BAB 37

165 5 1
                                    

Haura dilihat sedang mengambil semangkuk mee kari manakala Mona pula memilih Nasi Arab untuk dimakan pada tengah hari itu. Usai mengambil makanan mereka berjalan mencari meja yang kosong untuk duduk. Puan Sri Normah yang sedang menyapa tetamu yang datang telah melihat sosok Haura dari jauh.

          "Dazrin, kamu pergi panggil Haura untuk duduk di meja kita." Bisik Puan Sri Normah kepada Dazrin yang sedang berdiri di sisinya. Dazrin mengalihkan pandangan ke arah Haura lalu mengangguk. Dazrin kemudian mengundurkan diri untuk pergi bertemu Haura.

          "Haura, jomlah duduk dekat sana." Ajak Dazrin yang tiba-tiba muncul sambil menghalakan tangannya ke arah meja VVIP yang menempatkan Puan Sri Normah sekeluarga. Haura dan Mona berpaling serentak.

          "Eh, tak apa Encik Dazrin. Saya dengan Mona boleh makan dekat sini je." Haura menolak sopan.

          "Tapi... tu bukan permintaan saya." Balas Dazrin sambil tersenyum. Haura berkerut kehairanan.

          "Maksud encik?" soal Haura kembali. Mona sekadar menjadi pemerhati.

          "Nenek yang minta saya panggil awak berdua untuk join dia makan dekat meja tu." Ujar Dazrin sambil dia menoleh ke arah puan sri yang sedang beramah mesra dengan tetamu yang ada.

          "Oh yeke? Tapi meja tu kan khas untuk family encik je. Apa pulak kata yang lain nanti." Ujar Haura.

          "Betul tapi ni arahan nenek tau. Kalau awak nak reject, awak bagitahulah dia sendiri. Lagipun tak ada sesiapa pun dekat meja tu sekarang." Balas Dazrin. Dia sengaja berkata begitu kerana Haura tidak akan sampai hati untuk menolak permintaan neneknya itu.

Haura memandang ke arah Mona yang berdiri di sisinya sambil memegang pinggan dan juga gelas minuman. Dia mengangkat kening untuk tanya pendapat Mona. Mona pula hanya menjongketkan bahunya. Haura mengerutkan mukanya. Dia mengeluh perlahan.

          "Kalau macam tu, jomlah kita ke sana." Tutur Haura kepada Dazrin. Mereka bertiga kemudian berjalan menuju ke meja tersebut.

Haura dan Mona agak segan untuk duduk semeja dengan keluarga Puan Sri Normah. Maklumlah, dia hanya pekerja biasa sahaja. Tambahan pula dia sendiri pernah ada perselisihan faham dengan Datin Noreen. Suri yang sedang duduk bersama beberapa rakannya yang lain merenung Haura dengan pandangan yang tajam sekali.

          "Duduklah. Nanti sekejap lagi nenek datang. Sementara tu korang berdua makanlah dulu." Ujar Dazrin kepada Haura dan juga Mona. Dengan segan silu mereka berduduk di salah satu kerusi yang kosong.

          "Haura kalau aku cakap ni kau jangan kecil hati tau." Ujar Mona secara tiba-tiba.

          "Pasal apa?" tanya Haura tanpa berpaling ke arah Mona.

          "Janji yang kau tak akan marah aku lepas ni." Ujar Mona lagi meminta kepastian.

          "Kau cakap pun belum lagi. Macam mana aku nak buat keputusan. Cepatlah bagitahu aku pasal apa." Balas Haura.

          "Macam ni. Aku rasa, aku ada ternampak kelibat seseorang yang mirip sangat dengan...." Kata-kata Mona terhenti seketika. Dia teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya itu. Matanya sudah beralih ke arah Haura yang masih lagi khusyuk menikmati mee kari di depannya.

          "Mirip dengan siapa? Kau ni selalu sangat cakap tak habis tau. Suka berhenti sekerat jalan." Marah Haura lembut.

          "Syahmi." Balas Mona pendek. Serentak dengan itu tubuh Haura menjadi kaku seketika. Air wajahnya serta merta bertukar menjadi muram. Dia langsung tidak berpaling ke arah Mona. Matanya hanya tertumpu kepada mangkuk mee di hadapannya sahaja.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now