BAB 67

166 3 0
                                    

Mikael dan Dazrin dilihat berjalan seiringan menuju ke bilik mesyuarat. Sambil itu dia membetulkan tali lehernya. Tiba-tiba ada suara yang memanggilnya dari arah belakang. Suara itu sangat di kenalinya.

Hampir serentak Mikael dan Dazrin menoleh ke arah suara tersebut. Rissa Arianna tersenyum sambil melambaikan tangan. Mikael dan Dazrin terkebil-kebil. Mereka saling berbalas pandang. Rissa datang menyapa. Mikael segera menarik wanita itu sedikit jauh dari Dazrin.

          "You buat apa dekat sini? I dah cakap jangan ganggu I lagi. You tak faham ke?" bisik Mikael perlahan. Matanya dikerling melihat Dazrin.

          "Lepaslah. Sakit tahu tak." balas Rissa.

          "Baik you pergi sekarang. Jangan nak buat hal dekat sini." Mikael memberi amaran kepada wanita itu. Rissa tertawa sinis.

          "Excuse me! You ingat I datang sini sebab nak jumpa dengan you ke?" balas Rissa. Mikael mengangguk.

          "Sorry kali ni tak ada kena mengena dengan you." balas Rissa sebelum meninggalkan lelaki itu.

Mikael kembali semula kepada Dazrin. Dia berasa tidak sedap hati dengan kehadiran Rissa di situ. Tingkah laku Mikael kelihatan pelik di mata Dazrin.

          "Siapa tu Mika? Kau kenal ke?" tanya Dazrin musykil.

          "Seseorang yang aku pernah kenal." balas Mikael malas. Dia kemudian melangkah masuk ke bilik mesyuarat. Dia tidak berminat untuk berbicara mengenai wanita itu.

Azrael dan Dato' Zubir dilihat sudah berada di dalam bilik tersebut. Beberapa ketika kemudian barulah Puan Sri Normah tiba. Tanpa membuang masa mesyuarat tersebut segera dimulakan.

Dato' Zubir membuka bicara dengan memberitahu tentang kestabilan perniagaan hotel dan resort yang diurus olehnya. Sempena pembuka semula hotel di Pulau Kapas, dia telah melantik seseorang untuk menjadi duta kepada KHAZZAN HOTEL & RESORT.

Tujuan dia mengadakan perjumpaan ini juga adalah untuk memperkenalkan duta tersebut kepada mereka. Pelantikan tersebut sudah pun dipersetujui sendiri oleh Puan Sri Normah.

Pintu bilik diketuk. Naimah mula melangkah masuk. Seorang wanita bertubuh tinggi lampai turut memasuki ruang tersebut. Mata Mikael terbuntang luas. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.

          "Kenalkan Cik Rissa Arianna, duta terbaru untuk hotel kita." ujar Dato' Zubir. Rissa yang berdiri di sisinya tersenyum memandang Mikael.

Dazrin memandang Mikael yang masih lagi terkejut dengan pelantikan tersebut. Melihat reaksi yang diberikan oleh sepupunya itu dia yakin ada sesuatu yang Mikael cuba sembunyikan darinya.

          "Helah apa pula kali ni Rissa?" bisik hati Mikael. Dia benar-benar terganggu.

Di akhir mesyuarat itu Puan Sri Normah telah meminta Dazrin untuk mengiringi Rissa. Dazrin segera menganggukkan kepalanya.

          "Erm.. Sorry Puan Sri. Boleh tak kalau I nak Mikael yang iring I?" beberapa pasang mata di dalam bilik tersebut semua tertumpu pada Mikael. Puan Sri Normah mula mengesyaki sesuatu.

          "Hah? Dazrin ajelah yang hantar. Mika ada banyak kerja la nek." balas Mikael. Yang lain hanya mendiamkan diri. Puan Sri Normah mencelik luas matanya memandang Mikael.

          "Mikael nanti kamu tolong hantar Rissa ke kereta ye." Mikael mengetap bibir. Rissa tersenyum lebar.

Senyuman tidak lekang di bibir Rissa apabila dapat berdua-duaan dengan Mikael meskipun lelaki itu sedingin salju. Ada ketikanya dia vuba untuk memegang tangan Mikael namun segera ditepis oleh lelaki itu.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now