BAB 12

232 5 0
                                    

Dazrin menguak pintu bilik kediaman Puan Sri Normah. Dia kemudian memimpin neneknya masuk ke bilik dan membantunya duduk di kerusi. Wanita itu mula memicit perlahan kakinya. Dazrin kemudian menawarkan diri untuk mengurut kaki neneknya itu.

          "Kaki ni kamu picit perlahan-lahan sikit ye." Bagitahu Puan Sri Normah sambil memegang lututnya yang cedera.

          “Kenapa dengan kaki nenek ni? Masa nak balik tadi pun Dazrin perasan nenek berjalan macam terhincut-hincut je.” Tanya Dazrin ingin tahu.

          “Nenek terjatuh pagi tadi. Masa nenek keluar ambil angin.”

          “Yeke? Teruk ke kaki nenek tu? Meh sini Dazrin tengok. Kenapa nenek tak bagitahu Dazrin?” tutur Dazrin dengan nada yang risau.

          “Luka sikit je, takde apa yang teruk pun. Mujurlah tadi ada hamba Allah yang baik hati dah bantu nenek.”

          “Teruk lebam ni nek. Mikael dah tahu ke? Mesti dia akan membebel kalau dia tahu nanti.” balas Dazrin selepas dia melihat kaki serta tangan neneknya itu ada kesan lebam.

          “Dah kenyang dah pun nenek makan bebelan dia tadi. Inilah salah satu sebab kenapa nenek tak nak bagitahu kamu berdua pasal perkara ni. Dah macam teruk sangat luka nenek ni.”

          “Macam mana kalau keadaan nenek teruk tadi? Nasib baik sangat takde apa-apa serius. Kami cuma risaukan keadaan nenek je.”

          “Iya nenek faham. Nenek tahu cucu-cucu nenek ni semuanya sayang pada nenek.” balas Puan Sri Normah sambil menggosok bahu Dazrin yang duduk disisinya.

           “Mikael tu okay ke tak nek? Tadi Dazrin tengok air muka dia macam sesuatu sangat. Padahal semalam mood dia okay je.” Dazrin menukar topik. Dia mula bertanya tentang Mikael.

          “Dah lama Dazrin tak tengok Mika macam tu. Kali terakhir Dazrin tengok dia macam ni rasanya sebelum dia berangkat ke luar negara.” sambungnya lagi.

          “Mungkin ada sesuatu yang tengah bermain fikiran dia sekarang ni. Apa-apapun kita berdoa ajelah yang terbaik untuk dia. Semoga Mika cepat pulih dan kembali seperti dahulu.” Balas Puan Sri Normah ringkas.

          “InshaAllah nek.” Balas Dazrin pendek.

Walaupun hubungan antara keluarga mereka tidak berapa baik tapi mereka berdua masih mengambil berat antara satu sama lain. Jauh di lubuk hati Dazrin dia sangat kasihan akan sepupunya itu. Kejadian yang menimpa Mikael 5 tahun yang lalu masih segar di ingatannya. Peristiwa itu juga telah memberi impak yang besar kepada mereka sekeluarga.

*****

Setibanya mereka di bilik Haura membantu Mona untuk duduk dikerusi sebelum bergegas mengambil kotak kecemasan yang berada di dalam kabinet. Sedang Haura khusyuk mencuci luka tiba-tiba Mona menjerit kemudian membaling telefonnya ke atas tilam. Mona mencapai kedua belah tangan Haura dan menggenggamnya erat.

           “Kau ni dah kenapa Mona? Tiba-tiba menjerit tak tentu pasal macam orang kena sergah dengan hantu.” Marah Haura. Sungguh dia terkejut dan geram dengan kelakuan sahabatnya itu. Dia menarik kasar tangannya dari genggaman Mona.

Haura kemudian bingkas bangun dan menuju ke almari untuk mengambil tuala yang bersih. Mona ke hulu ke hilir berjalan mengekori Haura. Berkali-kali Haura memintanya untuk duduk diam-diam di kerusi supaya darah tidak menitik ke lantai namun tidak diendahkan oleh Mona. Luka dikakinya itu seolah-olah sudah tidak terasa sakit lagi.

          “Kali ni kau kena tolong aku Haura.” Mona membalas dengan nada yang serius sambil mencapai tangan Haura sekali lagi. Haura menghentikan langkahnya.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα