BAB 98

169 3 1
                                    

Pang!

Pipi Haura ditampar. Bukan sekali, bukan dua kali. Malah berkali-kali dia menampar wanita itu sehingga berbekas merah pipinya. Rambutnya juga ditarik kasar. Pisau ditangannya digerakkan perlahan mengikut bentuk muka Haura namun wanita itu masih terkulai tidak sedarkan diri. Mungkin kerana penangan chloroform yang diberi kepadanya semasa di dalam kereta.

"Tidurlah puas-puas sebab sekejap lagi kau akan saksikan boyfriend kau datang bersujud pada aku."

Bisik Rissa perlahan di cuping telinga Haura. Tawa kecil turut kedengaran dihujung bicaranya. Riak wajahnya sudah tidak lagi menunjukkan dia sedang siuman. Tidak cukup dengan itu dia mengarahkan orangnya untuk menyimbah air supaya Haura lekas sedarkan diri. Agak bosan apabila sedari tadi hanya bercakap sendirian seperti bercakap dengan tunggul. Tiada hiburan.

Satu baldi air dicurahkan di kepala. Wanita itu mula memberikan tindak balas. Sepantas kilat yang menyabung dilangit Rissa menyimbah segayung air tepat ke muka Haura di saat wanita itu baru ingin mencelik mata. Haura tidak dapat bernafas untuk seketika dek simbahan tersebut sekaligus telah menyedarkan dia dari lenanya. Nafasnya tercungap-cungap. Rissa mengekek kepuasan.

Menyedari dirinya terikat pada kerusi membuatkan dia meronta sekuat hati. Matanya terbeliak besar apabila melihat susuk Rissa Ariana yang sedang berdiri beberapa tapak darinya. Haura mula bersuara namun tidak difahami kerana pita pelekat masih menutup rapat mulutnya itu. Sekali lagi dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Rissa ketawa terbahak-bahak melihat reaksi cemas wanita itu. Perlahan-lahan dia membuka langkah menghampiri Haura.

"Kenapa, takut? Sebelum ni bukan main lagi kau berlagak dengan aku." Sindir Rissa. Terlalu banyak dendam yang terpendam.

"Bukan sekali tau tapi dah berbuih mulut aku ni bagi amaran cuma kau yang buat tak tahu. Jadi bukan salah aku kalau hari ni hari terakhir untuk kau hirup udara segar dekat dunia ni."

Haura terus meronta dan menjerit sekuat hati. Matanya sudah mula berkaca. Perasaannya juga mula goyah. Sudah terbit rasa takut dihatinya. Mana tidaknya dia kini dikelilingi beberapa orang lelaki yang tegap tubuh badan serta bengis wajahnya. Ada yang memegang kayu besbol, ada juga yang selitkan sepucuk pistol di sebalik baju yang dipakai.

Rissa berundur beberapa langkah apabila kepala mereka bertemu. Dia menjerit kesakitan. Orang suruhannya segera memegang Haura yang mula bertindak ganas. Kau memang dah puas hidup ke perempuan! Desis hati Rissa garang sambil matanya tajam merenung wanita itu. Tangan diangkat ke udara. Lantas lelaki tersebut segera berundur.

Kepala Haura diusap lembut  sebelum rambutnya direntap dengan kasar. Kepalanya terdongak ke langit. Juraian rambut yang menutupi hampir sebahagian wajahnya dirapikan. Pandangan mereka bertaut. Haura cerlung memandang Rissa yang sedang tersenyum kepadanya. Senyuman seorang psikopat yang mampu membuatkan bulu romanya berdiri tegak. Sejurus selepas melepaskan pisau dari tangannya, dengan kasar pita dimulut Haura ditarik. Ark!Wanita itu menahan sensasi pedih yang terasa disekitar bibir. Mulutnya diketap seketika.

"Kau buat apa ni? Lepaskan aku!" Ujar Haura sambil berusaha untuk melepaskan diri dari ikatan tersebut namun tidak berjaya.

"Apa, lepaskan kau? Tak semudah itu. Inilah akibatnya kalau tak dengar cakap aku. Hari ni aku akan ajar kau cukup-cukup."

"Apa yang kau nak buat pada aku. Bunuh?" Tanya Haura lantang. Rissa menjengketkan bahu sambil senyum mengejek.

"Kau dah gila ke Rissa?"

"Ya, memang aku dah gila! Kaulah punca kenapa aku jadi macam ni."

Haura tertunduk. Dia menggenggam kuat jari-jemarinya. Dadanya mula terasa ketat namun dia cuba untuk terus kekal bertenang. Matanya dipejamkan buat seketika. Nafas dalam ditarik sebelum melepaskannya perlahan-lahan.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now