𝟎𝟕 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Start from the beginning
                                    

Menjengkelkan.

Gadis itu menarik lengan Aisya dengan lembut untuk pergi dari situ segera tetapi jeritannya membuatkan Nadra malu sebab semua orang tengok.

Attention seeker versi lelaki betul lah!

"Nadra, tunggulah i!"

Zaid berhenti betul - betul di hadapan Nadra dengan nafas yang tercungap - cungap, baru selepas berlari kan. Nadra mengeluh berat, dahi berkerut. Aisya hanya mampu menjeling.

Nadra mengambil selangkah kebelakang. Tak nak dekat sangat dengan Zaid, dosa.

"You dah makan? Jom kita makan sekali." Zaid mengajak. Senyuman manis yang mampu mencairkan perempuan itu terukir di bibirnya itu tak pernah hilang.

Nadra seorang sahaja ke yang tak cair dengan dia ni? Oh tak, Aisya pun sama. Kalau pernagai tak macam ni mungkin Nadra jatuh hati.

"Nak solat." Pendek sahaja jawapan Nadra dengan mendatar tanpa memandang ke arah Zaid yang sedang merenung wajah cantik Nadra itu.

"Alah, lama lagi asar nak habis..." Zaid mengeluh.

Eh dia ni?

"Awak nak lambatkan solat itu ikut awak, saya nak solat. Jangan halang saya." Tegas suara Nadra sambil menyilangkan kedua belah tanganku di dada.

Sedap dia je nak halang dia untuk solat? Dia ingat dia siapa?

"Okay lah. Dinner?" Pujuk si Zaid, membuatkan Nadra mendengus di dalam hati.

Tak faham bahasa ke ye mamat ni? Dah ornag taknak tu taknak lah.

"Taknak. Saya banyak assignment nak kena siapkan." Tipu aku.

Kerja gadis itu tinggal lagi 5% je nak siap. Tapi dia tak mahu keluar dengan lelaki ni. Buat apa? Borak kosong baik tak payah.

Aisya disebelah Nadra itu hanya mampu mengukirkan senyuman kecil sambil memandang ke lantai.

Dia pun tahu Nadra sedang menipu sebab 24 jam dia dengan gadis itu dalam bilik.

"Habistu, bila you nak keluar dengan i?" Dia menyoal dengan suaranya yang lembut itu.

Tak habis lagi rupanya ye mamat ni, sengaja nak melambatkan solat ke ape?

"Taknak sampai bila - bila. Dah lah. Saya nak solat ni. Baik awak pergi solat sekali sebelum terlambat." Nadra berkata dengan kasar, sempat dia menitipkan nasihat.

Nadra melangkah pergi bersama Aisya, meninggalkan Zaid disitu berseorangan.

Sebelum Nadra dapat melangkah pergi, ada lagi yang sempat memanggil. Tak habis - habis lagi ke?

"Apa lagi?!" Kasar Nadra berkata, ingatkan si Zaid tu yang panggil rupanya...

Rayyan.

Nasib baik dia tak tinggikan suara tadi, kalau tidak buat malu je.

Nadra perasan Zaid sudah berlalu pergi. Gadis itu menutup mulut aku dengan tapak tangan, pandangannya dialihkan. Malunya.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now