𝟎𝟔 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 ( edited )

Start from the beginning
                                    

Nadra mengeluh apabila mendengar kata - kata Zaid yang tidak menjawab soalan.

"Tolong lah, Zaid... Jangan kacau saya boleh tak? Perempuan lain ada kan?" Nadra masih cuba untuk berlembut sebab dia tak nak malukan Zaid walaupun lelaki ini sudah kacau masa seorang dia. Banyak lagi yang dia boleh kacau tapi tetap dia pilih Nadra sebagai mangsa.

Nadra sebenarnya terlalu penat nak bergaduh, jadi takkan lah lembut macam ni pun Zaid tak nak dengar?

"You stress ke? Pucat lah muka you..." Soal Zaid dalam nada risau. Dahi berkerut memerhati Nadra. Bijak sungguh lelaki ini berlakon di hadapan perempuan hanya kerana mahukan perhatian. Malah, dia tidak kesah langsung tentang keadaan gadis itu.

Tangan Nadra menggenggam kuat kardigannya, menahan marah dan juga tangisan. Apa yang dikatakan tadi tidak diendahkan oleh Zaid. Seperti angin yang berlalu sahaja.

"You okey ke?"

Apa yang lelaki ini mahukan sebenarnya?

"Awak boleh tak pergi dari sini? Boleh tak jangan kacau saya? Saya ni malas tau nak gaduh jadi saya taknak tengok muka awak langsung dekat sini, tak faham bahasa lagi ke?!"

Nada suara yang sudah berubah kasar, membuatkan Zaid tersentak tetapi laju dia ubah riak. Walaupun kasar tetapi dia masih mengawal nada suara supaya tidak ditinggikan.

"I ada dekat sini kalau you—"

"Tak dengar ke ape yang dia cakap? If she says no, means no. Don't you get it?"

Tiba - tiba suara tegas yang Nadra kenali itu datang dari belakang. Zaid mendongakkan kepala sedikit bagi melihat Rayyan. Liur ditelan paksa. Takut. Tadi berani sungguh nak ganggu. Muncul sahaja pensyarah, jadi pengecut.

Nadra hanya statik. Tak langsung bergerak untuk memandang Rayyan.

Rayyan merenung tajam ke arah Zaid. Tatapan yang penuh dengan amaran. Kedua tangan di dalam poket seluar.

"M– maaf Sir. Saya pergi dulu."

Nadra memandang Zaid yang baru sahaja berlalu pergi dari sisi mata, meninggalkan dia bersama Rayyan. Gadis itu bermain dengan sudu yang berada di hadapannya tanpa mengeluarkan suara.

"Kenapa tenung lama sangat nasi tu? Nak tunggu saya suapkan ke?" Soal Rayyan selamba.

Kek strawberi betul lah dia ni. Lagi seorang nak buat gadis itu baran. Sikit pun Nadra tak pandang. Dia hanya diam tanpa berkata walaupun tak baik tapi memang dia tiada mod nak bercakap.

Sejak kebelakangan ni dia masuk ke kelas pun tidak bermaya. Bukan kelas Rayyan sahaja. Malah, semua kelas. Bila disoal pun, sepatah sahaja menjawab.

"Takde mulut ke nak jawab?"

"Ada, cuma malas nak jawab." Balas Nadra sedikit kasar, dia tak mampu nak menahan lagi amarahnya itu.

Bukan dia marahkan pensyarah itu. Dia marahkan diri sendiri sebab dia tak mampu nak kawal segala emosi yang dia sedang rasa sekarang.

Rayyan terdiam seketika. Keningnya berkerut. Dia dapat mesej daripada Aisya tentang situasi Nadra sekarang. Kerana itu dia lantas melangkah ke Kafe untuk berjumpa dengan gadis itu.

Jujur, dia rasa bersalah. Sepatutnya dia tahu betapa banyaknya tugasan yang perlu pelajar selesaikan tetapi Rayyan menambah lagi tugasan yang Nadra seorang sahaja perlu buat. Awalnya, mahu mengenakan Nadra tapi tak sangka pula jadi begini sekali.

Rayyan mengaku kesalahannya tetapi mulut berat nak berkata 'maaf'.

"I'll give you another week to prepare everything i told you last Monday. A week." Rayyan menoleh ke arah lain. Dia sendiri tak sangka dia sudah memberi kemudahan pada gadis yang degil itu. Ayat terakhir ditekan.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now