BAB 56

192 5 0
                                    

Dazrin melirik ke arah Mikael yang sedari tadi mencuri pandang ke arah pintu biliknya.

          "Kau borak apa dengan Haura tadi?" tanya Dazrin membuka bicara.

          "Borak pasal kerjalah, pasal apa lagi. Dia kan PA aku. Kenapa kau tanya?" balas Mikael bersahaja.

          "Tak ada apapun. Cuma aku tengok korang berdua tadi lain macam sikit." ujar Dazrin. Mikael sedikit kaget.

          "Dah kenapa Dazrin tanya aku soalan ni? Dia nampak ke aku pegang tangan Haura tadi?" bisik Mikael di dalam hati. Dia mula berasa tidak sedap hati. Namun Mikael cuba untuk menafikan perkara itu.

          "Maksud kau?" tanya Mikael seolah-olah tidak faham dengan pertanyaan dari Dazrin itu.

          "Tak adalah, aku tengok Haura tu bukan main laju lagi berlari keluar dari bilik ni. Kau ada sakitkan hati dia lagi ke?" balas Dazrin. Mikael menghela nafas lega kerana sepupunya itu tidak nampak kejadian yang berlaku tadi.

          "Apasal? Dia ada mengadu dengan kau ke?" tanya Mikael lagi.

          "Nak kata mengadu tu tak jugak sebab aku yang tanya dia dulu. Tapi aku kenal sangat perangai kau tu macam mana sebab tu aku tanya." balas Dazrin. Entah kenapa hatinya rasa tersentap dengan jawapan yang diberikan oleh Dazrin itu.

          "Alah... Macam biasalah dia tu." balas Mikael pendek.

          "Aku tahulah kau tak suka dengan Haura tu, tapi agak-agaklah sikit. Dia tu perempuan, kau tu lelaki. Hati dia tak sekental hati jantan kau tu. Kot ye pun kau tak suka dia janganlah nak campur adukkan semua tu dalam urusan kerja." bebel Dazrin panjang lebar.

          "Mana ada aku campurkan adukkan semua tu. Aku masih tahu bezakan antara hal kerja dan hal peribadi." balas Mikael membela dirinya.

          "Baguslah kalau macam tu. Aku risau je kalau Haura tu tak bertahan lama kerja dengan kau ni. Manalah tahu kau siksa jiwa dan mental dia ke, kan." tambah Dazrin lagi. Mikael tertawa sinis.

          "Aku siksa dia? Ha! Kelakarlah kau ni. Dia yang siksa aku adalah." ujar Mikael perlahan. Tanpa dia sedar kata-kata yang keluar dari mulutnya itu telah singgah di telinga Dazrin.

          "Dia yang siksa kau? Apa maksud kau?" tanya Dazrin yang berasa sedikit pelik dengan kata-kata Mikael itu.

Mikael membuntangkan kedua belah matanya. Dia tidak sangka kata-katanya itu diungkapkan secara lisan. Dia menyangkakan dia hanya berkata sendirian di dalam hati.

          "Errr... Tak ada apa-apalah." balas Mikael ringkas.

          "Eh kejap. Yang kau dari tadi tak henti-henti cakap pasal dia tu kenapa? Ambil berat betul kau pasal dia ek? Kau syok dekat dia ke?" dengan pantas Mikael menukar topik.

Sepantas kilat Dazrin berpaling ke arah Mikael. Dipandang wajah sepupunya itu dalam-dalam. Namun tiba-tiba sahaja hati Mikael rasa berdebar.

          "Mengarutlah. Dia cuma anggap aku ni macam kawan dia jelah." balas Dazrin. Senyuman nipis cuba disembunyikan namun bisa ditangkap oleh Mikael.

          "Dia anggap kau kawan....." bisik hati Mikael. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati dengan jawapan dari Dazrin itu.

Mikael cuba untuk mengusir tanggapan tersebut dari fikirannya. Sekali lagi dia bertindak menukar topik dan bertanya tujuan asal Dazrin datang bertemu dengannya.

          "Apa-apa ajelah. Sekarang ni aku nak tahu apa tujuan kau datang jumpa aku sebenarnya? Selalunya waktu-waktu macam ni kau dah keluar jumpa client." tanya Mikael kepada Dazrin.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now