BAB 66

149 3 0
                                    

Haura telentang di atas katil. Fikirannya buntu. Dia tidak tahu bagaimana harus dia jelaskan kepada Mikael tentang kejadian tadi. Telefon bimbitnya ditenung lama.

          "Nak call ke tak eh? Kalau aku call nak cakap apa pula nanti. Tapi kalau aku tak call masalah besar pula yang menanti. Ishh... Apa aku nak buat ni."

Selepas keluar makan tengah hari Mikael sudah tidak kembali lagi ke pejabat. Hampir ke malam Haura menunggunya namun kelibat lelaki itu tetap tidak kunjung tiba.

          "Ah! Lantaklah apa yang nak jadi pun. Janji aku dah bagitahu semua pada dia." tutur Haura tegas. Dia kemudian mendail nombor Mikael.

Trut! Trut!

Panggilan yang pertama tidak dijawab oleh lelaki itu. Begitu juga dengan panggilan yang kedua. Namun Haura tidak berputus asa. Terus menerus dia menelefon lelaki itu akhirnya dia berjaya.

          "Err hello. A-awak sibuk ke? Kenapa tak angkat call." tanya Haura sedikit gagap. Dia sebenarnya terkejut apabila Mikael menjawab panggilannya itu.

          "Ada apa kau call aku ni? Nak explain pasal siang tadi? Tak payah kot." balas Mikael dingin.

Haura menarik nafas yang dalam. Inilah cabaran yang dia perlu hadapi setiap kali ada perselisihan faham antara dia dan juga lelaki itu. Sungguh sukar untuk dia menjelaskan segalanya.

         "Suka atau tak, awak tetap kena dengar penjelasan dari saya. Kalau tak sampai ke sudah kita akan macam ni." ujar Haura lagi.

          "Kalau tak ada benda lain yang kau nak bagitahu aku baik kau pergi tidur ajelah."

Seraya mengunggapkan kata-kata itu Mikael menamatkan panggilannya. Haura terpinga-pinga. Adakah dia baru sahaja dipalau oleh lelaki itu. Haura menghela keluh yang panjang.

Dengan rasa geram yang mula menyelubungi diri Haura menaip sesuatu di telefonnya bimbitnya.

          "Saya tunggu awak di bus stand dekat rumah saya. Saya akan tunggu sampai awak datang." - Haura

Selepas mengirimkan mesej tersebut kepada Mikael, Haura segera bersiap. Cardigan paras lutut disarungkan ke tubuhnya. Setelah mengunci pintu pagar rumahnya Haura segera berjalan sendirian menuju ke hentian bas yang dimaksudkan itu.

Sudah hampir 15 minit Haura berdiri di situ namun bayang Mikael masih lagi tidak kelihatan. Jam di tangannya telah menunjukkan pukul 10.25 minit malam. Sepanjang dia berada di situ sudah berapa kali lelaki datang menegurnya. Tetapi dipalau oleh Haura.

Mujur juga masih terdapat banyak kereta yang lalu lalang di situ. Tidak kurang juga orang yang baru pulang dari kerja dengan menaiki kenderaan awam tersebut. Sekurang-kurangnya dia rasa lebih selamat.

Namun masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tanpa Haura sedar jam sudah mulai menjengah jam 11 malam. Mikael tetap juga tidak munculkan diri.

          "Dah dekat sejam aku tunggu ni batang hidung dia pun tak nampak lagi. Mungkin dia memang taknak jumpa dengan aku kot." ujar Haura perlahan berbaur kecewa.

Dia berdiri sambil berpeluk tubuh dek kedinginan angin malam. Sesekali dia memerhatikan kereta yang lalu lalang sambil mengharapkan kereta Mikael datang menghampiri. Namun hampa. Semakin lama keadaan di sekitar itu menjadi semakin sunyi.

Haura mula rasa seram sejuk. Bukan hantu yang dia takut tetapi kerana ada mata yang sedang memerhati. Dari paras rupa yang tidak terurus berkemungkinan besar dia seorang gelandangan atau pun 'mat pet'.

          "Apahal pula mamat tu usha aku macam tu. Seram siot." bisik hatinya sendiri.

          "Dahlah Haura, baik kau balik je. Memang dia dah tak akan datang. Sia-sia je kau tunggu dia dekat sini. Macam kau tak kenal pula mamat tu macam mana." tutur Haura sendirian. Dia mengeluh.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant