Terasa bahang pula tiba - tiba! Sukar nak bernafas apabila ditenung dengan begitu dekat! Nadra tak dapat nak menjarakkan diri lagi, dia hanya mampu berdiam diri dan membalas pandangan Rayyan.

"A— abang tak lapar ke? Nanti nasi goreng tu sejuk..." Soal Nadra sebelum dia melarikan pandangan. Takut pula dia nak tengok Rayyan lama - lama sebab senyuman pada wajah Rayyan pun dah hilang, dia hanya fokus memandang pergerakan Nadra. Menggerunkan. Rayyan yang sedar akan ketakutan Nadra itu terus dia menarik gadis itu ke dalam pelukan bersama senyuman kecil.

"Sayang takut dengan abang ke, hm?" Lembut Rayyan menyoal sambil mengusap lembut bahu Nadra. Dia tak sangka pula Nadra boleh takut dengan dia sedangkan dia hanya mahu bergurau.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now