𝟐𝟔 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

"Awak buat apa dekat sini seorang?" Soal Nadra sambil membelai cincin yang tersarung pada jari itu. Dia melihat sekilas pada jari Rayyan yang masih tersarung cincin juga lalu tersenyum.

Rayyan yang baru sahaja perasan akan kemunculan Nadra segera menutup buku yang dibaca tadi. Dia mengangkat kepala dan memberi senyuman manis kepada Nadra. Buku yang berada di tangannya itu dihulurkan kepada Nadra membuatkan gadis itu mengerut. Nak bagi Nadra ke?

"Awak tertinggal novel ni dekat pantai haritu, kan? Saya yang ambil. Mujur ada nama awak dekat situ, kalau tak memang saya tinggalkan je." Ujar Rayyan sambil merenung wajah Nadra yang comel itu. Rasa tak sabar nak kahwin pula tiba - tiba!

Membulat mata Nadra bila dia perasan buku yang berada di tangan Rayyan itu adalah novel SUA. Abang Qadr! Terus tersenyum lebar Nadra sebelum mencapai buku itu dan dirapatkan ke dada.

"Rindunya buku ni!" Ujar Nadra, teruja.

"Aik? Dengan buku pun boleh rindu?" Senyuman senget tersungging di bibir Rayyan. Alahai, tunang dia ni. Jangan lah comel sangat! Geram tau tak?

"Kenapa? Cemburu?" Gurau Nadra bersama kening yang terjungkit. Terlepas sebenarnya perkataan tu. Gembira sangat punya pasal.

"Kalau ya?"

Ewah! Dah pandai dah Rayyan bergurau sekarang ye? Siapa ajar? Terdiam Nadra seketika, mata dikerdipkan beberapa kali ke arah Rayyan membuatkan jejaka itu tergelak kecil. Comel betul lah Nadra ni!

"Gedik eh?" Omel Nadra, bibir dimuncungkan sambil membelek novel SUA itu.

Melebar senyuman Rayyan.

"Kalau awak yang panggil saya gedik, saya sanggup dengar setiap hari." Balas Rayyan bersahaja. Amboi! Makin menjadi - jadi ye tunang dia yang seorang ni?

Ini baru sikit Nadra, kalau dah kahwin nanti entah - entah keluar perangai manja dia.

"Are you happy?" Soal Rayyan, tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Mestilah happy..." Jujur Nadra, kepala ditundukkan sambil menahan senyum. Malu! Jangan pandang macam nak makan!

"I'm happy too..." Ujar Rayyan, matanya dilarikan selepas melihat Nadra yang sudah kemerahan itu. Geram betul!

'Sabar Rayyan...' Bisik hati Rayyan sambil menghela nafas berat.

"Jom lah masuk. Tak elok berdua dekat luar ni lama sangat." Ajak Rayyan sebelum berdiri tegak. Nadra mendongak kepala bagi memandang wajah Rayyan sambil mengangguk.

"Okay." Nadra hanya akur. Betul lah, tak elok duduk berdua lama sangat dekat luar ni. Hari pun dah nak gelap. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah bersama. Mama dan papa mengajak Nadra sekeluarga untuk solat maghrib dan isyak bersama.

"Ray! Ifah call banyak kali ni." Muncul Ariez tiba - tiba di hadapan pintu masuk sambil menghulurkan iPhone milik Rayyan itu kepada pemiliknya. Nama 'Arifah' tertera di notifikasi sebanyak 7 missed call. Nampak macam penting je. Rayyan hanya mengerut sebelum mencapai iPhone itu dan dimasukkan ke dalam poket seluar melayu nya.

"Nanti lah. Bukannya penting pun." Balas Rayyan malas. Ariez terkebil - kebil melihat reaksi abangnya itu.

"Jom, Nad." Ajak Rayyan sambil menoleh belakang. Nadra hanya mengikut Rayyan untuk duduk disisinya tetapi masih menjaga jarak. Belum sah lagi!

"Kenapa awak tak call kak Ifah balik? Mana tau penting?" Bisik Nadra supaya mereka berdua sahaja yang dengar. Iyelah, kalau dah sampai 7 missed call, mana lah tau penting kan? Nadra tak nak overthinking sebab Rayyan sendiri yang beritahu Arifah tu hanya adik saudaranya sahaja. Tapi kalau dah sampai 7 kali call, siapa yang tak tertanya? Tadi pun tak nampak bayang dekat majlis. Mak ayah Arifah je yang ada, katanya kak Ifah banyak kerja nak kena buat itu yang tak boleh nak datang.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now