BAB 55

183 4 0
                                    

Laila berjalan di sekitar pejabat sambil matanya ligat mencari sesuatu. Dia kemudian menahan pekerja yang lalu lang untuk bertanya sesuatu kepada mereka.

          "Ada nampak Suri tak?" tanya Laila.

         "Rasanya tadi dia ada dekat lobi. Kenapa Kak Laila cari dia?"

          "Tak ada apa. By the way, thanks." balas Laila kemudian bergegas menuju ke lif.

Dari jauh Laila melihat Suri sedang berbual mesra dengan beberapa rakan sekerjanya yang lain. Dia mula berjalan menghampiri wanita itu.

          "Suri, kamu ikut akak kejap. Akak ada benda sikit nak cakap dengan kamu." panggil Laila. Dengar sahaja namanya dipanggil, Suri menjeling ke arah Laila.

          "Nak bincang pasal apa? Cakap ajelah dekat sini." balas Suri sedikit kasar. Mendengar jawapan dari Suri itu membuatkan Laila merenung wanita itu dalam-dalam. Dia kemudian menarik lengan Suri lalu berbisik kepada wanita itu.

          "Kamu memang nak akak cakap dekat sini ke? Dah fikir masak-masak?" bisik Laila perlahan. Berdesing telinga Suri mendengarnya. Matanya serta merta memandang Laila.

Agak tajam renungan mata Laila pada Suri. Dia seolah-olah sedang memberi amaran yang keras kepada wanita itu. Dari tatapan mata Laila itu Suri tahu bahawa wanita di hadapannya itu ingin bercakap mengenai kejadian yang berlaku di pantri tadi.

          "Kau tengah ugut aku ke ni?" bisik Suri kasar. Dia tersenyum kelat memandang rakannya yang lain.

          "Ugut? Buat apa akak nak ugut kamu. Apa yang akak dapat?" balas Laila kembali.

          "Untuk pengetahuan kamu, akak tak ada masalah tau untuk bagitahu perkara tu dekat sini. Kalau kamu nak, sekarang pun akak boleh buka cerita tu." tambah Laila lagi. Suri berdengus kasar.

Beberapa pasang mata yang ada di situ mula memandang ke arah mereka berdua sambil mengerutkan dahi mereka. Keadaan kelihatan sedikit tegang.

          "Apahal ni Suri? Kau okay ke tak? Lain macam je aku tengok." tanya salah seorang rakannya.

Hal tersebut telah membuatkan Suri menjadi sungguh gelisah. Tindak tanduknya ketika itu telah memberikan bayangan yang dia kini sedang dilanda masalah. Dirinya ketika itu tidak ubah seperti cacing kepanasan.

          "Korang, nanti kita sambung borak lain kali ek. Kak Laila ni tiba-tiba nak bincang benda penting dengan aku pulak." ujar Suri kepada rakannya.

Serentak dengan itu Laila mula berjalan meninggalkan mereka. Suri kemudian membuka langkah mengekori jejak Laila. Tanpa mereka berdua sedar, di dalam diam Juita telah mengekori mereka berdua dari belakang.

Dang!!!!!

Pintu kecemasan di ruangan bumbung di tutup kasar oleh Suri. Dia turut mengunci pintu tersebut sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan ada orang lain yang datang ke situ.

Setelah Suri dan Laila masuk ke ruangan bumbung tersebut, Juita segera berlari ke arah pintu untuk masuk. Dengan penuh berhati-hati Juita cuba memulas tombol pintu. Namun sungguh malang nasibnya apabila pintu tersebut telah dikunci dari dalam.

          "Alamak kunci pulak. Macam mana aku nak dengar perbualan dia orang ni." bisik Juita di dalam hati.

Dia cuba merapatkan telinganya pada pintu dengan harapan dia bisa mendengar perbualan di antara Suri dan juga Laila. Namun hampa.

          "Apa benda yang penting sangat yang kau nak cakap dengan aku tu?" Suri membuka bicara.

Laila yang sedang berdiri sambil menyilangkan kedua tangannya di dada berpaling menghadap Suri.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now