BAB 28

189 6 1
                                    

Satu balang popcorn dipangku oleh Mona sebagai peneman dikala dia menonton sebuah filem seram dari negara seberang, Thailand,  bertajuk ‘Coming Soon’ di kaca televisyen. Tangannya tak berhenti menyuap popcorn ke dalam mulut. Dikunyahnya perlahan. Haura datang dari arah dapur dengan membawa dua tin air 7UP lalu diletakkan di atas meja kopi.

          “Semata-mata sangat kau datang sini, kan. Nak suruh aku teman kau tengok cerita ni. Nak sangat tengok cerita hantu tapi penakut.” Ujar Haura sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Mona.

          “Alah, bukannya selalu. Alang-alang aku tengah free aku datang la sini. Sambil-sambil tu boleh la aku bergosip dengan kau.” Balas Mona. Matanya masih tertumpu pada cerita tersebut. Haura tersenyum. Dia turut sama melayan filem tersebut.

Sepanjang 1 jam 30 minit menonton berkali-kali mereka menjerit kerana terkejut. Disusuli pula dengan ketawa yang terbahak-bahak kerana tertawakan diri mereka sendiri. Mona menekup muka dengan kedua belah tangannya. Dia mencuri-curi lihat cerita itu dari celah-celah jarinya sahaja. Haura pula menyorokkan wajahnya disebalik bantal kecil.

Usai menonton cerita, Mona mengemas serba sedikit di ruang tamu manakala Haura mencuci pinggan di dapur. Jam sudah hampir menjengah pukul 1 pagi.

          “Haura, kita kan tengok cerita ni. Jadi kita akan dapat nasib yang sama ke?” Mona mereka-reka cerita, berseloroh dengan Haura.

          “Iyelah Mona. Macam mana kalau dia ikut kita? Nanti kita pun akan turut terperangkap dalam movie tu jugak la kan.” Haura turut melayan drama yang dicipta Mona itu. Mereka berdua kemudian tertawa.

          “Tadi mommy Dazrin datang serang aku dekat office.” Haura menukar cerita. Dirinya masih lagi berdiri di sinki dapur. Mata Mona terbeliak.

          “Pasal gosip tu ke?” soal Mona ingin tahu. Dia segera menutup tv yang terpasang di depannya. Telefon bimbitnya juga diletakkan di sisi demi fokus pada cerita Haura.

         “Ha’ah.” Balas Haura pendek sambil mengelap tangannya menggunakan tisu. Haura kemudian berjalan ke ruang tamu. Mona tidak berpuas hati dengan jawapan Haura yang sangat simple itu.

          “Apa yang dia dah buat pada kau? Dia ada cederakan kau ke?” tanya Mona. Haura menggelengkan kepalanya.

          “Bukan aku. Tapi ada orang lain yang cedera.” Tutur Haura sedikit lemah. Dia melepaskan keluh. Dahi Mona berkerut.

          “Kalau bukan sebab dia aku tak tahu apa yang jadi pada aku tadi.” Tambah Haura lagi.

          “Siapa? Dazrin?” sekali lagi Haura menggelengkan kepalanya.

         “Mikael…” jawab Haura. Mona tertawa sinis seperti tidak percaya. Haura lantas memandang Mona.

          “Mamat tak guna yang selalu sakitkan hati kau tu? Harap muka je hensem tapi perangai haprak.” Balas Mona. Dia masih lagi tidak dapat menahan tawanya itu. Haura mengangguk.

          “Aku rasa kan, dia tu okay je sebenarnya tapi perangai dia yang dingin dan suka cari salah orang tu yang buat aku sakit hati. Tapi tadi dia lain sangat.” Balas Haura mengenangkan kejadian di tempat letak kereta tadi.

          “Lain macam mana maksud kau?”

          “Kan aku ada bagitahu kau hari tu pasal aku gaduh dekat office. Tadi dia tiba-tiba minta maaf dengan aku sebab dia tengking aku tempoh hari. Macam tak percaya pulak.” Ujar Haura panjang lebar.

           “Alah! Memang patut pun dia minta maaf dengan kau. Sepatutnya hari tu lagi tau.” Balas Mona sedikit kasar. Dia sungguh geram dengan sikap Mikael yang telah bertindak secara membabi buta itu.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now