BAB 16

206 5 0
                                    

Dikediaman Datin Noreen kelihatan Dato Zubir yang baru sahaja keluar dari biliknya. Dia berjalan turun ke bawah untuk ke pejabat.

          “You tak nak sarapan dulu ke?” tanya Datin Noreen. Dato Zubir yang tidak sedar kewujudan Datin Noreen sedikit terkejut.

           “I dah lewat ni. Nanti I sarapan dekat office je. You makanlah dengan Dazrin kejap lagi.” Balas Dato Zubir sebelum melangkah keluar.

Datin Noreen tidak membalas, dia sekadar menjeling ke arah suaminya itu. Selang beberapa minit kemudian selepas kereta suaminya sudah tidak kelihatan dari garaj rumah, dia melihat Dazrin berjalan menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa. Dazrin mengepit tali leher berwarna hitam menggunakan bibirnya sambil tangannya ligat memasang butang di lengan bajunya. Datin Noreen yang awal pagi lagi sudah menunggu untuk bersarapan bergegas mendapatkan anak lelakinya itu.

           “Dazrin, jom kita sarapan sama-sama.” pelawa Datin Noreen.

            “Sorry mommy, Dazrin dah lewat ni ada meeting.” Balas Dazrin pendek sebelum meninggalkan ibunya sendirian.

Datin Noreen terkedu dengan kelakuan anaknya itu. Tidak pernah Dazrin berkelakuan sedingin ini dengannya. Seribu persoalan bermain difikirannya.

              “Dah kenapa dengan Dazrin ni? Takkan moody pasal semalam kot. Ishhh.. tak mungkinlah. Elok je aku tengok dia layan budak-budak tu semalam.” Datin Noreen berbisik sendirian.

Datin Noreen kemudian melangkah menuju ke meja makan. Dia mengeluh melihat makanan yang terhidang lalu menjerit memanggil orang gajinya. Datin Noreen mengarahkan mereka untuk menyimpan semula makanan yang terhidang di atas meja.

          “Penat-penat aku bangun awal pagi dua beranak tu pergi macam tu je. Tak hargai langsung effort aku bangun pagi. Anak dengan bapak sama je. Waktu aku ada ni tak pernah nak lekat dekat rumah. Kalau aku keluar dengan kawan-kawan aku tahu pulak nak bising.” Bebel Datin Noreen sebelum kembali ke biliknya untuk bersiap.

*****

Dazrin membuka pintu bilik Mikael lalu merebahkan dirinya di sofa yang terdapat dalam bilik tersebut. Dia mengeluh lemah. Tangannya diletakkan didahi sambil matanya terpejam. Mikael yang sedang menghadap komputer dimeja hanya mengerling ke arah Dazrin.

          “Kau dah kenapa pagi-pagi buta dah mengeluh ni?” tanya Mikael tanpa memandang wajah Dazrin. Namun tiada jawapan yang keluar dari mulut Dazrin.

Melihat keadaan itu Mikael telah meminta pembantunya untuk menyediakan air serta sedikit makanan untuk sarapan. Beberapa minit kemudian Suri datang membawa secawan kopi panas bersama sandwich telur.

          “Makan la sandwich tu. Aku tahu kau tak sarapan lagi.” Arah Mikael kepada sepupunya itu. Dengan malas Dazrin bangkit lalu mengambil cawan di atas meja kopi lalu dihirupnya perlahan.

          “Aku dah makan tadi. Kau ada masalah apa? Cuba bagitahu aku.”

          “Tak ada apa yang serius pun.”

          “Kalau tak serius takkan lah sampai kau monyok macam ni, kan?”

          “Semalam mommy aku ajak kawan-kawan dia makan malam dekat rumah aku.” Tutur Dazrin seolah-olah mengadu kepada Mikael. Jari jemari Mikael yang ligat menekan papan kekunci berhenti bergerak. Mikael mengangkat mukanya memandang tepat pada wajah Dazrin.

          “Dah tu? Apa kena mengena dengan kau?” soal Mikael.

          “Kalau datang sekadar nak makan-makan aku tak kesah. Ni tak dia orang bawak sekali anak-anak dia orang yang nak dikenenkan dengan aku. Rimaslah.” Dazrin membebel panjang. Mikael sekadar mendiamkan diri mendengar kata-kata Dazrin itu.

          “Aku rasalah mak-mak kita ni sama je tau. Mama aku pun kerap jugak nak kenalkan aku dengan anak kawan dia tapi aku malas nak layan. Tapi biasalah tu, kan? Kau tak payah fikir sangatlah. Fokus je pada kerja kau.” Balas Mikael cuba menyejukkan hati Dazrin. Dazrin tidak memberikan apa-apa respon. Jiwanya sungguh kacau memikirkan hal tersebut.

Puan Sri Normah dilihat sedang meneliti beberapa dokumen yang terdapat di atas mejanya. Selesai menandatangani dokumen tersebut dia memanggil pembantunya untuk masuk ke biliknya. Beberapa ketika kemudian pintu biliknya diketuk.

          “Suri, dokumen ni saya dah siap sign. Nanti kamu tolong bagi pada Mikael.”

          “Baik Puan Sri.” balas Suri ringkas. Puan Sri Normah kemudian melihat jam di dinding biliknya yang sudah hampir masuk waktu lunch.

         “ Apa jadual saya hari ni?”

         “Hari ni Puan Sri ada appointment dengan Doktor Haliza pukul 3 petang.”

