BAB 9

270 6 0
                                    

Kringgggggg… kringggggg..

Telefon bimbit Puan Hafizah berdering. Dia bergegas untuk menjawab panggilan tersebut seperti sedang menanti panggilan seseorang. Dia sungguh teruja kerana si pemanggil adalah Haura, anaknya yang sudah hampir dua bulan tidak menghubunginya. Setelah kejadian di pejabatnya tempoh hari, Haura terus melarikan diri ke teratak Dato Malik dan Datin Safiah tanpa memaklumkan sepatah kata kepada ibu dan bapanya. Telefon bimbitnya juga dimatikan sebelum dia mengaktifkannya semula beberapa hari yang lepas.

          “Ibu dengan ayah sihat?” tanya Haura disebalik telefon.

          “Ibu sihat cuma ayah kamu tu tak berapa sihat, demam dan asyik batuk aje sejak kebelakangan ni. Tapi doktor dah bagi ubat dan minta ayah kamu tu banyak berehat.”

Haura bersyukur keadaan Encik Zamzuri tidak serius namun dia pasti bahawa dialah punca ayahnya tidak sihat. Matanya mula berkaca apabila dia memikirkan tentang perkara itu. Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya.

           “Ibu, Haura minta maaf banyak-banyak kalau tindakan Haura ni dah buat hati ibu dengan ayah tak tenteram. Haura tahu ibu dengan ayah mesti tengah risaukan Haura sebab tu ibu hantar Hanna datang ke sini, kan?” Tutur Haura panjang.

          “Ibu mana yang tak risau Haura kalau anaknya tiba-tiba menghilang. Ibu call berpuluh-puluh kali pun tak berangkat. Cukuplah sekali ibu tengok kamu menderita macam tu. Ibu dah tak sanggup lagi.” Balas Puan Hafizah yang mulai sebak. Dia tahu anaknya sedang lalui situasi yang sukar. Haura berkali-kali memohan ampun dan maaf. Berkali juga dia cuba menyakinkan ibunya bahawa dirinya kini sudah baik-baik saja.

Puan Hafizah kemudian bertanyakan tentang Mona. Ketika Haura menghilang Mona adalah orang pertama yang menyedari perkara tersebut. Dia terus memaklumkan kepada Puan hafizah tentang perkara itu. Ke hulu ke hilir Mona mencari Haura hingga dia pergi ke pejabat Haura untuk bertanyakan tentang keberadaan sahabatnya itu. Namun jawapan yang diterimanya semua hampa. Puan Hafizah meminta Haura menghubungi Mona untuk bertanya khabar. Hampir setiap hari Mona akan bertanyakan tentang Haura kepada Puan Hafizah. Semestinya sahabatnya itu sangat risau akan dirinya.

Puan Hafizah mengimbas kembali detik-detik cemas apabila dia mengetahui tentang kehilangan Haura. Mujurlah dia dan suaminya tidak terkena serangan jantung. Semuanya kembali terkawal apabila Datin Safiah memberitahu bahawa Haura ada bersamanya di kampung.

          “Haura janji Haura takkan buat ibu risau lagi. Haura sayang ibu dengan ayah.”

          “Ibu pun sayang anak-anak ibu. Kamu berdualah harta ibu dan ayah dunia akhirat.”

          “Kamu jaga diri dekat sana, kalau ada masalah luahkan aje pada ibu jangan pendam sendiri. Apa guna ibu ada dekat sini kalau tak boleh nak bantu anak sendiri.” Pesan Puan Hafiza sebelum mengakhiri perbualannya dengan Haura. Walaupun dia belum puas mendengar suara anaknya itu tetapi dia tahu Haura masih memerlukan ruang dan waktu untuk pulihkan diri.

Setelah selesai berbual dengan Puan Hafizah, Haura menghantar kiriman whatsapp kepada Mona.

Mona, kau dah tidur ke? – Haura

          “Kalau tak tidur lagi ni confirm kejap lagi dia akan call terus.” Tutur haura sendirian.

Beberapa saat kemudian telefon Haura mula berdering. Ternyata benar sangkaannya, nama MONA terpampang di skrin telefon. Haura terus menjawab panggilan tersebut.

          “HAURAAA!!!!!” Teriak Mona. Belum sempat Haura membuka mulut untuk menyapa, Mona terlebih dahulu membuka bicara. Haura yang sedikit terkejut dengan spontan menjauhkan telefon dari telinganya kerana bingit.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Där berättelser lever. Upptäck nu