𝟏𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

Tak mengapa. Allah ada, Dia akan bantu jejaka itu. Cepat atau lambat sahaja.

Banyak lagi persoalan yang dia ingin mencari jawapan tetapi dia perlu bersabar.

Allah sangat baik terhadap hamba - hambanya. Walaupun hambanya melakukan dosa kecil atau besar tetapi Dia masih bersama hambanya sebab Allah tak tengok masa lalu, Allah tengok kita yang sekarang.

Nadra itu bukan lah selalu Rayyan jumpa. Kalau iya pun sebab Rayyan itu pensyarah gadis comel itu. Seminggu hanya dua kali sahaja mereka jumpa dan tidak lebih.

Nadra selalu di hadapan kelas dengan kening yang berkerut, memberi tumpuan sepenuhnya pada Rayyan. Spek bulat yang dipakai itu membuatkan gadis itu semakin comel.

Kadang - kala, siku Nadra terletak di atas meja, tapak tangan menampung pipi yang gebu itu bersama mata yang menahan ngantuk. Tidak sampai hati Rayyan mahu sergah gadis itu sebab terlalu comel.

Tapi kalau kena sergah lagi mesti lagi comel kan?

Ya Allah, comelnya gadis itu.

Kalau Nadra tak faham apa yang Rayyan sudah ajar di dalam kelas, laju sahaja dia mengangkat tangan untuk bertanya.

Rayyan pula selalu akan mendahului gadis itu sebelum orang lain tanpa dia sendiri tahu. Kaki automatik melangkah ke meja Nadra macam magnet.

Wajah Rayyan itu beku tetapi dia sedang menahan senyum apabila melihat reaksi teruja Nadra bila dia sudah faham. Hatinya sudah berdebar laju disebabkan gadis itu, pandai juga Rayyan menyembunyikan perasaan.

Perasaan apa Rayyan sendiri tidak pasti.

Berpuluh gadis di dalam kelas itu, Nadra sahaja yang Rayyan perhati tapi dia juga menjaga pandangannya. Tak nak gadis itu rasa kurang selesa.

Baru dua bulan lebih mereka bertemu, kenal pun tidak lah kenal mana. Hanya sebagai pensyarah dan pelajar walaupun Rayyan mahu lebih daripada itu.

Jejaka itu mahu menjadi lebih daripada pensyarah gadis itu.

Tapi betul ke cinta?

Macam mana rasa cinta itu?

Rayyan hanya mampu mengeluh sebelum memberi tumpuan sepenuh pada jalan raya yang sedang sibuk. Semua orang baru balik kerja, tentulah jalan begini. Mujur dia membawa motor, mudah nak memotong kenderaan lain.

...

Sampai sahaja di rumah keluarga Rayyan, dia memberhentikan motornya betul di hadapan rumah agam itu. Helmet dibuka, rambut yang berserabai itu dibetulkan. Rayyan menuruni motor itu sebelum mengeluarkan kunci rumah.

Helmet itu masih dipegang. Belum sempat dia membuka pintu, ada orang yang membunya daripada dalam. Aariz. Rayyan menjungkitkan kening, kunci rumah dan motor tadi dimasukkan kembali kendalam poket seluar.

"Ray, lambat kau balik harini. Sibuk sangat ke jalan tadi?" Sapa Aariz. Dia mendengar bunyi ekzos motor Rayyan, sebab itu dia membuka pintu.

Aariz hanya berpakaian baju t  dan seluar pendek sahaja. Dekat rumah nak pakai elok sangat buat apa. Helmet dari tangan Rayyan itu dicapai sebelum berlalu daripada situ.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now