BAB 81

123 2 0
                                    

Datin Noreen dilihat menghantar seorang client vvip pusat kecantikkannya keluar. Setelah itu dia kembali masuk ke dalam pejabatnya. Beberapa minit kemudian pembantunya datang membawa satu sampul surat berwarna coklat lalu diserahkan kepada wanita itu.

          "Datin, ada surat untuk datin." ujar pembantu tersebut sambil menghulur samput surat itu kepadanya.

          "Surat? Dari siapa?" tanya Datin Noreen. Pembantunya itu sekadar menggelengkan kepalanya.

          "Okay thanks. Awak boleh keluar."

Datin Noreen menilik sampul tersebut dengan teliti. Dia berasa agak pelik kerana di sampul tersebut tiada nama penghantar serta penerima. Dia kemudian membuka sampul tersebut untuk melihat apakah isi yang terkandung di dalam sampul surat itu.

Beberapa keping gambar dikeluarkan. Matanya terbeliak apabila melihat wajah Haura dan juga Syahmi terpapar di setiap kepingan gambar tersebut. Satu persatu gambar ditatapnya.

          "Apa benda semua ni?" ujar Datin Noreen perlahan.

Satu pendrive berwarna putih disertakan bersama gambar tersebut. Dengan gopoh Datin Noreen segera mencucuk pendrive tersebut pada komputer miliknya. Satu fail dokumen tertera di skrin. Dia segera menekan fail tersebut. Dia melihat ada dua fail yang berbentuk video di dalam folder tersebut. Perasaan ingin tahu mula membuak-buak. Tanpa berfikir panjang dia segera memainkan video tersebut.

          "Aku dah agak dah. Dasar perempuan murah. Yang jantan tu pun satu. Tak cukup ke ada anak bini dekat rumah." cemuh Datin Noreen apabila melihat video di mana Haura dan Syahmi sedang berbual mesra di sebuah restoran.

Video yang kedua dimainkan. Sekali lagi wajah Haura dan Syahmi muncul di skrin komputer. Namun kali ini bukan hanya mereka berdua tetapi dengan kehadiran seorang anak kecil. Haura dilihat mengambil bayi tersebut dari stroller. Dia mendukung bayi itu tanpa kelihatan kekok langsung. Wajah Datin Noreen mula kelihatan bengis.

          "Siapa kau yang sebenarnya? Apa motif kau muncul dalam keluarga aku? Apa hubungan kau dengan lelaki tu?" getus hati Datin Noreen marah.

Pada masa yang sama dia turut tertanya-tanya siapakah orang yang telah memberikan maklumat itu kepadanya. Dia segera keluar untuk bertemu dengan pembantu yang telah membawakan sampul tersebut kepadanya.

          "Siapa yang ambil sampul ni tadi?" soal Datin Noreen tegas. Habis kecut perut para pembantu di pusat kecantikkannya itu.

          "S-saya datin." Jawab salah seorang pembantunya dengan cuak.

          "Dari mana kamu dapat sampul ni? Siapa yang bagi?" Soalnya tegas. Wanita itu menelan air liur. Adakah dia telah melakukan kesalahan.

          "M-maaf datin. Dia tak bagitahu nama dia. Dia cuma suruh bagi sampul tu pada datin je. Muka dia pun saya tak nampak sebab dia pakai helmet. Tapi yang saya pasti dia seorang lelaki." balas pembantunya sedikit gagap. Datin Noreen berdengus. Setelah itu dia berlalu pergi kembali ke dalam biliknya.

Kringgg! Kringgg!

Sedang dia merebahkan tubuhnya di kerusi, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Melihat nama Suri yang tertera di skrin Datin Noreen mengabaikan panggilan tersebut. Tiada masa untuk dia melayan wanita itu. Fikirannya sudah berserabut dengan video yang baru diterimanya sebentar tadi.

Beep! Beep!

Satu notifikasi masuk di telefonnya. Datin Noreen mengeluh setelah melihat nama Suri naik di skrin telefonnya buat kesekian kali.

          "Apa masalah perempuan ni? Tak faham bahasa ke? Takkan sebab aku tak layan ugutan dia hari tu." desis hati Datin Noreen. Kemudian mesej tersebut dibuka.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now