𝟎𝟑 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 ( edited )

Start from the beginning
                                    

Rayyan mengeluh.

"Kan saya dah kata. Awak tak perlu bayar semula duit tu. Saya ikhlas." Rayyan mengulang ayat 4 hari yang lepas, sempat menukar topik. Malas nak tunggu lama dengan berbual dengan Nadra, membazir masa sahaja.

Nadra hanya memandang lelaki itu dengan dahi yang berkerut, garang betul gadis seorang ni! Nasib baik dia tak bagi jelingan maut lagi dekat jejaka itu.

Jangan cari pasal, mana tau lelaki slender ni samseng yang rajin pergi masjid? Tak pasal - pasal kena kerat 20, tak sempat nak graduate dan kahwin!

"Tapi saya nak bayar juga." Tekan Nadra dengan suara sedikit kasar.

Degil!

Kena kerat 20 betul - betul dekat sini baru tau. Kening Nadra tu pun lama sangat berkerut, dah sebiji macam angrybird. Kalau letak dekat sebelah, orang pun tak tau nak bezakan mana Nadra dan angrybird.

"Degil kan awak ni?"

Tersentak Nadra apabila mendengar suara Rayyan yang meninggi sedikit, sampai terdiam dia. Garang.

Bukan sengaja lelaki itu ingin meninggi suara pun, tetapi gadis itu yang degil sangat. Rayyan sedar, dia sudah buat gadis itu terkejut lalu mengeluh berat.

"Demi Tuhan, saya ikhlas. Awak tak perlu pun bayar balik, okey?" Suara Rayyan kedengaran lembut sedikit tetapi seperti menahan marah. Mata Nadra berkelip - kelip memandang lelaki itu.

Bila keras kepala campur dengan keras kepala? Meletup dunia. Tak pasal - pasal, kena sambar petir betul - betul dekat sini.

"Tapi—"
"Takde tapi tapi, dah lewat dah ni. Awak tu perempuan, pergi balik. Lagi sekali awak sebut pasal hutang, saya ikat awak dekat tiang ni."

Sempat Rayyan mengugut, masih memeluk tubuh sendiri. Berani lah cakap 'tapi' lagi, memang dia ikat betul - betul. Saja nak acah sebenarnya.

Membuntang juga mata Nadra bila diugut begitu. Sedap mamat ni je ye nak ikat dekat tiang?

Nadra pun baru sahaja sedar yang hari sudah lewat, nanti ibu dan ayah risau. Gadis itu mendengus sambil memuncungkan bibir, mengalah walaupun dia bukan orang yang mudah mengalah tapi kalau bergaduh dengan Rayyan, sampai esok takkan habis.

Rayyan hanya menjungkitkan keningnya sambil memandang Nadra yang seakan - akan merajuk itu.

Kalau orang lain tengok ni mesti mereka ingat dua orang ni pasangan yang sedang bergaduh manja.

Manja atuk dia! Dah lah baju sepasang lagi. Tak cukup ke sepasang 4 hari lepas?

"Awak seorang ke ni? Kaki dah okey belum?" Bertalu - talu soalan yang diberi oleh Rayyan, nadanya masih lagi tegas sebelum memandang sekilas ke arah kaki Nadra yang berselipar.

Gadis itu mendongakkan kepala untuk memandang wajah lelaki slender itu sebelum melarikan pandangan semula.

"Awak ni, satu - satu lah soalan tu. Bengong otak saya nak menjawab." Bebel Nadra sebelum menjeling. Elok - elok kaki kiri tengah sakit, kaki kanan yang naik kejap lagi.

Rayyan menghembus nafas berat, mengetap rahangnya. Mencari nahas pula gadis kecil ni ye? Tengah sakit pun boleh membebel.

"Iye, saya seorang. Kaki pun dah okey sikit." Jawab Nadra selepas melihat reaksi Rayyan yang menakutkan itu. Tapi dia tak menipu, kaki kiri yang terseliuh. Nak tekan brek dan minyak kaki kanan, jadi tiada masalah baginya.

"Jauh ke kereta?" Soal Rayyan lagi.

Banyak pula soalan mamat ni eh? Sumbat mulut tu dengan selipar kejap lagi baru tahu!

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now