𝟏𝟐 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

Aisya mengangguk. Dia meletakkan baju kurung di dalam almari semula, blaus coklat terang di ambil bersama selendang putih.

"How about this?" Soal Aisya.

Nadra memandang pakaian itu dengan wajah yang kosong tetapi mengangguk.

Aisya tersenyum lebar sebelum membentangkan baju di atas papa seterika. Suis seterika ditekan sehingga lampu merah menyala.

"Tunggu jap eh? Aku gosok baju kau." Ujar Aisya sambil menggosok blaus Nadra yang ronyok seribu itu.

Nadra mengangguk perlahan sebelum termenung. Lagi.

Tak sampai beberapa minit, Aisya memanggil Nadra kembali sambil mengulurkan blaus dan seluar yang sudah digosok.

"Nah, pakai ni dulu. Aku gosok tudung. Aku dah inform Sir Rayyan kita lambat sikit harini."

Nadra memberi senyuman kecil sebelum mencapai blaus dan seluar itu. Nadra melangkah ke tandas untuk menukar baju.

Nak mandi pun tak larat.

Sebaik sahaja Nadra menukar baju, dia keluar daripada tandas sebelum mencapak baju tidur tadi ke dalam bakul baju kotor.

"Dah? Sini, aku pakaikan tudung."

Aisya menarik lembut lengan Nadra supaya berdiri dihadapannya yang sedikit tinggi daripada Nadra itu.

"Sya... Thank you..." Nadra bersuara.

Aisya yang sedang berhati - hati membelit selendang di kepala Nadra itu memandang wajah Nadra dengan kening yang dinaikkan. Pergerakannya terhenti.

"For what, Nad?" Soal Aisya, bingung.

"For always be there for me. Aku... tak tau apa yang akan jadi kalau kau takde dengan aku sekarang..." Ucap Nadra ikhlas sambil memandang Aisya.

Aisya tersenyum dan kembali membelit selendang dia kepala Nadra dan mengemaskan belitan.

"Aku always ada dekat sini untuk kau, Nad. Kau jatuh aku tolong, kau bangun aku tumpang bahagia sekali." Balas Aisya, peniti dicucuk di tudung pada bahagian kepala Nadra.

Nadra tersenyum kecil.

...

"Dah siap!"

Sempat Aisya mencuit pipi lembut Nadra sebelum mencapai totebag miliknya dan milik Nadra.

Mata Nadra tiba - tiba tertumpu pada kot Rayyan yang lelaki itu beri dua hari lepas, bau Dior Sauvage milik Rayyan masih melekat pada kotnya itu walaupun tidak sekuat dua hari lepas.

Senyuman kecil terukir di wajah Nadra bila teringat pertama kali mereka berjumpa.

"Jom..." Ajak Aisya, tangan memeluk lengan Nadra dengan lembut bersama senyuman manis.

Nadra mengangguk sebelum keluar daripada bilik asrama. Totebag Nadra dipegang oleh Aisya, nasiblah tak berat mana.

Kelas dah mula 15 minit yang lepas. Mereka baru nak keluar.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now