𝟑𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Começar do início
                                    

"Siapa jurusolek aku tadi? Kau kan? Mestilah cantik." Balas Nadra bersama kenyitan mata sebelum mereka berdua tertawa bersama. Tetamu sekeliling pula sibuk mengambil gambar, Nadra pun sudah penat melayan tetamu tadi. Orang introvert memang macam ni kan?

Mata Nadra mula sibuk mencari suami, rupanya sedang berbual dengan ayah bersama senyuman manis di wajahnya yang bersih itu. Ayah pula nampak gembira sungguh sekarang daripada dekat rumah tadi sampai lah sekarang. Ayah mana je yang tak bahagia tengok anak yang dah jumpa pasangan? Mata mereka bertemu dan Nadra segera melarikan pandangan. Malu!

"Tenung lah laki kau nanti. Aku tengah cemburu kat sini." Usik Aisya bersama senyuman senget di bibirnya. Tak habis - habis mengusik! Habis merah dah muka Nadra tu. Lepas ni tak payah pakai blusher, cukup sebut nama Rayyan je, merah lah muka Nadra.

"Gedik eh kau? Aku bagitau abang aku kejap lagi." Membulat mata Aisya setelah mendengar ayat itu, tangan sempat mencubit lengan Nadra. Nasib baik tak sakit kalau tak, memang dia mengadu dekat suami betul - betul, biar dia kena marah!

"Aku usik kau sikit je tau!" Marah Aisya. Nadra hanya mampu menahan gelak sahaja. Orang dah buat, kena lah balas balik. Mata Nadra kembali melihat ke arah Rayyan yang sedang berjalan mendekatinya. Anak mata Rayyan memandang tepat ke arah Nadra dengan senyuman kecil. Aisya yang perasan akan itu menggosok bahu Nadra untuk mengambil perhatian gadis itu.

"Oops... Aku pergi dulu ye? Goodluck!" Bisik Aisya bersama kenyitan mata dan berlalu sebelum Nadra dapat berkata apa - apa. Kurang asam jawa betul punya kawan!

"Assalamualaikum, my love." Sapa Rayyan dengan lembut, anak mata tepat memandang anak mata Nadra yang cantik itu. Akhirnya, boleh juga dia menatap wajah cantik Nadra. Rayyan rasa dia sedang bermimpi sekarang, dia seperti tidak percaya yang Nadra sudah sah menjadi isterinya. Tapi kalau nak pandang, jangan lah macam nak makan! Pipi Nadra semakin merah sambil menahan senyuman. Dia menundukkan kepala, tangan bermain dengan hujung baju kurung yang berwarna putih itu. Rayyan suka buat Nadra malu, geram dia!

"Waalaikumussalam..." Balas Nadra dengan nada yang perlahan. Tak kuat nak membalas panahan mata Rayyan yang seksi itu. Silap - silap pengsan dekat sini juga kalau Rayyan pandang lama sangat. Dah ada peluang kan sekarang? Mestilah dia nak pandang sepuas hati wajah isterinya tapi Nadra pula yang malu - malu. Nasib baik comel! Nak je dia gigit pipi Nadra yang gebu itu tapi itu simpan waktu mereka dalam bilik nanti lah.

Nadra terasa jari Rayyan yang hangat itu menyentuh dagunya, Rayyan menolak lembut dagu Nadra, mengangkat kepalanya supaya memandang Rayyan yang sedang tersenyum kecil itu. Tetamu yang nampak pula hanya tertawa kecil sambil menangkap momen manis itu menggunakan kamera telefon mereka sendiri termasuklah jurugambar. Mata Nadra akhirnya menatap milik Rayyan, jantung Nadra berdebar laju sehingga hilang temponya. Lama Rayyan memandang Nadra dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, senyuman manis pun tidak pudar dari wajah. Nadra membalas senyuman itu.

Ini baru kali kedua Rayyan menyentuh Nadra. Yang pertama tadi sebab bersalaman. Aduh! Parah lah Nadra macam ni. Kena pegang sikit je dah berdebar teruk, lepas ni macam mana pula? Memang 24 jam lah dia blushing sebab Rayyan.

"Takde istilah tundukkan pandangan dah sekarang, my love..." Bisik Rayyan lembut, wajahnya dirapatkan dengan wajah Nadra, ibu jari Rayyan mengusap lembut dagu Nadra. Nafas hangat jejaka itu menampar lembut wajah Nadra. Baru akad nikah dah ada nickname. Lagi suka lah Nadra! Usapan lembut Rayyan itu membuatkan Nadra tenang. Mereka seperti di dalam dunia sendiri. Tawa kecil dan usikan daripada tetamu itu tidak dihiraukan. Hanya mereka sahaja yang berada disitu.

Tak berkelip langsung Rayyan memandang Nadra. Terbukti lah betapa lama nya dia tunggu saat ini. Saat untuk dia bertentang mata dengan Nadra tanpa perlu beristighfar selepas itu. Saat untuk dia bersentuhan dengan Nadra tanpa rasa berdosa walaupun mereka tidak pernah bersentuhan dengan sengaja. Rasa sayang dan cinta akan Rayyan terhadap Nadra sangatlah besar. Tak sabar dia nak menunjukkan segala perasaan cinta dan sayang itu kepada Nadra selepas ini sebab gadis itu layak untuk rasa dicintai dan disayangi.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Onde as histórias ganham vida. Descobre agora