BAB 10

267 6 0
                                    

“Mana pulak si Haura ni, janji nak jumpa dekat sini. Dah lebih 15 minit aku tunggu batang hidung pun tak nampak lagi.” Rungut Mona sendirian sambil tangannya menarik bagasi berwarna merah jambu. Sekali sekala matanya melilau mencari kelibat sahabatnya itu di tengah khalayak. Suasana di resort tersebut agak sibuk dan padat dengan kehadiran ramai pengunjung dari dalam mahupun luar negara.

Sedang Mona sibuk mencari kelibat Haura, tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki yang juga baru tiba di resort berkenaan. Insiden itu telah menyebabkan kunci bilik yang dipegang oleh lelaki tersebut terjatuh dari pegangan tangannya.

          “Ops! Sorry encik saya tak sengaja.” Tanpa berfikir panjang Mona terus melepaskan bagasi yang dibawanya lalu bergegas mengutip kunci tersebut dilantai. Apabila Mona mengangkat mukanya untuk memulangkan kunci tersebut secara tiba-tiba langkahnya terhenti. Tubuh Mona menjadi kaku dan lidahnyapula menjadi kelu kerana terpesona dengan ketampanan jejaka yang sedang berdiri dihadapannya itu. Ternyata lelaki tersebut adalah Luth Mikael.

Mikael yang sedari tadi berdiri menunggu kunci biliknya itu dipulangkan memanggil Mona beberapa kali. Sesekali dia melambaikan tangan dan memetik jarinya tepat di depan muka Mona.

           “Excuse me, miss. Boleh saya dapatkan semula kunci saya tu.” Ujar Mikael dingin tanpa ada sedikit pun ekspresi diwajahnya sambil menadah tangan kanannya di hadapan Mona. Namun masih tiada respon daripada Mona yang sedari tadi hanya tersengih sendirian memandang wajah Mikael seperti kerang busuk.

Setelah beberapa kali cubaan meminta supaya kuncinya dipulangkan tidak diendahkan, dengan kasar Mikael terus merampas kunci tersebut dari tangan Mona kemudian berlalu pergi. Selepas itu barulah Mona tersedar dari lamunannya. Dia melambaikan tangannya sambil melihat sosok Mikael yang berlalu pergi semakin jauh dari pandangannya. Mona mula tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka tersebut. Beberapa ketika kemudian Haura telah menyergah Mona dari arah belakang sambil menepuk bahunya. Mona yang terkejut dengan kehadiran Haura itu menggosok dadanya berkali-kali.

           “Ish! Kau ni nasib baik aku tak melatah tau. Kalau tak mesti aku dah viral pastu masuk dalam tiktok. Tak pasal-pasal femes aku nanti.” Mona mula berseloroh nakal. terbahak-bahak Haura ketawa mendengar respon Mona itu. Tinggi betul imaginasi wanita itu.

          “Tak sempat apa-apa lagi kau dah menggatal dekat sini, kan?” gurau Haura nakal sambil matanya melirik ke arah Mikael yang sudah pun menghilang disebalik orang ramai. Mona hanya tersengih nakal.

          “Dah lama ke kau sampai? Sorry la, tadi masa nak ke sini entah macam aku boleh terjatuh dalam air pulak. Terpaksalah aku patah balik tukar baju. Takkan nak datang sini dengan baju basah lencun nanti orang ingat aku hantu air pulak.”

         “Hah? Kau jatuh dalam air? Kau ni berjalan pandang langit ke? Kau tengok apa? Kapal terbang?” Haura menepuk kasar bahu Mona selepas diperli nakal oleh rakannya itu.

Mereka berdua kemudiannya berjalan menuju ke bilik yang telah ditempah. Di sepanjang perjalanan riuh dengan hilai tawa mereka. meskipun sudah banyak cerita yang mereka kongsikan tetapi masih juga tiada penghujung. Ada saja cerita yang hendak dikongsikan. Terserlah keriangan di wajah Haura setelah kehadiran sahabatnya itu dan sedikit sebanyak mengubati hatinya yang masih lagi sakit akibat dilukai.

*****

Beep! Beep! Beep!

Kedengaran bunyi notifikasi telefon Mona yang sedang dicas di atas meja di sisi katil. Mona yang sedang terbaring di atas katil mengeliat membetulkan uratnya. Dia dengan malas mencapai telefon tersebut lalu membuka notifikasi tersebut. Hampir terjojol keluar biji matanya apabila membaca mesej tersebut.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now