BAB 38

183 8 2
                                    

Suri berjalan kembali ke majlis. Mukanya sungguh dingin dan sedikit menggerunkan. Dia masih lagi mengusap pergelangan tangannya yang digenggam oleh Haura sebentar tadi.

          "Tak guna punya perempuan! Berani kau ugut aku macam tu. Kau ingat kau siapa? Mentang-mentang Puan Sri Normah baik dengan kau terus kau jadi besar kepala. Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau. Kau tunggulah nasib kau Haura!" bisik hati Suri dengan penuh dendam dan amarah.

Tiba-tiba tangannya telah ditarik kasar oleh seseorang. Sekali lagi dia mengaduh kesakitan. Berselindung jauh dari khalayak ramai, Datin Noreen berdiri merenung Suri dengan tajam sekali seperti ada laser yang memancar keluar dari matanya.

          "Kau ni memang bodoh dari azali ke?" marah Datin Noreen kepada Suri. Kepala Suri ditujalnya beberapa kali.

Suri yang hatinya sudah terbakar cerlungkan matanya memandang Datin Noreen. Dia cukup pantang jika ada orang yang merendah-rendahkannya apatah lagi menghina dirinya itu.

          "Datin jaga sikit mulut datin tu ye. Jangan main sembur je!" balas Suri kasar.

          "Kau ingat aku tak nampak ke apa yang kau dah buat pada perempuan tu tadi." Balas Datin Noreen. Dia cuba mengawal suaranya dari di dengari oleh orang lain. Suri terdiam.

Mendidih hati Datin Noreen apabila melihat Suri cuba membuat onar di dalam kawasan rumahnya lebih-lebih lagi ketika majlis masih lagi berlangsung. Dia risau jika Suri tersilap langkah namanya sekali akan turut terpalit.

          "Perempuan tu yang mulakan dulu. Saya cuma pertahankan maruah saya je. Datin tak tahu cerita jangan nak main tuduh je." Suri memutar belit cerita untuk membela dirinya.

          "Eh, kau ingat aku ni buta ke? Kau dah provoke dia, lepas tu kau nak bagitahu aku yang kau ni mangsa pulak. Memang kau silap orang la. Memang patut perempuan tu melawan kau tadi." Balas Datin Noreen menyindir Suri.

Suri terdiam. Dia sedar dia tidak mampu untuk membohongi Datin Noreen. Dia mengetapkan bibirnya menahan marah. Jari jemarinya digenggam kuat. Kalau bukan kerana wanita di hadapannya itu merupakan bos di tempatnya berkerja sudah lama diganyang sampai lumat.

          "Kau dengar sini baik-baik dan buka telinga kau tu luas-luas. Aku tak nak kau buat kerja kotor kau tu dekat sini. Kau nampak orang tengah ramai kan, so behave sikit. Jangan sebab perasaan dengki kau pada perempuan tu, kau bertindak tanpa mengguna otak. Kau ingat tu." Datin Noreen memberi amaran. Dia kemudian berlalu meninggalkan Suri yang dibiarkan dalam keadaan marah.

Mahu sahaja Suri menjerit sekuat hatinya. Apa yang dia buat semua tidak kena di mata orang. Apatah lagi apabila orang kerap membandingkan dirinya dengan Haura. Saban hari semakin kuat perasaan bencinya kepada wanita itu. Yang membuatkan hatinya rasa bagai dirobek apabila dia melihat Haura cuba merampas Mikael darinya. Dan lelaki itu juga sudah mula menunjukkan minatnya kepada Haura.

*****

Tiba di kereta, Haura menekan punat di alat kawalan jauh kereta untuk membuka kunci kereta tersebut. Mikael berasa tidak senang kerana dia melihat Haura seperti tidak tentu arah lalu dia mengikuti wanita itu ke keretanya. Dia kemudian menyambar kembali kunci yang ada di tangan Haura lalu bergerak melintasi wanita itu.

          "Apa yang awak buat ni?" Haura tertinggikan suaranya kerana terkejut dengan tindakan Mikael itu.

          "Kau bagitahu aku sekarang. Kau nak nak pergi mana sebenarnya?" tanya Mikael sekali lagi.

          "Saya tak ada masa la nak layan kerenah awak ni. Saya ada hal urgent ni. Tolonglah pulangkan balik kunci kereta tu." Balas Haura sambil cuba merebut kembali kunci dari pegangan Mikael. Dia masih lagi cuba untuk menahan marahnya.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now