BAB 11

242 6 0
                                    

Perkhabaran gembira dari Kuala Lumpur telah sampai kepada Haura. Adik kesayangannya bakal disunting sang kumbang tidak lama lagi. Hanna sendiri yang telah menghubungi Haura untuk memaklumkan berita gembira itu. Jelas kedengaran suaranya yang begitu teruja ketika menyampaikan berita tersebut.

          “Wah, betul ke ni? Tahniah Hanna. Tak sangka adik akak yang comot dan mengada-ngada ni dah nak bertunang.”

          “Nanti akak balik la sini, teman Hanna pergi shopping. Lagipun dah dua bulan lebih akak dekat sana.” Hanna mencuba nasib memujuk kakaknya itu pulang ke KL.

          “Mestilah akak balik, Hanna nak tunang kot. Mana boleh akak takde, tak jalan majlis Hanna nanti.” Gurau Haura.

          “Bila kak Haura nak balik? Hari apa?” pantas Hanna bertanya selepas Haura memaklumkan hal tersebut.

          “Amboi, tak sempat apa-apa lagi dah bertubi-tubi soalan dia bagi.” balas Haura. Hanna tersengih bak kerang busuk mendengar jawapan kakaknya itu.

          “Nanti akak bagitahu Hanna bila akak balik sana. Kalau takde aral, inshaAllah dua atau tiga hari lagi akak balik.” Balas Haura. Hanna sudah mula teruja dan tak sabar menunggu kepulangan kakak kesayangan itu. Berita itu disampaikan pula kepada Puan Hafizah dan Encik Zamzuri.

*****

Puan Sri Normah yang baru tiba kelihatan sedang berjalan mengambil angin sendirian di sekitar resort. Namun tanpa diduga dia telah dilanggar oleh beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain berlari-lari sehingga dia jatuh terjelepok ke lantai. Haura yang kebetulan sedang dalam perjalanan pulang ke bilik selepas bersiar-siar sekitar resort sambil menghirup udara pagi ternampak akan insiden itu. Haura bergegas mendapatkan Puan Sri Normah lantas membantunya untuk bangun. Haura kemudian memimpin wanita itu untuk duduk di bangku yang berhampiran.

          “Nenek tak apa-apa ke?”tanya Haura dengan penuh sopan santun.

          “Alhamdulillah takde apa-apa. Terima kasih sebab dah bantu nenek tadi.” Puan Sri Normah membalas sambil mengusap lutut dan tangannya yang mula terasa berdenyut.

          “Nenek sorang aje ke dekat sini? Atau datang bercuti dengan family?” tanya Haura lagi untuk kepastian.

Sudah sebati dalam diri seorang insan yang bernama Haura dengan sikap ringan tulang untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Mungkin dia sudah terbiasa kerana sejak kecil lagi dia sering ke pusat kebajikan milik Puan Hafizah dan Encik Zamzuri.

          “Kamu pekerja dekat resort ni ke?”

          “Eh bukan, saya sebenarnya….” Belum sempat Haura menghabiskan kata tiba-tiba dia ternampak tompokan darah pada seluar Puan Sri Normah.

          “Darah! Kaki nenek luka ni.” Balas Haura sedikit cuak. Puan Sri Normah turut memandang ke arah lututnya yang luka itu.

          “Sikit aje ni, lepas sapu ubat eloklah nanti.” Balas Puan Sri Normah tenang.

         “Nenek stay bilik yang mana? Jom saya hantarkan. Kalau dibiar lama nanti kena jangkitan kuman pulak.”

Haura memimpin tangan Puan Sri Normah untuk membantunya berjalan pulang ke biliknya.

Puan Sri Normah yang sedang duduk dibirai katil mengeluarkan sekeping gambar dari begnya. Senyuman terukir dibibirnya apabila dia menatap gambar tersebut. Mikael yang baru tiba di bilik Puan Sri Normah bertanya akan gerangan wanita yang keluar dari bilik neneknya sebentar tadi.  terkejut dengan kehadiran Mikael, Puan Sri Normah cepat-cepat menyembunyikan gambar tersebut dari dilihat oleh Mikael. Puan Sri Normah kemudian menceritakan kejadian yang telah menimpa dirinya sebentar tadi. Dengan cemas Mikael memeriksa keadaan neneknya itu dan mendapati semua luka yang terdapat pada lutut serta lengan neneknya telahpun dirawat. Mikael menghela nafas lega.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now