BAB 45

189 7 2
                                    

Haura berjalan dengan menghentak kuat kakinya ke lantai. Dia menarik tombol pintu bilik Mikael dengan kasar. Lelaki itu tersenyum nakal.

          "Gedik la mamat ni. Waktu macam ni jugak la dia mengada-ngada nak minta sandwich la kopi la. Bila aku buat tak nak minum pulak." bebel Haura. Mukanya masam mencuka.

          "Boleh pulak dia suruh aku pergi beli dekat cafe seberang bangunan sana?" tambahnya lagi. Haura berjalan kaki menuju ke cafe yang diberitahu oleh Mikael itu. Tidak terlalu jauh dari tempat kerjanya tetapi cukup untuk membuatnya mengeluarkan peluh.

Tiba di cafe tersebut Haura segera menuju ke kaunter untuk membuat pesanan. Terngiang-ngiang di kepalanya arahan dari Mikael di mana lelaki itu memintanya untuk berurusan dengan pekerja yang bernama Sally.

Haura melilau mencari kelibat pekerja yang memakai tag nama 'SALLY' itu namun tidak kelihatan.

          "Selamat datang! Cik nak order apa ye?" sapa pekerja di kaunter tersebut sambil tersenyum. Haura membalas senyuman tersebut.

          "Saya nak tanya, ada tak staff nama Sally yang kerja dekat sini?" tanya Haura.

Belum sempat pekerja tersebut menjawab, tiba-tiba  seorang wanita datang menyampuk.

          "Cik cari saya ke?" soal wanita itu sedikit bingung. Haura memandang wanita itu tanpa berkedip. Sungguh cantik paras rupa wanita di hadapannya itu. Haura terkesima dengan kecantikkan wanita itu.

          "Bukan calang-calang taste mamat tu." bisik hati Haura.

          "Cik?" ujar wanita itu beberapa kali sebelum Haura memberi respon kepada panggilannya itu.

          "M-Mikael. Saya PA dia. Dia yang suruh saya datang." balas Haura.

          "Oh yeke? Dah lama dia tak datang ke sini. Sekejap saya siapkan order dia." balas Sally sambil tersenyum. Haura pula kembali menyambung untuk membuat pesanan yang lain di kaunter.

Beberapa ketika kemudian pesanannya sudah pun siap. Haura memesan dua set sandwich dan juga caramel macchiato untuk dirinya. Usai membuat pembayaran dia terus berjalan pulang ke pejabat.

Langit yang terang benderang pada awalnya telah berubah menjadi mendung. Nampak gayanya hujan akan turun bila-bila masa sahaja. Haura dengan cepat berlari anak sambil sebelah tangannya membimbit pemegang air dan sebelah lagi membawa beg plasti berisi sandwich.

Haura jejakkan sahaja kakinya ke dalam bangunan syarikat, hujan mula turun dengan lebat sekali. Haura berhenti seketika melihat hujan yang turun membasahi bumi itu.

          "Fuhhh! Nasib baik sempat sampai. Kalau tak dah lencun aku." dia menghela nafas yang lega. Haura mula mengatur langkah untuk naik ke pejabat. Tetapi langkahnya kembali terhenti apabila ada seseorang memanggil namanya.

          "Haura!" laung Dazrin. Dia kemudian berlari-lari anak mendapatkan Haura.

          "Dazrin." ujar Haura apabila lelaki itu sudah pun berdiri di hadapannya.

          "Awak dari mana ni?" tanya Dazrin sambil matanya melihat beg plastik yang ada di tangan Haura.

          "Cafe seberang bangunan tu. Mikael minta saya belikan sarapan untuk dia." balas Haura sambil menggerakkan kepalanya menghala ke arah cafe.

           "Oh yeke? So semua yang dia nak tu ada ke?" tanya Dazrin lagi. Haura sekadar menganggukkan kepalanya.

          "Eh jomlah kita borak sambil berjalan. Nanti bising pulak bos awak tu sebab tunggu makanan lama sangat." Haura mengangguk tanda setuju. Mereka berdua kemudian berjalan seiringan.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz