BAB 32

180 6 0
                                    

Di kediaman Puan Sri Normah, dilihat wanita tua itu sedang berbual mesra dengan anak cucunya itu. Kegembiraan sangat jelas terpancar di wajahnya. Setelah hampir dua tahun Soraya menetap di luar negara akhirnya dia mengambil keputusan untuk berpindah pulang ke tanah airnya.

          "Syahmi, ibu kamu dah tahu ke yang kamu dah balik Malaysia?" tanya Puan Sri Normah.

          "Dah nek. Saya dah telefon ibu tadi. InshaAllah esok saya dan Soraya akan bawa balik Shafiy untuk berjumpa dengan ibu dan ayah." Balas Syahmi.

          "Baguslah kalau macam tu. Nenek ni risau je, kalau ibu kamu tu terasa hati pulak nanti." Balas Puan Sri Normah. Syahmi sekadar tersenyum.

          "Mommy dengan daddy cakap malam ni mereka nak datang sini." Tiba-tiba Dazrin mencelah. Dia yang baru sahaja selesai bercakap di telefon dengan Datin Noreen menyampaikan berita. Matanya memandang ke arah Soraya.

          "Bagus jugak tu. Boleh kita semua berkumpul dan makan malam bersama. Norlie nanti jangan lupa call Azrael, minta dia datang untuk makan malam dekat sini sekali." Puan Sri Normah mengingatkan anaknya untuk menjemput Azrael dan Khayla bersama.

          "Mikael pun sama. Telefon dia dan suruh balik sebelum waktu makan malam. Kalau tak diingatkan memang tak nampaklah batang hidung budak bertuah tu nanti." Tambah Puan Sri Normah lagi.

          "Baiklah mak. Nanti Nor call dia orang kejap lagi." Balas Datin Norlie.

*****

Mikael dan Haura baru sahaja selesai menguji makanan serta memilih menu yang sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu pada hujung minggu ini. Namun kelibat Mikael tiba-tiba hilang dari pandangan Haura. Jadi sementara menunggu Mikael kembali Haura sempat berbual-bual dengan tetamu lain yang ada di situ.

Beberapa ketika kemudian Mikael kembali lalu berjalan mendapatkan Haura. mereka berdua kemudian berjalan menuju ke kereta untuk berangkat pulang.

          "Banyak betul pilihan makanan yang ada. Naik rambang mata saya nak pilih. Dah la semuanya sedap-sedap." Tutur Haura sambil tangannya mengelap peluh yang terbit di dahinya menggunakan tisu. Mikael yang berjalan di sebelahnya hanya melirik.

          "Nasib baik awak datang sekali. Kalau saya sorang-sorang tadi mahu gila saya dibuatnya." Tambahnya lagi. Dia melemparkan senyum ke arah Mikael yang tidak menghiraukannya itu. Haura seolah-olah sedang berbual seorang diri.

Tiba di kereta Haura menarik nafas yang dalam sebelum membuka pintu kereta tersebut. Mikael yang sudah berada di dalam kereta memerhati tanpa sebarang kata. Dia kemudian menurunkan sedikit tingkap lalu menjengah.

          "Lama lagi ke nak kena tunggu ni?" tanya Mikael seolah-olah menyindir. Haura mencebik lalu masuk ke dalam kereta.

          "Spoil betul la mamat ni. Aku baru je nak ambil mood." Bebel Haura perlahan. Mulutnya terkumat-kamit.

Dengan lemau Haura memakai tali pinggang keledar. Tingkap di sebelahnya telah sedia terbuka. Di memandang ke arah Mikael yang mula menghidupkan enjin kereta. Sebelum bergerak Mikael menyeluk saku kot yang dipakainya lalu mengeluarkan segenggam gula-gula. Dia menghulurkan gula-gula tersebut kepada Haura.

          "Nah! Makan ni. Boleh kurangkan sedikit rasa mabuk tu." Ujar Mikael tanpa memandang. Haura sedikit terkejut. Dia tidak sangka Mikael begitu prihatin terhadap dirinya yang diserang mabuk kenderaan itu.

          "Te-terima kasih." Balas Haura lalu mengambil gula-gula dari tangan Mikael. Bibirnya mengukirkan senyuman. Mikael segera memecutkan keretanya.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang