𝟑𝟑 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Zacznij od początku
                                    

"Sayang abang... Bangun meh, kita solat... Subuh dah masuk ni sayang." Kejut Rayyan lagi dalam nada lembut. Mata Nadra dibuka sebelah, matanya tepat memandang lampu bilik yang terang itu. Figura Rayyan hanya samar - samar sahaja di mata Nadra yang masih tidak jelas itu. Nadra mengerdipkan mata beberapa kali supaya matanya jelas untuk melihat sekeliling. Wajah Rayyan dipandang lama sebelum dia menggeliat sekali lagi.

"Sekarang dah pukul berapa...?" Soal Nadra dalam nada yang ngantuk. Dia duduk di atas katil sambil menggosok mata, mulut dimuncungkan sedikit sebelum menarik selimut tebal itu semula.

"6 suku dah sayang. Ambil wudhu, abang tunggu dekat sini, okay?" Balas Rayyan lembut dengan senyuman kecil. Nadra hanya mengangguk sebelum dia melihat Rayyan bangun daripada katil dan menuju ke ampaian untuk mengambil sejadah dan telekung isterinya. Nadra melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhu dan solat berjemaah bersama Rayyan.

...

Selesai sahaja solat subuh dan membaca al - quran. Nadra membaringkan kepalanya yang masih bertelekung itu ke atas riba Rayyan untuk rehat sekejap. Penat semalam tak hilang lagi. Selalunya Nadra lepas solat subuh memang akan turun untuk menolong ibu menyediakan sarapan tetapi hari ni dia masih lagi rasa penat, tak larat nak turun walaupun dalam hati memang niat nak tolong mama. Ada pula suami disisi, lagi lah selesa nak baring.

"Penat tak hilang lagi ye sayang, hm?" Soal Rayyan lembut sambil mengusap lembut pipi isterinya. Nadra hanya mengangguk dengan matanya yang tertutup rapat. Bila - bila masa je dia boleh tertidur tapi dia memaksa diri untuk berjaga sebab kejap lagi nak turun tolong mama buat sarapan. Manja betul Nadra ni! Rayyan lah satu - satunya lelaki yang membuatkan dia mudah bermanja walaupun baru hari kedua mereka sah. Dah kalau dilayan begini, siapa je yang tak cair?

"Sayang tak nak baring atas katil ke? Sakit badan nanti baring dekat lantai." Suara Rayyan penuh prihatin terhadap Nadra. Pipi Nadra yang gebu itu masih diusap lembut. Mata gadis itu dibuka sedikit sebelum menggeleng.

"Tak nak... Kejap lagi nak turun tolong mama buat sarapan..." Balas Nadra dengan suara yang mengantuk. Tak pernah dia penat dan mengantuk macam ni. Mungkin sebab dah ada suami, manja terlebih lah tu. Pelukan hangat Rayyan tak boleh nak dilepaskan.

"Kalau macam tu. Jom, kita mandi... Boleh hilangkan ngantuk tu sikit." Ajak Rayyan dengan selamba. Mata Nadra terbuka luas apabila mendengar ajakan Rayyan itu. Mandi? Sama - sama ke? Selamba badak betul suami dia ni bercakap. Terkejut Nadra. Tak perlu mandi dah, ngantuk pun dah hilang tiba - tiba.

"Mandi sama - sama...?" Perlahan Nadra menyoal sebelum duduk semula berhadapan dengan Rayyan. Terkebil - kebil mata Nadra sambil menunggu jawapan daripada Rayyan. Terletus tawa Rayyan mendengar soalan Nadra itu tetapi Nadra hanya memandang suaminya dengan wajah polos. Apa yang lawak?

"Apa salahnya mandi sama - sama? Kan dapat pahala..." Usik Rayyan bersama senyuman senget. Memerah muka Nadra dibuatnya. Mengusik je kerja Rayyan ni! Tak mengusik memang tak sah.

"Abang mandi lah dulu, saya tunggu dalam bilik..." Balas Nadra malu. Bukan dia nak tolak permintaan Rayyan tu tapi dia malu. Dekat sini je dah boleh mengusik apatah lagi kalau dalam satu bilik air nanti. Lagi teruk diusik nanti.

"Sayang malu eh?" Soal Rayyan, kepalanya disengetkan sedikit. Senyuman senget Rayyan masih melekat di wajah. Nadra melarikan pandangan sebelum menutup wajah dengan telekung.

"Abang ni janganlah..." Rengek Nadra. Suaranya kedengaran perlahan disebalik telekung yang melekap di wajah itu. Rayyan pula hanya tergelak kecil sebelum menarik telekung Nadra untuk melihat wajah cantik isterinya dengan jelas. Siapa suruh comel sangat? Kan dah kena kacau.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz