BAB 65

176 2 0
                                    

Hari sudah makin lewat, Mikael dilihat terbaring kejung di katil. Tubuhnya pula mengiring ke kanan menghadap meja sisi katil. Meskipun mata tercelik luas namun fikirannya telah hanyut entah ke mana.

Klik! Klik!

Berkali-kali jarinya menekan punat lampu meja. Terang, gelap, terang, gelap. Begitulah keadaan di biliknya pada ketika itu.

             "Aku dah jatuh hati dengan kau."

Mikael mengimbas kembali detik dia meluahkan rasa hatinya pada Haura. Dia menggelepar sambil menendang selimut tebal yang menyelimuti dirinya itu.

          "Aishhh...! Apa yang aku dah buat ni! Kenapa aku boleh cakap macam tu pada dia." bebel Mikael sendirian sambil bangkit dari tidurnya. Kepalanya sudah kusut masai. Sungguh tidak terurus penampilannya pada saat itu.

Semua gara-gara Haura yang tidak memberikan sebarang jawapan kepadanya. Sama ada wanita itu terima atau pun menolak perasaannya itu, dia tidak tahu. Mikael telah cuba memaksa namun matanya tetap tidak mahu lena.

          "Dia tak suka aku ke? Aku bukan main beria lagi confess. Sekali dia blah macam tu je. Mana aku nak letak muka aku ni? Malu weh!"

Mikael tidak henti membebel sedari tadi. Berbagai soalan yang bermain difikirannya pada ketika itu. Dia tidak berpuas hati apabila Haura hanya mendiamkan diri. Adakah wanita itu juga mempunyai rasa yang sama sepertimana dengan dirinya.

Usai sahaja Mikael mengungkapkan suara hatinya dia terus terdiam. Mata Haura membulat. Perkara itu sungguh di luar jangkaan. Mulutnya terkunci tubuhnya kaku. Dia sungguh terkejut.

          "K-kenapa kau diam? Jawablah." ujar Mikael setelah melihat wanita itu kaku memandangnya.

Tangan Haura masih lagi melekat di dadanya. Jantungnya Mikael semakin laju berdetak.

          "Kau tak suka aku ke?"

Tambah Mikael lagi. Dia yang sedang menantikan jawapan balas dari Haura tidak senang duduk melihat riak yang dipamerkan oleh wanita itu. Akan tetapi Haura masih juga tidak membuka mulutnya.

Setelah puas menunggu akhirnya perlahan-lahan Mikael melepaskan pegangan tangannya itu. Tangan Haura diturunkan ke sisi. Riak wajah lelaki itu turut bertukar sugul.

           "Aku tak paksa kau untuk terima aku. Soal hati ni aku tahu aku tak boleh nak paksa. Aku cuma bagitahu kau apa yang aku rasa sekarang ni. Aku minta maaf kalau kata-kata aku tadi dah melampaui batas, buat kau tak selesa. Aku minta maaf." ucap Mikael perlahan berbaur kecewa. Dia tetap cuba memaksa kuntumkan senyuman.

Mikael kemudian mula mengundurkan diri. Setelah beberapa tapak dia melangkah tiba-tiba terasa bajunya ditarik dari belakang. Langkahnya serta-merta mati.

Haura kemudian melepaskan tangannya perlahan-lahan. Dia kelihatan begitu gelisah. Mikael berpaling untuk memandangnya namun Haura hanya tertunduk memandang lantai. Bukan kerana sudah tidak sudi tetapi dia risau andai dia tidak dapat mengawal dirinya jika terus menatap wajah tampan lelaki itu.

          "S-saya minta maaf."

Itu sahaja kata yang keluar dari mulut Haura. Mikael menyangkakan wanita itu akan memberikan kata balas namun hampa. Benih bunga yang baru ingin mekar di dalam hatinya telah kuncup kembali dalam sekelip mata.

Sekali lagi Mikael kecewa. Rasa sakit di hatinya itu seolah-olah dia telah di reject oleh Haura. Bukan sekali tapi dua kali hatinya terasa seperti ditusuk sembilu bisa.

Perkara yang sama turut terjadi pada Haura. Wanita itu tidak dapat melelapkan matanya. Sekejap berpusing ke kanan, sekejap ke kiri.  Adakalanya dia berdiri, kemudian duduk semula di birai katil. Itulah yang diulangnya sejak kembali ke bilik.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now