𝟎𝟔 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 ( edited )

8.1K 311 4
                                    

        SATU hari lagi

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

SATU hari lagi.

Nadra melangkah keluar dari bilik asrama, menyarung seliparnya dan terus menuruni anak tangga. Nadra berjalan ke kafe dengan kepala yang ditundukkan. Dia tak mahu bercakap dengan sesiapa pun buat masa ni. Sejak pensyarah baru masuk kelas, banyak betul masalah yang dia kena hadap. Masalah ahli kumpulan tak nak buat kerja, ada yang buat kerja tapi tiba – tiba berhenti.

Tiba sahaja di kafe, dia membeli nasi goreng dan matcha latte kesayangan. Dia mengambil tempat duduk yang jauh daripada semua manusia yang sedang bergelak sakan. Dia mahu bersendirian tanpa suara pun.

Dia pun tidak bersarapan tadi, perut sudah berkeroncong meminta makanan. Itu semua gara - gara nak menyiapkan laporan yang berlambak.

Biasa, Nadra akan beli makanan dan terus masuk ke bilik sebab dia lebih selesa makan di dalam bilik. Makan comot pun Aisya seorang je yang nampak. Tapi sekarang dia hanya mahu sendirian.

Telefon pun dia tinggalkan di dalam bilik. Nampak tak dia nak healing? Yang pasti tak sampai hilang macam orang lain. Tinggal satu hari je tinggal sebelum hari pembentangan tapi baru separuh sahaja yang dia buat.

Dia membuka bekas nasi goreng kampung itu, membaca doa makan sebelum mencedok nasi goreng menggunakan sudu plastik. Nadra menyuapkan nasi itu ke dalam mulut sebelum mendongakkan kepalanya untuk melihat langit yang cantik dan kebiruan itu sambil mengunyah makanan.

Cantiknya. Subhanallah!

Baru sahaja nak suap nasi ke dalam mulut buat kali yang kedua, tiba - tiba ada yang menegur. Nadra mendengus, sudu yang ada nasi itu diletakkan ke dalam bekas semula.

Memang takde kerja ke nak kacau harini eh? Nadra hanya memandang ke arah meja tanpa memandang lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Makan sorang ke tu?"

Zaid ni memang kan? Sehari kalau tak buat Nadra serabut, tak sah. Kalau tapak tangan kecil dia melekat dekat muka Zaid, sedap juga kan? Sumpah dia rasa nak lempang orang sekarang. Nadra tengok wajah Zaid yang sedang tersenyum manis dengan kening yang berkerut. Dah serupa roti tampar.

Tak puas kena marah dengan Aisya lagi ke haritu? Takde perasaan betul, patutlah dengan perasaan  perempuan lain pun dia boleh mainkan.

"Apa?" Jawab Nadra kasar sebelum menyuapkan nasi goreng itu semula ke dalam mulut. Kacau daun je lah mamat ni! Sumbat sudu plastik dalam tekak baru tau. Tengah geram ni!

"Garang lah awak ni," ujar Zaid. Senyuman manis masih melekat pada wajah.

Lagi Nadra tak gemar bila orang lain fikir macam - macam sebab mereka duduk satu meja.

"Siapa yang bagi awak duduk situ?" Soal Nadra dengan suara yang tegas. Zaid itu dengan selamba dia duduk di hadapan Nadra, merenung Nadra sambil menopang dagu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang