𝟏𝟗 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

Membesar mata Aisya apabila Nadra berkata begitu.

"Kau kata tak handsome? Kau dah 23 tahun tengok muka dia memang lah kau kata tak handsome! Jarang adik cakap abang sendiri handsome tapi percayalah. Abang Nabeel sumpah handsome!" Bebel Aisya, sempat memuji abang Nadra sekali.

Ye, memang abang Nadra tu kacak. Kalau senyum sekali, cair semua perempuan! Seksi betul senyuman dia sampai tak tau senyum dia tu senyum nakal atau pun manis.

Nadra mengerut bila melihat Aisya yang backup Nabeel tu. Amboi! Marah nampak.

"Ye, Sya. Ye lah." Balas Nadra. Malas nak gaduh dengan Aisya kalau melibatkan Nabeel, memang dia tak akan menang.

"Kau bayangkan abang aku dengar apa kau cakap tadi? Mesti malu kan?" Usik Nadra sebelum tergelak kecil.

Merah semula muka Aisya walaupun Nadra tak nampak sebab ditutupi dengan facemask. Wajah Aisya terasa bahang dengan tiba - tiba. Boleh bayang, malu!

"Kau ni, janganlah..." Aisyak menampar lembut bahu Nadra.

Nadra pula hanya menahan gelak. Jangan gelak lagi! Habis facemask!

...

"Attention every student and lecturers. Boleh berkumpul dekat sini?" Mc yang pertama iaitu Mahen berkata. Suaranya dikuatkan sedikit diaebabkan mikrofon lupa nak bawa. Tangannya sedang memegang kertas tentatif.

Mereka yang sudah mendengar suara Mahen yang kuat itu terus berjalan melangkah ke arah jejaka itu. Semua menarik bagasi masing - masing dan berkumpul di luar Hotel.

Tanpa sengaja pula, mata Nadra bertemu dengan Rayyan yang berdiri tidak jauh daripadanya. Rayyan pula sudah memandang Nadra terlebih dahulu. Dia segera mengalihkan pandangan daripada gadis itu.

Kantoi pula!

Mereka berdua mula menumpukan perhatian kepada Mahen yang di hadapan itu.

"Korang tau kan kita bercuti dekat sini for 3 days and 2 nights? Baju bawa cukup tak? Ada tertinggal apa - apa ke? Sebab itu bukan tanggungjawab kami tapi korang sendiri. Kalau baju tak cukup tu duduk je lah Hotel seorang ye tak pun pinjam member, itu pun kalau dia nak bagi."

Bagus Mahen jadi MC. Lawak! Takde lah bosan sangat sepanjang percutian mereka nanti. Profesional juga! Maklumlah, aktiviti dekat Kolej, selalunya dia yang jadi MC.

"Saya akan bagi info lah tentang semua aktiviti yang akan dijalankan oleh semua pelajar dan pensyarah sepanjang 3 hari dan 2 malam, okay?" Ujar Mahen.

Semua hanya mengangguk.

Mahen mula memberi taklimat tentang tentatif mereka sepanjang mereka berada di situ. Game pun boleh tahan banyak. Kena ada banyak tenaga!

Ada permainan yang perlu berkumpulan dengan pensyarah, ada permainan yang pensyarah perlu lawan dengan sesama sendiri, dan macam - macam lagi!

Selepas taklimat, mereka diberi peluang untuk masuk ke Hotel untuk mengemas barang, khidmat diri dan solat sehingga pukul 5 petang. Ada 4 jam sahaja, macam tak cukup pun ada.

Satu bilik hanya diduduki oleh 2 orang sahaja. Nadra mestilah satu bilik dengan Aisya. Mereka mana pernah berpisah?

"Kau bila nak bagi Sir Rayyan punya kot tu? Kalau bini dia tau kau simpan kot tu, mengamuk dia." Ujar Aisya sebelum tergelak kecil.

Terhenti segala pergerakan Nadra yang sedang mengemas bagasi tadi. Dia memandang tajam ke arah Aisya dari sisi mata sebelum menjeling.

"Bukannya aku nak sangat pun simpan kot ni tapi tulah, takde masa nak jumpa dia." Balas Nadra sebelum menggantung baju yang hendak diguna ke dalam almari baju.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now