BAB 21

190 3 0
                                    

Laila dan Suri berjalan keluar dari bilik Puan Sri Normah. Mereka terus menuju ke meja Naimah untuk kemaskan apa yang patut sebelum Haura mengambil alih.

"Akak buat dulu ek. Suri nak pergi tandas kejap." Ucap Suri kemudian berlalu pergi. Laila meneruskan dengan tugasnya.

Tiba-tiba langkah Suri terhenti apabila dia melihat Haura dan Mikael seperti sedang berpelukan. Kerana jarak yang agak jauh, dia tidak mendengar dengan jelas apa yang keluar dari mulut mereka berdua. Suri berasa sangat marah. Dia menggenggam kuat kedua belah tangannya.

Suri kembali kepada Laila dalam keadaan yang sangat marah. Laila berasa pelik melihat perubahan Suri itu. Dia perasan sejak dari dalam bilik Puan Sri lagi Suri sudah mula memberi reaksi yang sebegitu.

"Suri okay ke tak ni? Lain macam je akak tengok kamu. Suri tak sihat ke?" tegur Laila prihatin.

Suri tersentak kerana dia sedar bahawa dia telah menunjukkan perasaan amarahnya itu kepada Laila. Dia menghela nafas yang berat.

"Eh! Tak ada apalah. Suri okay je." Balas Suri kelat.

"Kalau Suri tak sihat pergi la rehat dulu. Kerja ni semua akak boleh buatkan."

"Betul kak, Suri okay. Akak jangan risau ye." Balas Suri sambil tersenyum. Dia segera duduk lalu sambung melakukan rutin hariannya. Laila hanya melihat dengan penuh tanda tanya.



Hari pertama Haura berjalan dengan lancar meskipun ada sedikit gangguan emosi melibatkan Mikael. Mujurlah dia tidak ditugaskan untuk bekerja di bawah lelaki itu. Berbeza sungguh sikap Mikael dengan Dazrin yang tampak lebih ramah dan soft-spoken.

Tiba dirumah dia segera merebahkan tubuhnya atas sofa yang terletak di ruang tamu. Dia meregangkan ototnya yang sudah muka terasa tepu.

"Ah! Penatnya hari ni. Bukan penat sebab kerja banyak tapi penat tahan marah dengan mamat berlagak tu." Bebel Haura sendirian.

Beberapa minit kemudian setelah lelahnya beransur hilang, Haura segera bangkit lalu berjalan menuju ke biliknya untuk membersihkan diri.

"Apahal pulak tak ada air ni? Aku bayar bil kot." bebel Haura dari dalam bilik air.

Dia kemudian keluar lalu memeriksa semua paip yang ada di dalam rumahnya. Ternyata semuanya kering kontang.

"Pagi tadi elok je ada air, apahal sekarang tak ada pulak. Notis pun tak ada bagi." Bebelnya lagi. Haura kemudian segera mengambil telefonnya untuk melihat sekiranya ada notis yang telah dikeluarkan.

Sememangnya ada dua notis yang telah dihantar kepadanya berkaitan hal tersebut bertarikh kelmarin dan juga semalam. Kerana terlalu sibuk membuat persiapan untuk mula bekerja Haura telah terlepas pandang akan notis tersebut. Dia menepuk kepalanya berkali-kali.

"Apa malang sangat nasib aku hari ni. Dekat pejabat kena buli dengan Mikael dekat rumah air pulak tak ada. Lepas tu aku nak mandi dekat mana ni? Tak kan dekat Petronas kot." keluh Haura.

Tanpa berlengah Haura terus menukar pakaian lalu mencapai kunci keretanya. Dia telah membuat keputusan untuk pulang ke rumah ibu bapanya dan bermalam di sana.



*****


Usai membaca surah Yasin dan tahlil buat arwah Tan Sri Mokhtar, Puan Sri Normah sekeluarga berkumpul di ruang tamu untuk menjamu selera.

"Macam mana hari ni? Okay ke?" Puan Sri Normah bertanya kepada Mikael.

"Apa yang okay? Mika tak faham."

"Pekerja baru tu. Dia okay ke tak?"

"Oh. Biasa jelah nek. Tak ada apa yang special pun." balas Mikael kurang berminat.

"Apa ni mak, hal kerja tak payah la sembang dekat rumah." Gurau Datin Norlie.

"Iyelah." Balas Puan Sri Normah sambil tersenyum. Mereka kemudian sambung makan.

Dato Zubir dilihat sedang duduk dibangku ditepi kolam sambil menghirup udara malam. Mukanya kelihatan seperti orang yang sedang dilanda masalah. Tangannya diletakkan di dahi lalu memicitnya perlahan. Dato Rizal yang melihat perkara itu cuba menghampiri.

"Jauh termenung bang." Tegur Dato Rizal setelah melihat abang iparnya mengelamun sendirian.

"Eh Rizal. Duduklah." Dato Zubir tersentak.

"Jemput minum kopi ni bang, nanti sejuk pula." Datin Norlie menghidangkan dua cawan kopi dan sepiring biskut coklat cip yang baru dibuatnya petang tadi.

"Ya, terima kasih Norlie."

Selesai menghidang air di meja Datin Norlie kemudiannya berlalu pergi. Beberapa ketika kemudian Dato Zubir membuka bicara setelah beberapa kali dia teragak-agak untuk bersuara.

"Zal, esok kamu busy tak?" tanya Dato Zubir.

"Tak pasti lagi tu bang. Kenapa?" soal Dato Rizal kembali.

"Abang ingat nak jumpa kamu esok di tempat kerja kamu. Ada benda sikit abang nak bincang."

"Esok pagi saya busy sikit bang. Rasanya lepas waktu lunch baru saya free. Nanti abang datang ajelah."

Dato Zubir kemudian mengangkat cawan kopi dihadapannya lalu menghirup perlahan. Dato Rizal hanya memerhatikan saja.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora