𝟎𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 ( edited )

Start from the beginning
                                    

Jemari Aisya serta - merta berhenti menaip, kepalanya tertoleh menghadap Nadra yang baru sahaja selesai menyembur minyak wangi Lonkoom 24K Pure Gold pada pergelangan tangan dan leher.

Nadra yang seakan terasa dirinya ditenung lantas berpusing ke arah Aisya semula. Kening sebelah diangkat. Tindakannya tadi terhenti juga.

"Dah kenapa pandang aku macam tu? Ada hutang?" Suara Nadra jelas kebingungan. Dia menjeling manja sahabatnya yang seorang itu.

Aisya Balqis. Kawan baik Nadra sejak awal semester degree lagi sehingga sekarang, mereka tak pernah berpisah. Di mana Nadra pergi, di situ juga lah ada Aisya. Satu kelas dan satu asrama pula tu. Macam mana entah boleh satu bilik sampai semester ketiga terakhir pun Nadra tak tahu.

Aisya hantar santau rasanya.

"Kau tak payah tengok aku macam tu, pergi siapkan kerja kau tu. Nanti tak siap, aku juga yang kau cari, habis basah baju aku sebab air mata kau." Tegas Nadra. Jelingan kali kedua diberikan pada Aisya.

Niat mahu bergurau sahaja tapi dalam masa yang sama, dia tak nak Aisya membazir masa lagi. Nanti sendiri juga yang menangis sebab tak sempat nak hantar kerja.

Aisya mencebik bibir sebelum meneruskan kerjanya di komputer riba. Dah macam mak tiri kalau marah. Kesian bakal suami Nadra dapat bini garang.

"Yelah, Nad. Stokin jangan lupa sebelum kau keluar." Aisya menitipkan pesanan buat sahabat kesayangannya walaupun mata masih fokus pada skrin di hadapan. Selalu juga dia ingatkan Nadra tentang aurat sebab gadis itu mudah lupa. Macam nenek.

Terkaku Nadra dengan mata yang membulat kerana terlupa stokin lalu tersengih. Sudahlah dia mahu keluar dengan selipar sahaja. Agak kalau nak kena ketuk dengan Aisya, cubalah keluar tak pakai stokin.

Dia segera ke loker kecil yang terletak di sebelah katil bujangnya itu, membuka laci yang dipenuhi dengan sarung tangan, anak tudung dan stokin. Kebanyakan semuanya hitam dan putih sebab malas nak pilih warna setiap kali keluar nanti.

Tanpa melengahkan masa, Nadra segera mencapai stokin yang berwarna hitam dan tidak jarang itu. Dia memakai sambil duduk di birai katil yang tersarung cadar berwarna biru gelap itu.

"Bye, aku pergi dulu." Pamitnya.

Nadra melangkah keluar bilik sebaik sahaja mendapat balasan 'bye' dari Aisya. Selipar hitam yang terletak beruang kecil di tepi itu disarung. Pintu bilik ditutup dan dia terus melangkah turun anak tangga daripada tingkat 2 ke lobi bagi menulis nama di dalam buku rekod sebelum keluar. Dia menghayun langkah ke tempat parkir kereta sebaik sahaja selesai.

Waktu diploma, ibu dan ayah tak mengizinkan dia memandu kereta seorang walaupun sudah ada lesen, risau katanya sebab gadis itu bukannya dah besar mana pun.

Dah masuk 23 tahun, baru mereka membenarkan Nadra memandu kereta. Itu pun, perlu maklumkan pada ibu dan ayah sebelum keluar.

Sebenarnya, dia kalau boleh memang taknak keluar pun sebab malas. Ibu dan ayah pun tak risau sebab dia tahu anak permata keduanya ini memang jenis yang tak suka nak keluar selalu.

Tetapi setelah melihat sahabatnya, Aisya itu tertekan dengan kerja. Nadra pun pergilah ke A. House Cafe untuk membeli strawberi smoothie kegemaran Aisya tu. Boleh ceriakan mod sikit.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now