𝟐𝟓 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

"I promise I won't let you down." Janji Rayyan.

...

"Ha?! Nadra, kau biar betul ni?" Lantang betul suara Aisya menjerit, tak kisah kalau jiran Nadra dengar jeritan itu. Mata Aisya membesar sambil menatap wajah Nadra yang sedang menunjukkan wajah polos.

Tetapi wajah Nadra cepat berubah kepada geram. Bahu Aisya dipukul dengan sedikit kuat. Kalau ibu dan ayah dengar suara Aisya tadi mesti dia ingat Nadra yang buat.

"Sorry. Tapi serius ke ni kau nak kahwin dengan Sir Rayyan?"

Ye, memang Nadra cerita kesemuanya daripada A sampai Z pada Aisya. Nak sorok lagi buat apa? Kawan baik sendiri kut. Tak boleh nak simpan rahsia lama - lama nanti Aisya akan tahu juga. Jadi baik lah dia beritahu sekarang. Aisya pun terkejut bila Nadra cerita semuanya apatah lagi Nadra yang masih lagi dalam alam 'aku tengah mimpi ke ni?'

"Ye, Sya. Aku nak tipu kau buat apa?" Balas Nadra sambil melipat baju yang baru sahaja kering tadi untuk disusun di dalam almari. Aisya pun turut membantu Nadra sambil berbual.

"Damn... best friend aku dah nak kahwin lah." Ujar Aisya dengan nada yang perlahan, seperti tak percaya apa yang berlaku. Siapa je yang tak terkejut bila pensyarah sendiri yang masuk meminang? Pensyarah terkenal dekat kolej pula tu, ada pakej hensem lagi.

"Kau doakan je lah yang baik - baik untuk aku, Sya." Tenang Nadra bersuara walaupun hati sedang gemuruh. Gila tak gemuruh? Nak kahwin kut!

"Aku sentiasa doakan kawan baik aku yang seorang ni. Terer juga eh Sir Rayyan, susah kut nak dapat kau!" Ujar Aisya dengan penuh kagum tetapi terselit usikan buat Nadra. Bukan sebab dia memilih tetapi susah nak percaya dengan lelaki sekarang. Cakap macam ni, buat macam tu.

"Aku pun tak tau lah. Hati aku yang terbuka untuk dia. Mungkin Allah nak tunjuk Rayyan tu itang yang tepat untuk aku?" Balas Nadra bersama senyuman nipis. Baju tidur dilipat sebelum dimasukkan ke dalam almari. Ada lagi yang menimbun dekat atas katil, nasib ada Aisya boleh tolong.

"Alhamdulillah, Allah sentiasa bantu hamba - hamba yang memerlukan Dia, Nadra. Aku doakan kau yang baik - baik je untuk kau, jangan risau. Insya Allah, dia lah orang yang tepat untuk jaga dan bawa kau ke syurga nanti." Tutur Aisya lembut. Untung dapat sahabat yang sentiasa mengingatkan tentang Tuhan.

Semakin lebar senyuman Nadra.

"Lusa aku jumpa family dia. Rayyan kata dia nak bawa family aku sekali. Minggu depan majlis pertunangan." Ujar Nadra sambil menggantung baju kurung di dalam almari. Memang Rayyan nak awalkan majlis mereka, Nadra pun setuju sebab takde sebab nak melengahkan masa. Taknak buat besar - besaran pun.

"Rayyan? Wah, belum apa - apa, title Sir dah terhapus?" Usik Aisya sebelum tergelak.

"Ish, kau ni. Sibuklah!" Marah Nadra. Jelingan maut diberi pada Aisya sebelum dicampak baju yang masih belum dilipat itu bagi menyembuyikan pipi yang sudah kemerahan.

"Okay lah. Jangan nervous ya sahabat. Keluarga kau ada kan?" Lembut Aisya berkata. Macam mana tak nervous? Keluarga Rayyan pun dia tak pernah jumpa.

"Kalau mak ayah dia garang macam mana?" Dah mula dah overthinking Nadra. Dia mengeluh sambil memuncungkan bibir.

"Sir Rayyan dah lah garang, mesti bapak dia lagi garang kan?" Kata Aisya dengan penuh gurauan. Lagi takut Nadra dibuatnya.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now