BAB 13

227 8 0
                                    

Mikael kelihatan tergesa-gesa setelah melihat jam di tangannya. Terngiang-ngiang di mindanya pesanan ringkas yang dihantar oleh Luqman beberapa jam yang lepas.

“Mika malam ni pukul 9 malam jumpa di restoran. Make sure pakai baju warna putih senang untuk girlfriend kau tu cari.” – Luqman

Usai membaca mesej tersebut Mikael dengan pantas terus menelefon Luqman. Namun Luqman tidak menjawab panggilan tersebut. Beberapa kali Mikael mencuba nasib akhirnya ada jawapan daripada Luqman.

          “Man, kenapa pulak aku kena jumpa dia malam ni? Bukan ke hari tu kau cakap tunggu aku balik KL nanti?”

          “Aku dah tukar plan sebab kebetulan perempuan tu sekarang pun tengah bercuti dekat sana jugak. Alang-alang tu korang jumpa terus la.”

         “Aku mana ready lagi Man. Lagipun sebelum ni kau yang uruskan semuanya.”

          “Takde-takde, kau yang nak sangat cari girlfriend kan, so kau deal la sendiri dengan dia. Tugas aku untuk carikan calon untuk kau dah selesai.”

          “Kau biar betul. Berapa jam je lagi ni. Aku mana biasa buat kerja macam ni.”

          “Aku dah tak nak dengar sebarang alasan yang keluar dari mulut kau tu. Sekarang ni aku nak kau bersiap cepat. Pukul 9 malam nanti ‘date’ kau. Jangan lambat pulak.”

Belum sempat Mikael membalas, Luqman sudah pun mematikan panggilan tersebut. Tanpa berfikir panjang Mikael terus mencapai tuala yang tersangkut pada dinding lalu meluru ke bilik mandi.

Jam sudah menjengah pukul 8.25 malam. Mikael mengenakan sepasang jeans berona kelabu tua dan dipadankan dengan kemeja putih berlengan panjang.

          “Amboi bukan main wangi lagi, dari jauh dah boleh bau. Nak pergi dating ke?” soal Dazrin yang datang menyapa saat Mikael baru sahaja keluar dari kamarnya.

          “Nak jumpa kawan kejap. Kebetulan dia ada dekat sini.” Jawab Mikael teragak-agak.

          “Yeke? Nenek baru minta aku ajak kau untuk dinner sekali. Tapi takpe lah nanti aku bagitahu nenek.” Dazrin memaklumkan tujuannya berjumpa Mikael.

         “Thanks bro kau memang penyelamat aku kali ni. Aku dah lambat ni, gerak dulu.” Ujar Mikael tergesa-gesa.

Tiba di restoran Mikael telah mengambil tempat duduk yang sedikit terlindung. Jam di tangannya sudah hampir pukul 9 malam. Batang hidung wanita tersebut masih lagi tidak kelihatan. Untuk membunuh rasa gemuruhnya itu Mikael menyibukkan dirinya dengan membaca dokumen kerjanya.

          “Hai, sorry ganggu. Encik Luth ke?” tiba-tiba seorang wanita menyapa Mikael dari arah belakang.

Dengan tergopoh gapah Mikael menutup Ipad dan bingkas bangun. Dia melihat sosok wanita yang menggayakan skirt midi satin dan sweater berona cream di depannya itu. Namun matanya nanap menatap wajah wanita itu. Mikael tidak menyangka wanita tersebut adalah orang yang sama telah membedalnya ketika insiden ragut tempoh hari.

Suasana di restoran itu yang pada awalnya sungguh manis dan romantik telah pun mati dan bertukar dinigin dek perang mata yang tercetus antara Mikael dan Haura. Masing-masing mengunci peti suara mereka. Haura yang duduk bertentangan dengan Mikael hanya sekadar duduk sambil tangannya menguis gelas di hadapannya. Sesekali matanya menjeling ke arah Mikael yang dilihat seperti sedang memikirkan sesuatu.

            “Ehem.. So macam mana kau setuju tak?” Mikael bertanya, mengusir kejanggalan yang berlegar di sekitar mereka. Haura mengerutkan dahinya.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora