𝟏𝟎 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Bắt đầu từ đầu
                                    

Padan muka!

Bila Rayyan tanya faham ataupun tidak, pelajar wanita itu mengangguk sambil merenung jejaka kacak itu seperti sedang menunggu jejaka itu mengalihkan pandangan kepada dia tetapi tidak.

Why so desperate?

Harapan punah. Kesian.

"Kau cemburu ke perempuan - perempuan tu cuba nak goda dia?" Aisya memberikan senyuman senget bersama kedua - dua belah keningnya digoyangkan.

Belakang pen milik Aisya itu mencucuk lembut pinggang Nadra.

Sempat aku menampar bahu Aisya itu. Tak kasar pun, tengah menahan geram ni. Aku? Rayyan? Memang tak lah!

"Aku? Cemburu? Tolong eh. Sikit pun tak."

Jeling Nadra sebelum menyambung buat latihan yang Rayyan bagi tadi tetapi soalannya sangatlah mencabar otaknya yang sudah tepu itu.

Dah lah soalan beranak sampai F. Kenapa suka bagi soalan susah - susah? Sengaja nak bagi gadis itu mengamuk kan?

"Nadra faham tak?"

Tersentak Nadra bila suara milik Rayyan itu menegur gadis itu.

Rayyan berhenti betul - betul dihadapan meja belajar Nadra yang penuh dengan alat tulis, kertas yang diconteng dengan lukisan. Buku notanya yang sudah penuh dengan info yang Rayyan beritahu di hadapan tadi.

Serabut betul tengok meja Nadra tu, macam otak dia sekali.

"Soalan ni macam merepek je Sir. Kenapa susah sangat?" Merungut Nadra sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu.

Dahinya berkerut sambil memandang ke arah soalan itu dengan wajah yang tertekan.

Rayyan menekan kedua bibirnya, menahan daripada senyum. Kalau tak muncung bibir tu tak sah kan? Tau lah comel, Nadra!

Mata Nadra membaca semula soalan yang sama buat kali yang ke seratus kut.

"Mana yang awak tak faham?" Mendatar sahaja suara Rayyan sebelum mendekatkan sedikit wajahnya itu ke arah kertas Nadra untuk membaca dengan lebih jelas.

Nadra menunjukkan soalan yang dia tidak faham dengan jari telunjuknya yang cantik itu.

Rayyan membaca soalan tersebut di dalam hati dan sambil itu tangan Nadra bermain dengan pen biru miliknya yang lagi tadi dibiarkan terbuka.

Membazir dakwat sahaja.

Rayyan mula menjelaskan pada Nadra tentang soalan tersebut dan jalan penyelesaiannya dari mula sampai akhir.

Tangannya yang baru memegang pensel Nadra yang sudah separuh itu menconteng kertas latihan untuk memudahkan gadis itu untuk lebih faham walaupun tulisan doktor.

Takpe, dah biasa.

Nadra mengangguk sambil mendengar satu persatu apa yang pensyarah nya itu menjelaskan tanpa mengabaikan satu perkataan pun yang keluar daripada mulutnya.

Sesekali itu, mata mereka bertentang tetapi laju dialihkan.

"Oh, faham. Terima kasih Sir." Lembut Nadra berkata bersama senyuman lebar, tanda terima kasih.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