          “Macam mana saya boleh lupa tentang perkara ni. Okay tak apa, selain dari itu ada lagi ke yang appointment penting?” soalnya lagi.

           “Setakat ni belum ada lagi Puan Sri. Oh saya lupa nak bagitahu, pukul 2 nanti ada temuduga untuk pengambilan pekerja baru. Encik Azrael dan Encik Dazrin akan turut serta menjadi panel sepanjang temuduga ni berlangsung.” Ujar Suri lagi.

           “Okay baik. By the way, kali ni Naimah cuti berapa lama ye?”

          “Kalau tak silap saya 3 bulan Puan Sri. Sekali dengan cuti bersalin.” Balas Suri. Puan Sri Normah menganggukkan kepalanya.

          “Okay, thanks Suri.” Usai mendengar kata-kata Puan Sri Normah Suri mula melangkah keluar. Namun belum sempat dia membuka pintu wanita itu memanggil namanya sekali lagi.

          “Oh ye sebelum saya terlupa. Kamu jangan bagitahu bos kamu tentang appointment saya dengan Doktor Haliza hari ni ye.” Puan Sri Normah meminta Suri menyimpan rahsianya dari diketahui oleh Mikael.

          “Baiklah Puan Sri.” balas suri sebelum berlalu pergi.

Setelah Suri keluar dari biliknya Puan Sri Normah menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dia memicit kepalanya yang mula terasa berdenyut manja. Dia menarik nafas yang dalam sebelum menghembusnya perlahan-lahan.

*****

           “Harap-harap aku tak lambat la.” Mona berlari anak sambil matanya melihat jam di tangannya.

Langkahnya sedikit terhad kerana kasut tumit tinggi yang dipakai menyukarkan dia untuk berlari lebih laju. Tiba di café Mona memperlahankan langkahnya. Dia melihat sekeliling sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya.

          “Hello encik. Saya dah sampai di café.” Sapa Mona.

          “Saya dah ada dekat dalam ni, masuklah.”

          “Oh yeke? Okay, sekejap saya masuk.” Balas Mona sambil kakinya mula menapak perlahan. Dia kemudian terlihat seorang lelaki yang sedang berbual ditelefon.

          “Encik pakai baju warna apa? Kelabu ke?” tanya Mona.

          “Ya saya.” Mendengar jawapan tersebut Mona terus mematikan panggilan tersebut. Dia merapikan sedikit rambut serta pakaiannya sebelum menyapa lelaki tersebut.

          “Excuse me?” Mona menyapa dari belakang setelah dia melihat lelaki tersebut mempunyai bagasi yang sama dengannya. Namun apabila mereka bersua muka masing-masing terkejut kerana mereka saling mengenali antara satu sama lain.

          “Dazrin, right?” soal Mona yang sedikit terkejut.

          “Eh awak kawan Haura, kan?” soal Dazrin kembali untuk kepastian.

          “Ya betul. Saya Mona, kawan Haura. Omaigad kecilnya dunia.” Ucap Mona kemudian disusuli dengan ketawa.

          “By the way this is your luggage.” Dazrin menghulurkan bagasi kepada Mona.

          “Orait, thanks. Awak punya ada dalam kereta. Tak sempat nak bawak sekali tadi. Nanti kejap lagi saya ambil.”

          “Kereta parking dekat mana? Kalau dekat saya boleh pergi ambil lepas lunch kejap lagi.” Balas Dazrin. Mona menganggukkan kepalanya.

          “Sorry sangat ye sebab dah menyusahkan awak. Masa nak ambil beg hari tu memang agak rushing sikit. Waktu tu saya memang tak perasan langsung yang saya dah tersalah ambil bagasi.” Tutur Mona memohon maaf diatas kecuaiannya.

          “Saya pun ada silap jugak sebab tak check betul-betul masa ambil beg tempoh hari. Lagipun benda dah nak jadi. Sekarang ni kita pun dah dapat beg masing-masing kan.” Balas Dazrin. Mina tersenyum mendengar jawapan dari Dazrin.

Tanpa sedar satu jam sudah berlalu. Dazrin dan Mona menghabiskan waktu lunch mereka bersama. Usai makan dan berbual mereka berjalan seiringan menuju ke kereta Mona. Dazrin menggelek bagasi milik Mona ditangannya.

Tiba di kereta, Mona segera membuka bonet belakang keretanya untuk mengeluarkan bagasi untuk diberikan kepada Dazrin. Malang sungguh nasib Mona ketika itu apabila kasut tumit tinggi yang dipakai olehnya terpelecok ketika dia ingin mengangkat bagasi tersebut. Dazrin yang sedang berdiri tidak jauh dari situ segera menyambut tubuh Mona dari hampir terjatuh ke lantai jalan.

Dup dap! Dup dap! Jantung Mona berdegup dengan kencang sekali. Sudah lama dia tidak merasakan getaran seperti ini di hatinya. Seolah-olah dia sudah terkena kejutan elektrik. Mona segera berdiri membetulkan kedudukannya.

Dazrin pula terus cepat-cepat mengeluarkan bagasinya dari bonet kereta. Kemudian dia mengambil bagasi milik Mona lalu dimasukkan ke dalam bonet kembali. Suasana yang sedikit janggal mula mengelilingi mereka berdua.

          “Actually saya ada hal sikit ni. Tak sempat nak borak panjang dengan awak. So kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu ye. By the way, Thanks again.” Mona bersuara untuk meminta diri dalam keadaan yang agak terburu-buru sambil menyorokkan mukanya yang sudah merah padam.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu