BAB 95

179 1 0
                                    

Kediaman Puan Sri Normah dipenuhi dengan tetamu. Mereka mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kelahiran anak kedua Soraya dan juga kepulangannya dari tanah suci.

Hubungan Datin Noreen dan anak perempuannya masih lagi dingin tetapi sudah tidak sedingin dahulu. Dia juga sudah kerap luangkan masa bersama cucunya. Ternyata menjadi juga rancangan Datin Norlie yang sengaja meninggalkan Shafiy kepada kakaknya itu. Kalau dia tidak berbuat begitu entah bila budak itu akan dapat merasa kasih sayang seorang nenek.

Pada hari itu buat pertama kalinya juga Dato' Zubir membawa Rosie bertemu dengan keluarga tersebut. Itupun setelah Puan Sri Normah sendiri yang menjemput. Datin Noreen sedikit pun tidak terkejut kerana dia sudah dimaklumkan oleh suaminya berkenaan perkara tersebut.

Alhamdulillah majlis telah pun selesai. Semua berjalan dengan sempurna. Mereka sekeluarga kemudian berkumpul di ruang tamu.

"Mika naik atas dulu."

Mungkin kerana penat Mikael tidak mahu lama berada di situ. Lagipun tiada apa yang ingin diboraknya. Namun Puan Sri Normah menghalangnya kerana sudah hampir seminggu dia pulang baru hari ini dia berpeluang bertemu mata dengan cucunya itu. Sudah sebulan lebih lelaki itu berpindah keluar dan tinggal di kondominium miliknya. Dengan selamba Dazrin menarik tangannya untuk duduk semula di sofa. Mikael menghela keluh pendek.

"Kenapa dengan kamu ni? Sepanjang majlis mama tengok kamu monyok ke. Tak habis-habis pandang telefon." Dia terkesiap. Dazrin tertawa kecil.

"Dia tengah frust sekarang ni aunty."

Serentak dengan itu panahan matanya tajam memandang lelaki itu. Tetapi sedikit pun tidak membantutkan keterujaan Dazrin untuk terus bercerita. Hampir kesemua mata yang ada di situ mula memandang mereka berdua silih berganti. Tolong jangan mulakan! Mikael berharap sangat sepupunya itu terus mengunci mulut.

"Mikael terjumpa Haura 2 hari lepas masa meeting dengan Sri Sroja. Ex girlfriend dia pun ada juga." Ujar Dazrin diselangi dengan sindiran nakal. Mikael mengetap bibir. Rahsianya sudah pecah. Bukan tidak mahu berkongsi cerita tetapi dia tidak mahu keluarganya terutama ibu dan neneknya kecewa.

"Jumpa dekat mana? Kenapa tak jemput dia datang hari ni."

Berita tersebut sangat mengejutkan mereka. Maklumlah sudah berbulan mereka tidak dapat menjejaknya. Pada masa yang sama mereka sangat teruja. Namun keterujaan mereka itu terbantut apabila Mikael tanpa berselindung memberitahu tentang perubahan sikap dan layanan Haura terhadapnya. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila Dazrin memberitahu bahawa wanita itu kini CEO Dermaga Holdings.

Terbelalak biji mata Datin Noreen apabila mengetahui perkara tersebut. Sebelum ini bukan main lagi dia perlekehkan status hidup wanita itu. Rupa-rupanya dia adalah pewaris kepada syarikat terkemuka tersebut bahkan Dermaga Holdings jugalah yang telah menyelamatkan Khazzan Group dari jatuh melingkup. Sebab itulah kita jangan sesuka hati menilai seseorang dari luaran sahaja.

*****

Alunan muzik rancak memenuhi segenap ruang di sebuah pusat hiburan. Luqman tergesa-gesa keluar dari situ apabila ada seseorang menghubunginya. Dia tidak mahu suasana yang bingit itu mengganggu perbualannya nanti. Eh, tu macam Rissa. Dia nak pergi mana pula tu? Bisiknya apabila melihat kelibat wanita itu yang agak mencurigakan. Secara diam-diam Rissa keluar dari situ lalu pergi ke lorong kecil bersebelahan dengan tempat itu. Dalam diam juga dia mengekori wanita itu.

Tidak sampai 5 minit menunggu tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam tiba di situ. Luqman yang baru sahaja ingin menyapa wanita itu membatalkan niatnya. Seorang wanita yang tidak dikenalinya keluar lalu menghulurkan satu bungkusan kecil berwarna putih kepada Rissa. Dek rasa curiga yang makin tumbuh menjalar di dalam hatinya Luqman mula merakamkan kejadian tersebut.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now