BAB 86

156 3 0
                                    

Suri mengemudi keretanya mengekori Rissa Arianna. Dia merasakan wanita itu ada menyembunyikan sesuatu daripadanya. Padahal mereka telah sepakat untuk saling berkongsi maklumat mengenai Haura dan juga Mikael.

          "Perempuan ni dah khianat aku ke? Masa nak dapatkan maklumat bukan main lagi, lembut gigi dari lidah. Bila dah dapat semua tu terus palau aku. Segala call dan mesej aku tak berjawab." Bebel Suri sendirian.

Kereta yang dipandu Rissa berhenti di hadapan kediaman Puan Sri Normah. Suri berasa agak pelik. Ikutkan hati ingin sahaja dia masuk ke dalam rumah tersebut namun dia tidak dapat untuk berbuatnyang sedemikian kerana dia sudah diberi amaran supaya tidak mengganggu mereka lagi. Lagipun tiada sebab untuk dia ke sana. Suri memarkir keretanya dipinggir jalan. Dia mengambil keputusan untuk terus menunggu di situ sehingga Rissa keluar.

          "Apa yang kau sorokkan dari aku? Apa tujuan kau datang ke rumah agam ni?" Bisiknya lagi.

*****

Puan Sri Normah mula memicit kepalanya yang mula berdenyut. Kekecohan apa yang telah melanda rumahnya pada malam itu. Khayla yang melihat keadaan neneknya itu segera menghampiri wanita itu.

          "Nenek okay ke? Nak Khayla bawa nenek ke bilik?" Tanya Khayla berbaur risau. Puan Sri Normah menggelengkan kepalanya.

          "You nak suruh kami tengok gambar apa lagi Reen? You masih tak puas lagi ke dengan apa yang you dah cetuskan ni?" Marah Dato' Zubir.

Mikael mula membuka sampul surat yang diberikan oleh ibu saudaranya itu. Terdapat sejumlah kepingan gambar di dalamnya. Mikael menilik satu persatu gambar tersebut. Haura yang berdiri disebelahnya turut melihat gambar-gambar tersebut. Mereka berdua saling berbalas pandang.

          "Inikan......" Pendek sahaja ayat yang keluar dari mulut Haura pada saat itu. Reaksinya yang sangat terkejut itu membuatkan Datin Noreen tersenyum nipis. Mikael mengetapkan bibirnya.

          "Kamu tunggu apa lagi cepat bagitahu pada kami sekarang siapa perempuan di dalam gambar tu." Arah Datin Noreen lantang. Mikael memandang wajah ibu saudaranya itu.

          "Maaf Mika tak boleh bagitahu. Tapi yang pasti Mika tak ada sebarang hubungan sulit dengan dia." Balas Mikael tegas. Dia benar-benar tidak mahu identiti wanita itu terdedah. Datin Noreen makin panas hati dengan sikap Mikael itu. Dia kemudian merampas gambar tersebut lalu diberikan kepada Puan Sri Normah.

          "Mak tengok sendiri dengan mata kepala mak tu. Cucu kesayangan mak ni ada hubungan dengan perempuan lain. Siap ada anak lagi mak. Tapi tak tahulah anak tu sah taraf ataupun tak. Memang sepadan sangatlah mereka berdua ni mak, dua-dua khianat sesama sendiri dan kaki penipu." Herdik Datin Noreen. Puan Sri Normah tidak kuat untuk melihat gambar-gambar tersebut. Dia menyerahkannya kepada Khayla kemudian dihulur pula kepada Soraya. Puan Sri Normah mula mengusap dadanya yang kian sesak.

           "Minta maaf kalau saya kurang ajar dengan datin tapi saya rasa kali ni datin dah melampau. Siapa datin untuk tuduh kami macam tu. Apa hak datin untuk cerca kami macam tu?" Haura mula ke depan. Dia sudah hilang sabar dengan tomahan yang dilemparkan oleh wanita itu.

          "Aku ada hak! Lelaki yang kau goda tu suami aku. Dan lelaki yang bakal jadi suami kau tu anak saudara aku. Aku taknak dia jadi mangsa dan terjerat dalam kancah penipuan kau ni." Lantang datin Noreen membalas. Bergema suaranya  di segenap ruang tamu tersebut. Rissa Arianna yang menjadi punca kekecohan tersebut berlaku hanya menikus di sudut dinding.

          "Nor kenal Mika tu macam mana, dia tak akan pernah buat perkara yang macam tu mak." Giliran Datin Norlie pula bersuara membela maruah anaknya yang dipijak lumat oleh Datin Noreen.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now