𝟐𝟕 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Ξεκινήστε από την αρχή
                                    

"Eh tak lah. Saya baru je lepas mandi sebab tadi pergi gym dengan Ezhar." Balas Rayyan lembut.

Rayyan ada juga cerita tentang kawan baiknya, Ezhar kepada Nadra tapi dia tak pernah pula jumpa jejaka misteri itu.

"Oh... ingat nak minta tolong sikit..." Nadra bersuara kembali selepas mendengar jawapan Rayyan.

"Tolong apa tu awak?" Suara lembut Rayyan menampar gegendang telinga Nadra.

"Saya nak keluar beli barang tapi semua sibuk tak boleh teman, kereta saya tengah service. Nak naik grab ibu tak bagi jadi ibu mintak awak yang temankan saya, boleh ke?" Jelas Nadra, tudung yang tidak kemas itu dibetulkan. Malu sebenarnya sebab dia tak pernah keluar berdua dengan lelaki lain kecuali ayah dan Nabeel.

"Boleh, awak. Saya siap kejap nanti saya amik awak okay?" Balas Rayyan.

Nadra hanya senyum "Okay." Balas Nadra.

Selepas mematikan panggilan, Nadra menarik beg tangan kecil sebelum menuruni anak tangga. Sofa empuk di ruang tamu itu Nadra duduk untuk menunggu Rayyan. Baik skrol Instagram dulu ke ape.

Ibu yang baru sahaja menyidai baju di luar itu menegur Nadra.

"Tunggu Rayyan eh?" Soal ibu sambil memandang Nadra dengan senyuman kecil. Nadra yang mendengar suara ibu itu segera melarikan pandangan daripada skrin. Dia tumpukan sepenuhnya perhatian pada ibu.

"Haah bu. Dia on the way katanya." Jawab Nadra dengan lembut. Ibu mengangguk sahaja.

"Kalau macam tu ibu naik atas dulu ye? Nak rehat." Kata ibu sebelum menaiki anak tangga satu per satu.

"Okay ibu, jangan lupa makan ubat." Nadra senyum lebar selepas memberi pesana pada ibu. Dia perhati ibu yang menaiki tangga menuju ke biliknya.

Ting!

Nadra menekan notifikasi Whatsapp itu sebelum membaca mesej daripada Rayyan. 'Lagi 10 minit saya sampai.' Dia memberitahu. Nadra hanya membalas 'okay' sebelum membuka aplikasi Tiktok.

...

Kereta Audi R8 berhenti betul - betul di hadapan rumah Nadra. Kereta Rayyan. Nadra segera bangun daripada sofa sebelum membuka pintu rumah. Tak nak bagi Rayyan tunggu lama sangat, dah lah menyusahkan dia suruh teman beli barang.

Kasut Converse yang berwarna biru gelap dan putih itu disarung sebelum mengikat kedua tali kasut dengan kemas. Nadra melangkah keluar daripada rumah sebelum menutup pintu.

Pintu kereta Rayyan dibuka sebelum memasuki ke dalam perut kereta.

"Sorry tau kalau susahkan awak..." Nadra bersuara sambil memakai tali pinggang keledar. Brek tangan diturunkan sebelum Rayyan memulakan pemanduan. Jejaka itu hanya senyum manis sahaja.

"Tak susahkan lah. Lagipun saya ada barang yang saya nak beli." Balas Rayyan lembut. Dia hanya memandang sekilas ke arah Nadra sebelum memberi tumpuan sepenuhnya di jalan raya.

"Oh..."

"Awak nak beli barang asrama ke?" Soal Rayyan pula, tak nak menyepikan suasana. Dah lama tak borak tapi tak rasa canggung pun.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα