𝟏𝟒 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

Rayyan hanya mengeluh. Dia menaiki Yamaha Ninja H2R miliknya yang diparkir sebelah motor Ezhar sebelum menyarungkan helmet.

"Jarang kau nak pergi masjid dengan aku, ada apa?" Soal Ezhar, visor helmet dibuka sebelum menoleh ke arah Rayyan bersama senyuman senget.

"Balik rumah kau lah aku cerita." Balas Rayyan tanpa menoleh ke arah sahabatnya itu. Enjin motor dihidupkan.

Ezhar tergelak kecil sebelum menghidupkan enjin. Banyak juga mata yang memandang tapi nak buat macam mana?

Two fine bestfriends riding superbikes. Siapa yang tak pandang?

"After you." Ezhar berkata sebelum menutup visor helmetnya.

Rayyan menjeling ke arah Ezhar. Visor tak dibuka jadi Ezhar tak nampak jelingan jejaka itu.

Rayyan membawa motornya keluar daripada parkir itu, meninggalkan Ezhar.

...

"Ez, aku nak tanya sesuatu boleh?" Rayyan memulakan perbualan sebelum duduk di atas sofa milik Ezhar itu.

Kaki kanan Rayyan menghempap kaki kirinya. Tali leher itu dilonggarkan sedikit. Tak bernafas pula.

Ezhar memang duduk seorang sahaja, kedua ibu bapanya sudah tiada sejak 10 tahun lepas akibat kemalangan dengan bas sekolah yang cuai.

Rumah agam Ezhar ni memang nampak simple sahaja tetapi elegant. Dah ada business sendiri. Emiir Holding.

Gambarnya bersama kedua ibu bapa itu terletak cantik di atas meja kecil di hadapan sofa ini.

Dia pula tiada adik beradik yang lain jadi Rayyan sahajalah yang ada bersama Ezhar. Mama pun dah lama anggap Ezhar anak mereka.

"Ni pasal haritu ke?" Ezhar soal, kening diangkat sebelum duduk di sofa di hadapan Rayyan itu. Lengan kemeja di tarik sehingga siku.

Macam tahu - tahu je lah sahabat Rayyan yang seorang ni. Apa je yang Ezhar tak tau tentang Rayyan. Semua dia tau dan ingat. Dah tua pun kuat ingatan. Bagus.

"Haah." Pendek sahaja balasan daripada Rayyan.

"Go on, I'm listening." Ujar Ezhar, fokusnya kini seratus peratus pada Rayyan. Ipad yang berada di tangan Ezhar tadi diletakkan di atas meja. Skrin Ipad itu kembali gelap.

"So... I've met this woman—"

"Haaaa! Dah agak dah!" Ezhar tersenyum lebar. Suaranya tadi seakan - akan bahagia.

Membesar mata Rayyan mendengar Ezhar yang sergah dirinya tadi. Belum sempat Rayyan menghabiskan ayat, Ezhar sudah menyampuk.

Sama macam Nadra, Rayyan tak habis cakap lagi dah potong.

Berkerut dahi Rayyan melihat senyuman lebar Ezhar itu.

"Sabar lah kau ni. Tak habis lagi aku cakap kau dah cut. Kacau daun betul!" Sempat Rayyan mejeling tajam ke arah Ezhar. Rayyan menyandarkan sebelah tangan ke atas sofa.

"Sorry lah. Okay lah, sambung sambung. Tak sabar nak dengar ni." Ezhar tersenyum senget, membuatkan kening Rayyan semakin berkerut.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now